BERITA GEMPARThis is a featured page

Ahad, 13 Januari 2008

BERITA GEMPAR

Berita Gempar akan menyusul kemudian. Sebelum itu ikuti pesanan berikut untuk semua ahli Smart Naco yang masih aktif. Saya dapati kebanyakan orang yang telah meninggalkan sesebuah syarikat MLM itu amat sukar untuk kembali ke syarikat lamanya KECUALI atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun mereka tidak mendapat hasil yang memuaskkan dalam syarikat baru yang mereka ceburi, namun mereka lebih rela menyertai syarikat lain yang dibawa kepada mereka daripada kembali ke syarikat lama. Akibat daripada tabiat ini maka mereka menjadi seolah-olah pelarian yang sering berpindah randah dari satu syarikat kepada satu syarikat yang lain.

Ini juga berlaku dalam Smart Naco, dimana sebahagian besar ahli yang pernah menrima nikmat daripada Smart Naco dahulu, kini masih tercari-cari sebuah syarikat yang boleh memuaskan hati mereka dari segi syarikat, produk dan pelan pemasarannya.

Kenapa mereka sukar kembali ke syarikat lama? Mungkin kerana mereka pernah terkutuk syarikat lama mereka dalam usaha memancing prospek ke syarikat yang baru mereka sertai. “Ala susu, orang dah tak main…yang ini lebih bagus..” “Smart Naco duitnya lambat, ini hari-hari boleh dapat duit..”

“Stokis dah tutup, produk sukar dapat..” “Ala yang ini senang tak payah jual barang, Smart Naco kena jual barang..” “Saya tak buat Smart Naco lagi, jika you mau produk you carilah sendiri..” “Leader I dalam Smart Naco dah cabut buat benda lain, so I pun cabutlah.”

“Downline I dah ramai yang tak buat, jadi I pun buatlah syarikat lain..” “You kalau terus buat Smart Naco, yang kaya SPD tu, SPD ni, dia tu, dia ni..you macam tu jugak dapat RM12.30” Itu antara kata-kata yang pernah mereka lafazkan, yang menyebabkan mereka sukar nak rujuk kembali kepada Smart Naco.
.
Pengajarannya, yang pergi biar pergi, usah diharapkan mereka akan kembali, usah dipujuk dan usah dirayu lagi. Cari yang lain sebagai ganti. Kita masih ada berjuta-juta orang dalam Malaysia ni,ahli Smart Naco baru je 250,000 orang, apa yang kita nak susahkan.
.
Kita didik orang baru supaya jadi leader hebat, kita bimbing dia, kita coach dia,kita train dia dan kita servis dia. Bila mereka berjaya melakukan seperti yang kita lakukan, maka pendapatan mereka akan bertambah dan mereka akan lebih kuat berusaha mencari prospek baru untuk dijadikan downline.

Well, BERITA GEMPAR, Tajuk saja yang gempar, ceritanya biasa sahaja. Semalam saya terima SMS dari seseorang dan dia dengan bangganya memberitahu dia ada di Serting, membuat NDT untuk orang baru.

Saya taulah di Serting tupun orang yang pernah aktif susu juga suatu waktu dulu. Bila saya tanya NDT untuk syarikat apa, dia tak jawab SMS saya. Sebenarnya saya dah tau syarikat apa yang dia masuk.

Saya sungguh pelik dengan sikap dia. Sebulan lalu dia menghasut downline susu saya yang masih aktif supaya menyertai dia dalam syarikat Conforer. Oleh kerana keahlian telahpun berbayar maka downline sayapun pergilah dua tiga kali meeting syarikat Conforer tu. Gempaknya macam bonus dah dapat dua tiga ribu.
.
Dua minggu selepas itu dia mengahsut lagi downline saya yang sama supaya berpindah ke syarikat Coway, jual penapis air dari Korea. Biasalah dia akan kutuk syarikat lama termasuk Conforer yang baru beberapa hari dia join tu, dan puji syarikat baru.

Downline saya jadi pening, mana satu nak buat ni, lalu dia minta masa untuk berfikir sebelum mengisi borang. Dua hari selepas itu dia mendesak downline saya dah buat keputusan ke belum. “Belum lagi aa” kata downline saya tu. “Kalau belum, bagus, jangan masuk Coway tu, susah nanti nak jual penapis air dan buat pinjaman…abang dah daftarkan kau ke kompeni baru, dah ada downline pun..”

Pulak. Downline saya itu bertambah pening dibuatnya. “Kompeni apa pulak kali ni?” tanya downline saya tu. “Abang join BliHolding, akan meletup ni” katanya bangga. Saya macam tak percaya je, dalam sebulan 3 syarikat dia masuk.
.
Sejak meninggalkan Smart Naco pada bulan 11 2006, saya dapati tidak kurang dari 18 buah syarikat baru dia sertai. Dalam BliHolding tu yang asalnya Ica Network, ramai juga downline dan upline saya yang menyertainya. Saya Cuma bagi dia 3 bulan sahaja.
.
Yang leader seorang ni saya tak taulah, minggu esok, bulan esok entah berapa kompeni lagi dia akan masuk..lantaklah. Jadi kita yang masih dengan Smart Naco, berbanggalah, sekurang-kurangnya kita tidak terlompat-lompat, tercari-cari, terikut-ikut dan terpengaruh dengan begitu mudah. Juga jangan stress, nak panjang umur ketawa selalu.Yakinlah apabila pihak syarikat telah mengeluarkan iklan sekali dua nanti, Smart Naco akan kembali MELETUP. Sementara itu kita bersabarlah, dan kita buatlah seperti biasa tanpa mudah mengalah kepada cabaran mendatang. Tak percaya cuba tanya Zul Pendang.

.
MASIH ADA 20 HARI SAJA LAGI


BERITA GEMPAR - JOKISE COOL SITE


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Jan 16 2008, 4:43 PM EST (about this update About This Update jokise Edited by jokise

1 image added

view changes

- complete history)
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on Wetpaint Central.)