BLS BERTUKAR NAMAThis is a featured page


APA ADA PADA NAMA


Pada 30 Julai 2007, jam 9.00 malam, bertempat di Restoren Tasik Shah Alam, saya dan beberapa orang leader Smart Naco berkesempatan berbual, bertukar fikiran serta menjamu selera dengan pihak Pengurusan Smart Naco yang diketuai oleh CEO barunya.


Turut hadir ialah En Azhar Mohd Daud, C.Y.Chong dan seorang lagi. Dari Seremban saya bersama dengan SPD Azhar Wahab dan PD Rizal. Sedia menanti di sana ialah SPD Hj Rahman, SPD Abdullah Sani dan SPD Cikgu Mat Som.


Tujuan perjumpaan hanyalah setakat suai kenal antara pihak Pengurusan dengan beberapa orang Pemimpin SN. Namun daripada apa yang disarankan oleh En Azhar saya dapat mengesan bahawa tujuan perjumpaan adalah untuk menerangkan tentang 'BLS" Big, Long and Strong.

Kami diberitahu bahawa BLS diberi nama Primalex. Sedap nama tu. Saya andaikan 'Pri Male X'. Sebenarnya BLS adalah nama permulaan yang saya jaja untuk menyakinkan ahli SN khususnya downline saya. Namun mungkin kerana ringkas dan mudah disebut maka pil untuk lelaki yang baru dikeluarkan oleh SN ini cepat popular dengan panggilan BLS.

En Yunus, En Razif dan Mr Lau amat mesra dengan sebutan BLS tersebut. Begitu juga dengan leader SN seperti Pak Rizal, Pak Karim, Man Black dan keseluruhan leader dari Seremban. Normala dalam blognya juga begitu serasi dengan sebutan BLS.

Pada malam tersebut kami diberitahu bahawa nama resmi produk terbaru ini ialah Primalex. Rata-rata orang yang telah mencubanya mengatakan pil ini berkesan untuk menambahkan kekuatan sex kaum lelaki atau para suami dan amat menggembirakan para isteri.

Mereka yang pernah membelinya dari saya kini kebanyakannya telah membuat pesanan untuk kali kedua. Terdapat dua orang pelanggan saya yang menggunakan sendiri telah memesan untuk kali ke 4. Ramai yang memesan untuk kali ke 2.

Maksudnya di sini saya ingin menyakinkan ahli SN bahawa kalian mempunyai senjata baru untuk maju ke medan perang. BLS pasti meletup. Primalex bakal menggembalikan kejantanan kaum lelaki dan menggembalikan kehebatan Smart Naco. Sama-samalah kita lihat nanti.

Harga yang diberitahu kepada kami dan saya rasa itu akan muktamad ialah untuk ahli sekotak RM98.00 PV60 dan BV50. Terdapat 8 biji pil dalam satu kotak. Ini bermakna harga promosi RM10.00 sebiji yang kita jual sekarang berakhir.

Namun pada hari ini saya memperolehi repeat sale untuk Primalex sebanyak 23 biji dan saya masih menggunakan harga lama dan saya memberitahu pelanggan saya bahawa harga akan berubah dalam sehari dua lagi.

Seperti rakan-rakan lain, saya mengambil kesempatan dalam pertemuan dengan pihak Pengurusan ini untuk menyampaikan pendapat dan buah fikiran saya yang saya kira perlu diberikan pertimbangan oleh mereka.

Namun begitu, walaupun penyampaian saya agak tegas, tetapi tetap bersopan kerana makanan yang kami nikmati adalah dibayar oleh pihak Pengurusan. Nanti terlebih cakap saya pulak yang kena bayar.

