
Menangani penyakit psoriasis
Minggu ini Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), Dr. Allan Yee memberi penekanan kepada pentingnya ilmu pengetahuan, selain mempunyai pemahaman asas untuk menangani masalah penyakit psoriasis.
Psoriasis (disebut sore-eye-a-sis) berasal daripada bahasa Greek, psora yang membawa maksud rasa gatal. Satu perubahan di dalam sistem imun mempercepatkan putaran pertumbuhan sel kulit.
Ia tidak bersalin kulit, sebaliknya sel-sel itu bertindan dan membentuk sisik yang menebal pada permukaan kulit. Di samping itu, radang pada kulit menyebabkan berlaku plak berwarna merah.
Kenapa saya menghidap psoriasis?
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Seseorang yang menghidapi psoriasis tidak mendapatkannya daripada orang lain, begitu juga dia tidak boleh 'memindahkan' penyakit itu kepada orang lain.
Perkara itu perlu ditekankan di sini kerana ia mempengaruhi cara bagaimana masyarakat berinteraksi dengan penghidap psoriasis dan sebaliknya.
Psoriasis adalah satu keadaan yang diwarisi. Salah seorang atau kedua-dua ibu bapa penghidap mungkin mempunyai penyakit itu, walaupun ia tidak semestinya sedemikian.
Jenis psoriasis
Terdapat lima jenis psoriasis, dan ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Luka boleh jadi setempat atau menyeluruh.
Plak adalah jenis psoriasis yang paling biasa berlaku. Psoriasis guttate dilihat sebagai bintik merah yang kecil pada kulit. Psoriasis inverse berlaku pada bahagian ketiak, celah kangkang atau groin dan pelipat kulit.
Psoriasis eritrodermik dilihat sebagai tanda kemerah-merahan yang keterlaluan di permukaan yang lebih luas. Psoriasis pustular terdiri daripada lecur keputihan yang dikelilingi oleh kulit berwarna merah.
Senarai di atas juga menggambarkan kekerapan ia dilaporkan di Malaysia, dengan kekerapan yang lebih tinggi merupakan psoriasis plak.
Permukaan badan yang kerap terjejas .
Penyakit itu boleh menjejaskan mana-mana bahagian pada permukaan badan. Psoriasis kulit kepala kerap berlaku dan seringkali di salah diagnosis sebagai 'kelemumur'. Ia boleh jadi tidak teruk (sisik yang halus dan sedikit) atau teruk (plak tebal yang meliputi keseluruhan kulit kepala, seterusnya menyebabkan keguguran rambut). Psoriasis kerap menjangkau melebihi gigi rambut terus ke dahi, bahagian belakang leher dan di sekeliling telinga.
Psoriasis muka selalunya menjejaskan bulu kening, bahagian kulit di antara hidung dan bibir atas, dahi atas dan bahagian gigi rambut. Satu biopsi mungkin diperlukan untuk membezakan psoriasis daripada penyakit kulit yang lain.
Psoriasis yang meluap-luap pada tangan dan kaki perlu dirawat dengan kadar segera kerana ia boleh diiringi dengan rekahan, lecur dan bengkak.
Psoriasis pada bahagian alat kelamin mencakupi bintik-bintik merah yang kecil hingga ke tompok-tompok besar, dan boleh disalah tafsir sebagai 'kurap'.
Bahagian lain termasuk batang tubuh, bahagian bawah badan, bahagian atas badan, bahagian luar siku, lutut dan tulang kering.

Artritis Psoriatik
Kira-kira 10 hingga 30 peratus manusia yang mempunyai psoriasis akan juga mengalami artritis psoriatik. Ini menjejaskan sendi pada jari dan jari kaki dan mungkin turut membabitkan leher, tulang belakang, lutut dan buku lali.
Seperti psoriasis, bentuk artritis seumpama ini boleh mengembang dan berkurangan. Jika tidak dirawat, artritis psoriatik boleh menyebab hilang upaya dan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada sendi.
Bagaimana ilmu pengetahuan dapat membantu saya?
Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting untuk hidup dengan psoriasis iaitu rawatan. Pilihan bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis psoriasis, kawasan yang terjejas, dan keadaan yang teruk.
