DI SUDUT HATI TERASA MALUThis is a featured page


Wajah-wajah Ceria

Hari Minggu datang lagi. Cuaca mendung sejak pagi. Cahaya matahari tidak kelihatan. Mulai jam 4.00 petang akhirnya gerimis mula turun.

Saya menghabiskan 'cuti hujung minggu' dengan menghadap komputer. Membaca akhbar online, melayari internet. Yang pasti saya lakukan ialah membaca blog rakan-rakan.

Isteri di dapur sibuk menyediakan pengat durian. Dia baru kembali dari desa dengan membawa banyak buah durian dan rambutan.

Saya membaca blog, Normala Shamsudin, Zulkifli Hassan, Khairul Aza, Khairul Rizal, Zulkifli Dahalan, PD Fauzan, Zaidie dan SPD Che Din.

Banyak sungguh maklumat yang saya dapat dengan melayari blog mereka.
Bermacam-macam cerita dipaparkan dan semuanya memberi motivasi serta kepuasan kepada saya.

Melalui blog Che Din saya ikuti dengan penuh minat kesah Jutawan Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar. Ini bukanlah kali pertama saya membaca tentang Jutawan Syed Mokhtar, telah banyak kali dan saya pantang terjumpa kisah beliau dipaparkan di mana-mana buku, akhbar atau majalah pasti saya akan membacanya.

"Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. "

Saya amat tertarik dengan falsafah kidupan beliau yang simple dan mudah dan komitmen beliau untuk membantu orang lain dalam pelbagai sudut. Falsafah pengurusan perniagaan beliau amat mengkagumkan saya.

Kesederhanaan beliau sebenarnya tiada tandingan. Hidup beliau hanyalah untuk membantu orang lain. Beliau mampu membeli dan menggunakan kereta paling mahal di atas muka bumi ini, namun atas dasar untuk membantu industri kereta nasional, lalu beliau menggunakan Proton Perdana sahaja.

Tokoh-tokoh perniagaan dari luar negara akan terbeliak biji mata apabila melihat orang nombor 7 terkaya di Malaysia hanya memandu Proton Perdana bukan Lamborgini,bukan Ferarri, bukan Mercedes, bukan BMW dan bukan Messarati.

"Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?"

"Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju."

" Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian."

"Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun."

"Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana..."


Seorang rakan baik saya bernama Bakri Hamzah, sejak 25 tahun dahulu bekerja dengan Tan Sri Syed Mokhtar, sebagai pegawai biasa, hari ini masih kekal dengan beliau dan mengetuai salah sebuah syarikatnya dengan jawatan Pengarah Urusan.

Habis saya mengikuti blog rakan-rakan saya menghubungi seorang kawan yang telah seminggu tidak saya temui dan telah dua kali tidak hadir meeting di Stokis Smart Naco Senawang.

Kawan saya ini bernama Zaidie dan dia bukanlah merupakan downline saya. Dia downline kepada SPD Khairul Aza dari Penang. Saya telefon dia untuk bertanyakan khabar.

Saya agak terperanjat apabila dia memberitahu bahawa dia sedang berada di Dataran Senawang bersama dengan upline dia SPD Khairul Aza dan SPD Zulkifli Hassan dari Pulau Pinang.

Tiba-tiba saya merasa MALU kepada diri saya kerana masih berada di rumah sedangkan rakan saya dari Pulau Pinang sedang sibuk dengan perniagaannya dan melupakan masa untuk bersantai dengan keluarga. Namun peristiwa ini walaupun kecil ia tetap membakar semangat saya untuk terus bekerja kuat.

Lagi Wajah Ceria. Murung Akan Membawa Kemusnahan

Kerana Malu punya pasal hari ini saya bertekad untuk mendapatkan prospek dan menjual produk Naco. Bila malam berlabuh dan saya menyemak rekod, saya berjaya menjual 2 Kotak IgG plus, 16 Nacofe dan 14 Biji BLS. Yakin Boleh, anda pasti boleh.

Terima kasih juga kepada PD Pak Rijal yang bersusah payah menghantarkan majalah Apprentice keluaran Julai. Saya percaya setiap ahli Smart Naco harus memiliki majalah ini.


Normala Dgn Mentornya SPD Zul, Gambar Di Copy Tanpa Izin

NS antara orang yang rajin melawat laman ini.

ZH banyak ilmu boleh diperolehi di sini






jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Aug 14 2007, 10:46 AM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

1 image added
1 image deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: Jokiden Malu
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.