Saya menekankan betapa pentingnya SN membuat pengiklanan di media massa dalam usaha membantu para pemimpin untuk menggembalikan kegemilangan SN. Pengiklanan tentang produk amat perlu ketika ini dan jika pengiklanan ini hendak diserahkan bulat2 kepada leaders, ianya pasti kurang berkesan kerana modus operandi melalui meeting telah kurang berkesan kerana kehadiran ahli lama dan ahli baru amat berkurangan.

Jika pihak syarikat tidak membantu, para pemimpin ini juga akhirnya akan keletihan dan terkulai layu. Benar SN membuat pelbagai promosi namun promosi melalui media massa tidak ada. Sedangkan syarikat lain dewasa ini begitu ghairah dengan promosi mereka di media massa.

Pengiklanan di media elektronik amat berkesan. Nacofe terpaksa bersaing dengan lebih 30 kopi yang telah sedia ada di pasaran dan kebanyakannya mempunyai iklan di TV. Kita lihat saban hari ada kopi radik, kopi jantan, kopiguar, indocafe, alicafe dan macam2 lagi dikaca TV. Nacofe tidak ada iklan dan cuma ada poster yang kita pula kena bayar sendiri.

Bayangkan jika Nacofe menjadi popular melalui iklan di TV, maka kemungkinan besar ia boleh diedarkan ke lebih 200,000 restoran di seluruh negara. Jika ini berlaku mudahlah pengedar SN untuk meletakan Nacofe yang enak dan harum itu di mana-mana premis.

Jika sebuah restoran berjaya menjual 2 kotak Nacofe sebulan, maksudnya hanya 40 orang sahaja yang minum Nacofe sebulan di sesebuah restoran itu, maka keseluruhan jualan Nacofe pada bulan tersebut ialah sebanyak 400,000 kotak. Ini bermakna jumlah RM yang terhasil ialah sebanyak RM7.2 juta. Kan ke berbaloi tu dengan kos iklan yang tak seberapa tu. Inilah yang sedang di nikmati oleh Kopi Radik dan Kopi Jantan pada hari ini.

Saya penuh yakin dengan kuasa pengiklanan ini. Kemudian saya menyarankan agar promosi melalui cabutan bertuah diadakan seperti setiap pembelian 3 kotak IgG Plus ahli layak untuk satu cabutan bertuah. Untuk ahli membina impian dan harapan hadiah cabutan bertuah mestilah hebat dan saya menyarankan supaya syarikat menyediakan sebuah kereta mewah seperti Mercedes Benz atau BMW sebagai hadiah utama.

Contohnya dengan hadiah lumayan ini kemungkinan timbul minat ahli untuk membeli 3 kotak dan jika 20,000 ahli terlibat dalam sebulan, maka dalam tempoh setahun terdapat sebanyak 240,000 ahli yang membuat belian 3 kotak. Angka ini pasti berubah jika mereka membuat belian berulang kali.

Belian 3 kotak oleh 240,000 ahli akan menghasilkan jualan sebanyak 720,000 kotak susu setahun. Jumlah wang yang terlibat ialah sebanyak RM78 juta. Jika keuntungan bersih syarikat cuma 10 % sahaja, maka di situ ada RM7.8 juta. Apalah sangat dengan harga sebuah Mercedes yang tak sampai RM250,000 jika dibandingkan dengan RM7.8 juta tersebut.

Saya juga mencadangkan agar setiap kotak Primalex menggandungi voucer RM yang tidak boleh ditukar dengan wang tunai tetapi boleh digunakan sebagai sebahagian bayaran ketika membuat belian ke atas produk. Ini boleh menarik minat ahli untuk membeli primalex dan apabila mendapat voucer mereka boleh gunakan untuk produk lain.

Sebenarnya banyak cara promosi yang berkesan untuk diambil oleh pihak syarikat bagi membantu ahli meningkatkan jualan. Kenapa orang sanggup menyimpan dalam Bank Simpanan Nasional? kerana mereka mengharapkan suatu hari kelak mereka juga berpeluang untuk memandu pulang sebuah kereta berjenama mewah.