Pengetahuan mendalam membantu anda dan doktor menentukan rawatan yang terbaik. Psoriasis yang tidak teruk dirawat dengan rawatan topikal. Psoriasis yang lebih teruk memerlukan rawatan oral (sistemik) atau fototerapi atau rawatan suntikan dengan biologik.
Terdapat bermacam jenis rawatan topikal. Apabila digunakan dengan betul, krim dan salap boleh menjadi amat berkesan dengan kesan sampingan minimum.
Psoriasis pada bahagian muka mungkin memberi tindak balas kepada pelembap dan jeli petroleum yang tidak merengsakan. Rawatan am bagi tangan dan kaki termasuk penggunaan pelembap, sabun yang lembut dan gantian sabun. Psoriasis genital memberi tindak balas yang baik kepada rawatan, tetapi mungkin perlu diberi pertimbangan khas disebabkan oleh kehalusan kulit di kawasan itu.
Rawatan ubat secara sistemik adalah sangat berkesan di dalam mengawal psoriasis yang bertahap sederhana sehingga teruk tetapi kebanyakan daripadanya dikaitkan dengan ketoksikan organ iaitu hepar (methotrexate), buah pinggang (cyclosporine), teratogenisiti (retinoid).
Para penyelidik telah melihat dengan lebih teliti kepada menangani psoriasis di peringkat sistem imun, melalui satu jenis rawatan perubatan sistemik yang dikenali sebagai biologik.
Biologik memudar atau meneutralkan kesan sel-sel tertentu (sel T) yang mempercepatkan putaran sel kulit. Biologik mungkin agak mahal tetapi ia sangat berguna apabila pesakit tidak boleh dirawat dengan ubat sistemik yang konvensyenal disebabkan oleh kesan sampingannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai psoriasis, opsyen rawatan dan KULIT, sila layari www.dermatology.org.my atau e-mel pertanyaan kepada kulitcampaign@yahoo.com. KULIT adalah program kemasyarakatan ditaja oleh Wyeth Malaysia.
Kesihatan Mingguan Malaysia 10 Jun 2007 EHS: Tuan tauhu atau mentimun?
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN (Yang menyertai Persidangan Tahunan Persatuan Urologi Eropah ke-22 di Berlin, Jerman, baru-baru ini)‘‘DOKTOR, emmm..., saya, saya..., hmmm, macam mana ya? Susahlah saya nak cakap doktor. Ah, tak mengapalah, kita lupakan sahaja.’’Memanglah bukan satu perkara mudah untuk membuka mulut bercerita tentang kehidupan seksual anda, apatah lagi dengan orang asing, seperti doktor. Rasa pelik dan janggal pun ada.Dua sebab kenapa anda tidak sepatutnya berperasaan begitu. Pertama, seorang doktor sedia maklum bahawa isu-isu berkaitan seksual merupakan sebahagian daripada aspek kesihatan terpenting dalam hidup manusia.Hanya doktor yang boleh menilai kes anda dan kemudiannya mengesahkan sama ada anda mempunyai masalah kesihatan ataupun tidak. Bukannya dukun jalanan, kawan- kawan atau ahli keluarga. Jika perlu, doktor akan mempreskripsi rawatan bersesuaian.Keduanya, bagaimana kekok sekalipun yang anda rasakan, percayalah, anda tidak bersendirian di dalam hal ini dan anda juga mungkin bukan pengalaman pertama doktor berkenaan. Apa yang anda tidak tahu, doktor sebenarnya mungkin sudah acap kali didatangi lelaki-lelaki lain seperti anda – tanpa mengira peringkat usia, keturunan, taraf pendidikan mahupun profesionnya. Jangan terperanjat jika pemuda 30-an juga semakin ramai yang mengalami disfungsi erektil. Ia bukan lagi penyakit eksklusif orang tua-tua sahaja.Disfungsi erektil ( ED) merupakan istilah perubatan kepada apa yang lebih dikenali sebagai mati pucuk - keadaan di mana seseorang lelaki itu gagal memperoleh dan/atau mengekalkan ereksi penis (zakar) yang