Sekarang jam sudah 10.00 malam. Saya baru sahaja sampai ke rumah dari Port Dickson. Setelah berihat sebentar terasa teringin pula hendak menulis serba sedikit di wiki ini.
Hari ini saya dan keluarga tidak mempunyai rancangan khusus, namun pagi tadi saya bertanya anak-anak saya kemana harus kami pergi hari minggu ini. Tidak ada respon dan semuanya mengelak untuk pergi berjalan-jalan.
Saya mengambil keputusan untuk ke Port Dickson sahaja bersama isteri saya, dekat dan tidak begitu memenatkan. Berdua-duaan lah kami hari ini.
Sebelum ke PD saya sempat menonton rancangan NONA. Selalunya saya tidak meminati rancangan tv. Sekarang ni pun keluarga saya sedang khusuk menonton Gengstar dan Bersama AC di tv, namun kedua-dua rancangan itu tidak berjaya memikat hati saya untuk menontonnya.
Nona hari ini adalah Nona istimewa, itulah sebabnya saya menonton. Hari ini semuanya kisah kejayaan bermula dengan Kejayaan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk K, kisah Datuk Maznah Hamid yang menarik, kisah Datin Normala Shamsuddin, kisah Datin Norjuma, kisah Datuk Yusof Haslam dan beberapa orang lagi.
Saya suka kisah kejayaan, tidak kira siapa dan dalam bidang apa. Kejayaan orang lain selalunya membuatkan saya bermotivasi tinggi.
Saya tidak suka kisah penderitaan, kisah kebuluran, kisah Hamas halau Fatah, kisah pembantu rumah di dera hingga lari ikut tingkap, kisah bas meletup di Kabul, kisah bom kereta meletup di Iraq, kisah bom di Selatan Thailand, kisah bom di Pudu Raya, kisah Bush dan Blair.
Pembantu rumah tak tahan di dera, lalu cuba melarikan diri.
Kesan letupan Bom di Kabul, 35 orang maut.
Hati saya tersentuh melihat bagaimana keluarga bahagia Datuk Maznah, wanita besi Malaysia duduk makan semeja, bersama suami dan anak-anak. Apa yang mereka makan tidaklah saya nampak, namun suasana di meja makan tetap mewah dan menyenangkan.
Beliau bekerja keras membangunkan perniagaan beliau sejak berpuluh tahun dahulu. Hasilnya hari ini beliau dan keluarga hidup dalam kemewahan. Lagi satu contoh bahawa tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Saya kerap mendengar orang yang telah berjaya berkata, "tidak ada jalan singkat untuk menjadi kaya..."
Cerita Ringan ini bersambung ke "CERITA RINGAN 2" Saya terpaksa berhenti kerana baru saja call masuk, pemanggilnya mahukan Pil BLS. Saya kena pergi.