BERSYUKURLAH KAMUThis is a featured page



JOKIDEN

Hari ini Khamis, 5 hb Julai 2007, Surau As Salam di Taman saya mengadakan ceramah agama mingguan. Penceramah jemputan hari ini ialah Ustaz Moheidir dari Selangor yang lahirnya dari Surabaya. Beliau menyampaikan ceramahnya dengan secara bersahaja dan mudah diterima oleh pendengar.

Mengikut pakar motivasi hebat, iaitu Datuk Dr Fazilah Khamsah, jika sesuatu ilmu yang kita pelajari, jika tidak disampaikan dalam tempoh 48 jam dari tempoh kita menerimanya, maka kita akan terlupa ilmu tersebut.

Saya catatkan sedikit sebanyak isi ceramah pada malam ini semuga ada menafaatnya kepada kita semua yang mengikuti blog ini.


Kesimpulan ceramah pada malam ini ialah mengenai keperluan kita rasa bersyukur kepada Allah pada sepanjang masa.

Firman Allah dalam Al Quran yang bermaksud, "sekiranya kamu bersyukur dengan nikmat Ku, nescaya akan Aku tambah, dan jika kamu kufur maka siksaan Aku amat pedih.

Kita harus bersyukur dalam semua perkara yang kita lalui dalam hidup ini. Kata Ustaz penceramah ini, jika kita tidak bersyukur hati kita akan mati.

Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan setiap hari dengan syarat ia dimulakan dengan niat kerana Allah semata-mata, maka itu adalah ibadat yang pasti akan mendapat ganjaran daripada Allah.

Jadikan bersyukur sebagai ibadat harian dan doa harian kita seperti berikut:


Bismillahhirrahmanirahhim,


1. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana menjadikan aku seorang Muslim dan bukannya seorang kafir,

2. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana memilih aku sebagai umat Nabi Muhamad s.a.w,

3. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana sentiasa menyembunyikan dosa-dosaku,

4. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana menyediakan rezekiku dan tidak diambil oleh orang lain.

Kelemahan manusia pada hari ini ialah suka menyalahkan orang lain dan sentiasa mengatakan diri sahaja yang betul.

Bahagialah jika kita tahu menyalahkan diri sendiri dan tidak menyalahkan orang lain sepenuhnya.

Penyakit Hati:

1. Sombong,
2. Riak, seperti mempamirkan perbuatan ibadat kepada orang lain
3. Wujub, bangga diri, perasaan
4. Subha, dengar-dengarkan amalan pada orang lain.

Hati Yang Hidup:

1. Membaca Al Quran dengan memahami maknanya,
2. Quamullai, sembahyang malam, beramal waktu malam, tahhadjud
3. Bersahabat dengan orang alim
4. Perut lapar, puasa sunat
5. Zikirrallah, ingat kepada Allah setiap detik

Salah satupun jika diamalkan secara berterusan (Istiqamah) hati pasti akan hidup.

Bacalah Al Quran 100 ayat sehari seperti surah Al Ikhlas. Ganjaran membaca Surah Al Ikhlas amat besar, jika kita membaca 3 kali, seperti seolah-olah khatam Al Quran.

Ganjaran bagi orang yang sentiasa berQiamullai dan bertahhajud ialah 9,

5 Di Dunia dan 4 selepas meninggal.

5 Di Dunia

1. Selamat dari bencana besar iaitu kehilangan iman
2. Wajahnya ceria, berseri-seri dan tenang
3. Orang yang bertahahjud akan disukai oleh orang ramai
4. Mudah menerima nasihat
5. Tidak suka berbual kosong

4 Di Akhirat

1. Mudah di Alam kubur
2. Buku Catatan akan diterima dari tangan kanan
3. Mudah melintasi Titian Siratulmustaqim (1000 tahun perjalanan)
4. Bertemu dan dapat melihat wajah Allah sebenar

Orang yang sentiasa mengingati Allah waktu duduk, waktu berdiri dan waktu berbaring, hatinya akan sentiasa tenang. Tidak ada ketenangan abadi di dalam hati selain daripada mengingati Allah.


Kunjungilah Rumah Allah Sekerap Mungkin BERSYUKURLAH KAMU - JOKISE COOL SITE
MASJID PUTRA JAYA


THE DAY THAT.. MENYESAL KOMEN JOKIDEN HOME





jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Jul 6 2007, 3:10 AM EDT (about this update About This Update jokise By Jokiden - jokise

7 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: Selalulah bersyukur
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala PERKONGSIAN YANG MENINGGALKAN KESAN 1 Jul 8 2007, 8:24 AM EDT by jokise
Thread started: Jul 5 2007, 11:00 AM EDT  Watch
Terima kasih SPD Sharif atas perkongsian ilmu yang cukup hebat ini. Kesedaran dan mensyukuri nikmat ALLAH swt selalunya datang dari hati nurani yang penuh keikhlasan.
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Show Last Reply
Showing 1 of 1 threads for this page