mencukupi untuk melakukan hubungan kelamin yang memuaskan.Usah menderita di dalam diam. Dengan pelancaran kit diagnostik Skor Ketegangan Ereksi (EHS) oleh Pfizer Inc, kini ada cara yang lebih mudah untuk anda menyuarakannya tanpa perlu berdalih lagi.Anda cuma perlu melangkah masuk ke bilik rundingan doktor, duduk dan tunjukkan angka 1, 2, 3 atau 4 bagi mendiagnosis sendiri status kesihatan seksual atau lebih tepat lagi, darjah ED anda seterusnya, mendapatkan bantuan rawatan.Skor empat bermakna, anda tidak mengalami ED pada tahap apa pun jua manakala skor satu pula memberitahu, anda menghidap ED yang sangat teruk. Langkah seterusnya adalah bercakap dengan doktor anda tanpa perlu membincangkannya secara terperinci. Berikan skala EHS anda sahaja. Pengamal Perubatan, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Perubatan, University of Hertfordshire, United Kingdom (UK), Prof. Michael Kirby berkata, alat baru itu menggred ketegangan ereksi dari skala satu hingga empat.‘‘Lelaki di seluruh dunia percaya bahawa ereksi yang padat adalah sangat penting kepada mereka. Bagaimanapun majoriti lelaki tidak begitu berpuas hati dengan prestasi mereka itu. Lelaki yang menghidap ED pula meletakkan ketegangan ereksi sebagai hasil yang paling mereka ingini daripada terapi ED.‘‘Berdasarkan kajian klinikal membabitkan lelaki dan wanita yang aktif melakukan hubungan kelamin mendapati, lebih besar tahap ketegangan ereksi, lebih mereka berpuas hati dengan kehidupan seks, cinta, asmara dan kesihatan keseluruhannya,’’ katanya ketika ditemui selepas taklimat khas media mengenai EHS.Tambah beliau, dengan menilai ketegangan ereksi; lelaki, pasangan dan juga profesional kesihatan boleh menilai keberkesanan rawatan ED, sekali gus meningkatkan pengalaman seksual mereka.EHS dilancarkan susulan konsensus yang diterbitkan di dalam Journal of Sexual Medicine yang menekankan tentang ketegangan ereksi yang optimum sebagai faktor utama dalam menentukan hubungan seks yang lebih baik.Mengulas lanjut, Prof. Kirby berkata, kebaikan EHS berbanding lain-lain bentuk penilaian yang diguna pakai sebelumnya seperti Indeks Fungsi Erektil Antarabangsa (IIEF) dan Soalan Kualiti Ereksi (QEQ) bergantung kepada ciri-cirinya yang ringkas dan boleh dijangkakan.‘‘Ia membolehkan seseorang doktor itu merancang fungsi erektil pesakit pada permulaan rawatan dan pada setiap lawatan susulan dan dengan cara itu, rawatan boleh disesuaikan mengikut keperluan,’’ ujarnya.Bercakap mengenai ED, seks masih menjadi satu subjek yang tabu khususnya di Asia di mana kebanyakan lelakinya berasa amat malu dan enggan mendapatkan bantuan perubatan.Adalah dianggarkan, lebih 20 peratus lelaki Asia menderita ED. Jumlah itu boleh diterjemahkan sebagai isu yang lazim menghantui antara 13 dan 28 peratus lelaki berusia 40 ke 80 tahun. Ia dijangka terus meningkat kepada 322 juta orang menjelang tahun 2025 berbanding 152 juta pada tahun 1995.Pemikiran lama sebelum ini mencadangkan, jika seseorang boleh mengekalkan ereksi zakarnya, bermakna mereka tidak menghidapi ED. Pemahaman baru mempunyai kaitan dengan kepuasan seks. ‘‘Lelaki dengan ED yang ringan mungkin melakukan hubungan seks dengan kekerapan yang hampir sama dengan mereka yang tidak mengalami gangguan ini. Bezanya adalah kepuasan diri sendiri serta pasangan.