HAPPY BIRTHDAY TO YOU
SELAMAT HARI JADI
6 APRIL 2007, FRIDAY. Kepada sesiapa yang menyambut hari jadi pada hari ini, saya mengucapkan Selamat Hari Jadi, dengan iringan doa semuga panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan.
Telah agak lama juga saya tak update blog ini, bukan apa cuma sibuk sikit. Mungkin pada kali ini saya ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan rakan-rakan.
Sejak lama dahulu apabila saya ada kesempatan untuk memberikan sedikit pesanan kepada sesiapa sahaja pastinya saya tidak pernah lupa perkara berikut: Pertama "Sayangi Keluarga Kita Sepenuh Hati"
Kedua jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta dengan pintu berkunci samada injin hidup, aircond dipasang ataupun tidak. Semalam tersiar lagi berita dalam akhbar seorang kana-kanak India mati sesak nafas setelah ditinggalkan oleh ayahnya dalam kereta.
Ketiga, jangan leka dan lalai dan membiarkan anak kecil terlepas dari pegangan apabila sibuk bershooping atau dimana-mana tempat keramaian. Anda boleh kehilangannya.
Utamakan keluarga kita dalam semua hal samada keluarga terdekat mahupun keluarga yang agak jauh.
Keluarga terdekat ialah ibu bapa, isteri, suami, abang, kakak atau adik beradik kita. Kemudian barulah kita pergi kepada saudara mara kita.
Sebelum saya pergi jauh, sempena hari jadi anda saya ada satu cerita untuk di kongsi..
Seorang anak tunggal tinggal bersama dengan seorang ayah yang juga tunggal dengan penuh kasih sayang. Mereka amat bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Ayah amat menyayangi anak tunggalnya, begitu juga anak teramat menyayangi ayah, sehinggalah suatu hari berlaku perselisihan kecil dan anak terasa hati dan merajuk.
Anak mengambil keputusan membawa diri dan meninggalkan ayahnya keseorangan. Sejak peristiwa itu mereka tidak lagi berhubungan dan mereka hanya melahirkan rasa rindu masing-masing melalui catatan di buku. Mereka sama-sama ego akhirnya. Namun usaha ayah menghubungi anak sering gagal.
Beberapa tahun kemudian ayah jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital oleh jiran-jiran. Doktor mengesahkan si ayah sakit jantung dan harapan tidak beberapa ada untuk sembuh. Si ayah amat sedih.
Setelah beberapa hari di hospital Doktor bertanyakan tentang saudara mara atau keluarga si ayah tadi kerana dia dapati TIDAK ADA sesiapa yang datang melawatnya. Si ayah dengan air mata berlinangan mengatakan dia tidak ada sesiapa.
Doktor terpaksa memberitahu si ayah bahawa penyakitnya sudah kritikal. Ayah tadi meminta sehelai kertas dan pen daripada Doktor berkenaan.
Sementara dia menuliskan sesuatu, doktor tersebut beredar sebentar dan apabila dia kembali semula untuk mengambil pennya, ayah tadi telah tidur lena.
Doktor tersebut melihat catatan di kertas yang di tulis oleh ayah berkenaan dan terdapat nama seseorang dan nombor telefonnya. Ia segera menghubungi nombor berkenaan dan orang yang menjawab panggilannya ialah anak si ayah tadi yang telah sekian lama menghilangkan diri.
Doktor memberitahu bahawa ayah berada di hospital dan sakit tenat. Anak merayu sepenuh hati agar doktor berusaha menyelamatkan nyawa ayahnya, dan berjanji akan sampai segera ke hospital. Dia juga memberitahu doktor tersebut betapa dia menyayangi dan merindui ayahnya sepenuh hati.
Doktor tersebut segera teringatkan ayahnya sendiri dan dengan linangan airmata dia membaca catatan yang ditulis oleh ayah yang sakit tadi.
"Anak ku yang dikasih dan dirindui, semuga sihat selalu. Ayah sedang sakit di hospital, telah begitu lama kita tidak bertemu. Mungkin ketika kau membaca surat ini ayah sudah tiada lagi di dunia ini. Apa pun ketahuilah bahawa ayah selamanya merindui mu dan ayah selamanya telah memaafkan mu. Ayah juga tahu bahawa kau tetap merindui ayah dan kau pasti memaafkan ayah........."
Catatan ayah hanya setakat itu kerana dia telah lena dan pen terjatuh dari tangannya.
Beberapa jam kemudian si anak tiba di hospital dan terus menyerbu ke bilik doktor. Doktor tersebut membawa si anak ke tempat ayahnya yang telah siap ditutup dengan kain putih.
Tanpa sebarang kata doktor tadi menyerahkan catatan yang sempat ditulis oleh ayah kepada si anak dan terus berlalu meninggalkan si anak dengan esakannya. DIA TELAH TERLEWAT.
Jika hari ini hari jadi anda, berapa ramai yang mengingatinya dan menyampaikan ucapan. Jika hari ini anda berada di hospital berapa ramai yang mengziarahi anda selain daripada keluarga terdekat anda.
Sebab itu saya menekankan sayangilah keluarga anda. Berkhidmatlah untuk keluarga anda. Carilah wang yang banyak untuk keluarga anda dan orang-orang yang anda sayangi. Lebih utama lagi orang yang selamanya menyayani anda.
Hari ini 6 April 2007, saya terima sms dari seseorang yang di mulakan dengan "Happy Birthday To You.... dan diakhiri dengan...I will be there for you and LOVE YOU" Sms itu adalah dari isteri saya yang tidak pernah lupa tarikh hari lahir saya...

Recent Comments