Saya percaya ahli Smart Naco tidak akan lari dari maintain bulanan jika ada ganjaran kereta mewah. Terdapat sebuah syarikat kini sedang mempromosikan kereta mewah kepada ahlinya. Jika SN tidak mahu kereta mewah, sebuah bunglow boleh dijadikan tarikan dalam promosi ini.

Saya juga menyarankan agar pihak syarikat memasukan iklan produk kesihatan dan kecantikan dalam Majalah Mingguan Wanita. Kos murah je sekitar RM3,000, tetapi iklan ini akan dibaca oleh lebih daripada 200,000 orang sebulan. Ahli dan leaders Smart Naco tidak mampu untuk menemui seramai 200,000 orang pengguna sebulan, tetapi melalui iklan ini, jumlah tersebut mudah kita capai.

Sehari dua ini saya sebenarnya agak sibuk juga, namun saya masih sempat meluangkan masa untuk membaca blog rakan-rakan dari SST. Habis semua blog mereka saya baca. Di situ terdapat banyak pengajaran serta panduan yang boleh kita ikuti.

Bagi saya membaca blog mereka ini kita dapat merasakan bahawa Smart Naco selamanya hebat, relevan dan berpotensi. Sesungguhnya pemimpin dalam SST berjaya menyakinkan ahli-ahli mereka untuk meneruskan kerjaya cemerlang mereka bersama Smart Naco.

Sekarang ini muncul pula blog baru oleh Nina Hilary. Bunyinya macam Hilary Clinton. Blog ini juga saya ikuti dan bakal popular suatu hari nanti.

Blog Normala, lagi panjang lagi saya suka. Blog SPD Zul lagi panjang lagi saya suka. Blog SPD Che Din lagi menjela lagi saya suka. Mereka ini terdiri daripada orang-orang yang bermotivasi tinggi yang tidak perlukan kata-kata motivasi dari orang lain.

Saya masih lagi mengkagumi ketenangan, kesabaran, kegigihan dan kemesraan SPD Zul. Namun saya tetap mencemburui salah satu nikmat yang beliau kecapi yang saya tidak ada. Beliau mempunyai kebebasan kewangan dan di waktu pagi yang cerah beliau boleh menikmati udara segar, nyaman dan dingin di atas Bukit
Ah enak dan bahagiannya kehidupan beliau.

Seorang lagi yang selalu mendapat perhatian saya ialah PD Fauzan. Selamba je, petah berbicara, bijak membaca reaksi orang lain yang duduk di hadapannya. Beliau masih bersemangat dalam mengendalikan Meeting mingguan setiap Selasa jam 8.00 mlm di HQ bagi kawasan tengah. Beliau tidak peduli dengan apa yang orang lain kata. Untuk beliau saya muatkan sebuah kisah ringan.

Terdapat 5 ekor katak bersahabt baik. (Dah cerita katak pulak) Katak ni kemana sahaja pergi sentiasa bersama. Kerja katak ni, tidak lain selain daripada melompat ke sana sini dengan penuh riang ria.

Suatu hari oleh kerana terlampau riang sangat (mungkin bonus banyak bulan tu) ketika sedang ketawa riang dan bergurau senda, dua daripada katak tersebut telah terjatuh ke dalam sebuah lubang yang agak dalam.

Menyedari kehilangan dua rakan mereka, tiga ekor katak tadi berpatah balik dan terdengarlah jeritan dua rakan mereka dari dalam lubang meminta tolong. Tiga ekor katak di atas bermesyuarat dan berbincang bagaimana cara untuk menolong dua rakan mereka keluar dari lubang tersebut.

Sementara dua katak yang dalam lubang itu melompat berterusan untuk berusaha melepaskan diri mereka sambil diperhatikan oleh tiga ekor yang di atas. Lompat punya lompat dua ekor katak tersebut nyata keletihan dan makin tidak bermaya.

