Hujung minggu selalunya Port Dickson menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. Hari Sabtu dan Ahad traffik jam di Bandar PD adalah perkara lumrah.
Bukan sahaja hotel serta tempat penginapan lain penuh sesak dengan pengunjung, malahan pantai di Batu 4, Batu 8 dan Batu 12 juga penuh sesak dengan orang ramai.
ILHAM RESORT PORT DICKSON PADA 26 OGOS 2006 SERAMAI 200 ORANG AHLI SMART NACO NSDK BERMALAM DAN MENGADAKAN JAMUAN DI SINI
PD hari ini masih merupakan tempat pelancongan yang murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Saya sempat juga ke Teluk Kemang di Batu 8, siang tadi. Walaupun telah lewat petang namun kemeriahan di situ masih terasa dan pengunjung masih ramai.
Saya dan isteri menjamu selera di Restoren Lambaian Puteri di Batu empat. Masakannya enak dan harga amat berpatutan. Di situ kita boleh memilih pelbagai jenis masakan sambil menikmati hidangan musik life.
SUNSET DI PORT DICKSON
Sebelum saya terlupa pada petang Jumaat saya juga ke Port Dickson, tetapi bukan untuk bersantai seperti hari ini. Saya ke sana untuk menjual Pil BLS Smart Naco. Saya pergi bersama downline saya En Mokhtar.
Nasib saya agak baik pada hari itu dimana saya mampu menjual sebanyak 30 biji Pil BLS dengan harga RM10.00 sebiji. Lumayan. Mala tentu cemburu mendengarnya.
Sekembali dari PD pada hari Jumaat juga saya berjaya menjual 2 IgG Plus dengan bantuan Yusri. Sebelah malamnya kami meeting di Stokis Senawang. Turut hadir ialah PD Rizal, Pak Karim dan SPD Razali dari Tapah.
Aura ketika meeting amat jelas dan pada malam itu saya berjaya sponsor 2 orang ahli baru. Ah hari Jumaat lepas sebenarnya kisah kejayaan sahaja.
Berbalik kepada cerita NONA hari ini, saya teruja mendengar kisah kasih sayang antara Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K. Mereka merupakan insan2 yang telah berjaya dalam karier masing2.
Kemudian kisah Datuk Yussoff Haslam Pengarah Filem Gerak Khas yang terkenal tersebut. Kediaman mewah beliau di atas bukit dengan pemandangan yang indah serta kedinginan air dari kolam renang beliau membuatkan saya terus membina impian untuk berjaya seperti beliau.
Saya teringat kepada upline saya En Mat Zain Ali yang saya kira begitu berjaya dalam perniagaan dengan Smart Naco ini. Saya kira beliau juga mampu memiliki apa yang Datuk Yussoff Haslam miliki.
Saya juga ingin berjaya seperti beliau. Buat pengakhiran Cerita Ringan Hujung Minggu ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapakan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada semua warga Smart Naco yang berstatus BAPA. Jadilah seorang bapa yang BERJAYA.