*Risau‘‘Kalau dahulu kita memberitahu pesakit supaya jangan risau tetapi kini, dengan generasi baru ubat-ubatan ED, adalah sesuatu yang tidak munasabah untuk tidak mendapatkan bantuan,’’ kata Prof. Kirby.Sementara itu, Pengarah Perubatan Seksual, Alvarado Hospital, San Diego, California, Dr. Irwin Goldstein menyifatkan EHS sebagai satu anjakan paradigma dalam rawatan ED.‘‘Ia membolehkan lelaki memberikan matlamat rawatan yang jelas kepada doktor berasaskan penilaian yang sangat ringkas mengenai ketegangan ereksi mereka.‘‘Melaksanakan ketegangan optimum sebagai matlamat rawatan ED melalui EHS berpotensi besar dalam meningkatkan kepuasan seksual pesakit. Hasilnya turut dinikmati oleh pasangan kerana disfungsi ini melibatkan dua pihak,’’ katanya.Goldstein yang bertanggungjawab membangunkan EHS yang digunakan di dalam ujian klinikal Sildelafil pada tahun 1998 berkata, instrumen itu juga membolehkan doktor memantau perkembangan rawatan ED dan menentukan dos yang berkesan mengikut keperluan pesakit.‘‘Yang penting juga, EHS mudah untuk difahami selain berupaya memperjelaskan komunikasi di antara pesakit dengan perawatnya berhubung rawatan dan pengurusan ED yang lebih berkesan,’’ jelasnya merangkap Pengarang, The Journal of Sexual Medicine. Ditanya sama ada mereka yang menghidapi ED ringan boleh mengambil langkah- langkah tertentu untuk meningkatkan kehidupan seks sebelum beralih kepada ubat- ubatan, beliau memberitahu:‘‘Sudah tentu. Senaman, berhenti merokok, gaya hidup sedentari yang tidak banyak bergerak, pemakanan tidak sihat dan menjadi lebih spontan dengan pasangan anda, semuanya sangat membantu.‘‘Memang ada ubat-ubatan yang tersedia untuk membantu merawat ED tetapi ubah dahulu gaya hidup anda.’’ ED turut dikaitkan dengan beberapa penyakit. Ia boleh menjadi petanda epada aterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat, tekanan darah tinggi, diabetes dan jantung.Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan tertentu seperti pengambilan ubat antidepresan yang kerap, begitu juga dengan penghalang beta untuk mengubati tekanan darah tinggi.Pakar Terapi Seks dan Perhubungan, Jabatan Urologi, Brighton & Sussex University Hospital Trust, UK, Victoria Lehman berkata, sebelum EHS diperkenalkan, lelaki yang menghidap ED tidak mempunyai objektif tertentu.‘‘Ia seperti menaiki bas tanpa mengetahui ke mana hendak dituju. Tanpa matlamat, mereka mungkin tidak berusaha untuk merawatnya.‘‘Sedangkan, ED boleh menjadi petunjuk kepada penyakit-penyakit berbahaya. Ketegangan ereksi mempunyai kaitan rapat dengan harga diri, keyakinan, kemurungan, hubungan kelamin dan keseluruhan hidup lelaki.Menurut Victoria, berdasarkan pengalamannya, kebanyakan pasangan menderita kerana suami atau isteri tidak bercakap mengenai keperluan atau masalah seksual mereka secara terbuka. ‘‘Saya telah bertemu dan merawat beratus-ratus lelaki dan pasangannya. Apa yang menarik mengenai EHS, ia simple dan berkesan kepada pasangan untuk menanda aras ketegangan ereksi mereka serta menentukan kejayaan rawatan ED.‘‘Lelaki perlu menyasarkan mentimun,’’ katanya yang turut menyamakan ketegangan ereksi kepada; tauhu, pisang yang dikupas kulitnya, pisang yang tidak dikupas dan mentimun (mengikut skala satu hingga empat).SKALA1. Penis lebih besar tetapi tidak tegang.2. Penis tegang tetapi tidak cukup padat untuk melakukan3. Penis cukup tegang untuk melakukan hubungan kelamin tetapi tidaktegang sepenuhnya.4. Penis tegang sepenuhnya DAPATKAN PIL BLS DARIPADA JOKIDEN UNTUK MEMBANTU MENGATASI ED ANDA. SMS KE 012-2345889 ATAU EMAIL jokiden5@yahoo.com