Tiga ekor katak yang di atas bersepakat bahawa dua rakan mereka tidak akan dapat keluar dari lubang itu, mereka akan mati di situ. Oleh kerana tidak sampai hati melihat usaha dua rakan mereka yang sia-sia tersebut, tiga ekor katak tadi menjerit sekuat hati secara serentak dan berterusan.

"sudahlah, jangan melompat lagi, kamu tidak akan berjaya, kamu tidak akan mampu, kamu akan mati di situ.."

Seekor daripada katak yang di dalam lubang itu termakan dengan jeritan rakan di atas, dia merasakan memang begitu akhir nasibnya, lalu semakin lama semakin kurang usahanya dan dia semakin lembik dan akhirnya mati di situ. Tiga ekor katak di atas terus berlalu kerana yakin nasib yang sama akan menimpa yang seekor lagi itu.

Melihat rakannya mati, katak yang seekor lagi mempergiatkan usaha lompatannya, dia tidak terpengaruh dengan hasutan tiga lagi rakan di atas. "Nasib aku, aku yang tentukan.." Dia semakin bersemangat dan lompatannya semakin tinggi dan akhirnya satu daripada lompatan itu menyebabkan ia terdampar di atas tebing lubang itu.

Ah, panjang pulak cerita katak ni, boleh diringkaskan, tapi saja je saya nak panjang2 kan.

Setelah hilang penatnya katak tadipun berjalan menyusuri rakannya yang tiga ekor lagi tadi. Dia temui rakannya sedang berihat atas daun keladi sambil menyilang kaki.

Ketiga-tiga katak itu terperanjat dan melopong mulut mereka tanpa percaya apabila melihat rakan mereka selamat, berjaya keluar dari lubang dan datang kembali. Lalu dia dikerumuni kerana selalunya cerita orang yang berjaya amat menarik untuk didengar.

"Apa rahsia kau, macam mana kau boleh lompat keluar, apa yang motivate you, kenapa tak give up kan kami dah kata kau tiada harapan kau pasti mati di situ, you tak dengar ke apa yang kami cakap.." Bertalu-talu soalan dihamburkan.

"Eh betul ke you all kata begitu.. mungkin I salah dengar" jawab katak yang seekor tu.

"Apa yang you dengar kami kata..?" " Aku dengar you all kata, lompat lagi, kuat lagi, usaha lagi, kau pasti berjaya..lompat2 jangan berhenti..Itulah yanjg aku dengar yang menguatkan semangat aku tadi tu..." selamba je katak tu menjelaskan. Tiga ekor rakan mereka berpandangan sesama sendiri dengan rasa agak malu.

Tettttt tettttttttttttt, tet....

Moral ceritanya? Banyak tu, carilah sendiri. Fauzan tentu mampu mencarinya.

Untuk Normala Shamsuddin saya panjangkan nasihat ringkas dari kawan saya yang menetap di Mumbai (Bollywood)

Be Happy Today


Each morning when you open your eyes, say to yourself:

You, and not the day’s events have the power to make you happy for unhappy today. You can choose which it shall be.

Yesterday is dead, tomorrow hasn’t arrived yet. You have just one day - Today. When you start your day; tell yourself, “I’m going to be happy today.”
Itu kuasa minda tu..

Email Jokiden di jokiden5@yahoo.com atau SMS 0122345889







jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Aug 1 2007, 7:03 AM EDT (about this update About This Update jokise By Jokiden - jokise

93 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: Pil for men health
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala TERIMA KASIH SPD SHARIF ATAS PERKONGSIAN INI 0 Aug 1 2007, 10:34 PM EDT by Normala
Thread started: Aug 1 2007, 10:34 PM EDT  Watch
Saya sentiasa menghargai pandanga dan tips dari SPD Sharif untuk kejayaan diri saya dan rakan-rakan niaga yang lain
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Showing 1 of 1 threads for this page