Version User Scope of changes
Jul 2 2007, 1:59 AM EDT (current) jokise 1 photo added, 1 photo deleted
Jul 2 2007, 1:53 AM EDT jokise 1 photo added

Changes

Key:  Additions   Deletions

Ilham Resort waktu senja di rakam dari puncak menara


Hari ini Ahad 1 Julai 2007, Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan permintaan BLS. Stok saya sudah habis. beberapa downline saya lelaki dan wanita nampaknya bertambah aggresif mempromosikan BLS.

Hari minggu sepatutnya digunakan oleh kebanyakan orang untuk berihat, bersantai di rumah bersama keluarga, mengunjungi saudara mara atau berkelah.

Semalam saya telah memberitahu bahawa pada hari minggu ini jangan kacau saya, kerana saya hendak menghadiri kenduri sahabat lama di Seremban 2.

Semalam juga saya, abang Ali dan Yusri ke Port Dickson untuk mempromosikan Nacofe. Purata kami berjaya menjual sebanyak 20 kotak Nacofe semalam. Walaupun di setiap kedai yang kami singgah pasti terdapat Kopi Jantan, Alicafe, Tongkat Ali, Kopi Radik dan macam2 lagi kopi power, namun kami berjaya juga sekurang2nya meletakan Nacofe.

Saya tetap berpendapat jika kita berusha terus menerus dan Never, never, never never give up seperti saranan Donald Trump, maka pasti ada jalan untuk kita berusaha.

Tengah hari saya dan keluarga ke Seremban 2. kenduri kahwin anak kawan lama saya. Majlisnya meriah sekali. Dia seorang yang berjaya dalam perniagaannya. rumahnya besar, jemputan ramai dan makanannya mewah.

Sempat juga saya bertemu dengan ramai rakan2 lama yang lain dan apabila mereka bertanya apa yang saya lakukan sekarang, terus sahaja saya memberitahu mereka bahawa saya kini menjual BLS. Bila saya menerangkan maksud BLS mereka ketawa kuat.

Antara rakan yang saya temui termasuklah YB Dato' Hassan Malek Ahli Parlimen Kuala Pilah dan isterinya. YB Dato' Razak Mansor, EXCO Pertanian NSDK dari Jelebu. Mereka mohon maaf kerana tak dapat hadir majlis Smart Naco yang saya anjurkan di Dewan MPS pada 4 Mei lalu. Mereka janji akan hadir juga satu hari nanti.

Pada sebelah petang saya bercadang untuk berihat sahaja, namun baru sahaja sampai di rumah saya terima 3 panggilan. Zainuddin mahukan 10 biji BLS dan 5 kotak Nacofe.

Rozaidi mahukan 10 BLS dan 10 kotak Nacofe. Abg Ali mahukan BLS. Teruk saya macam ni. Namun ini bisnes. Saya beritahu mereka semua termasuk Yusri supaya berkumpul di Stadium Paroi jam 5 ptg ni.

Saya nampak keghairahan tentang Nacofe dan BLS semakin meningkat. Ini petanda bahawa kumpulan Smart World Team NSDK akam bangkit semula dan melahirkan beberapa orang PD dalam masa terdekat.

Sebentar tadi sebelum saya kembali ke rumah, saya singgah di rumah uwan saya untuk melihat dia dan ibu saya. Di dalam peti suratnya saya ternampak sehelai kertas, yang saya kira mungkin bil air atau api.

Apabila saya tengok kertas itu rupanya iklan mencari wang dengan segera. Iklannya menarik siap dengan gambar kereta mewah. Apabila saya melihat nombor telefonnya saya biasa betul dengan nombor itu. Apabila saya tengok namanya maka sahlah iklan itu diedarkan oleh downline Smart Naco saya.

Saya kagum dengan kegigihan beliau dan kami selalunya minum dan makan bersama setiap hari. Cuma sejak 5 hari lalu saya tidak berkesempatan untuk melayan beliau.

Saya mendoakan beliau berjaya walaupun iklan tersebut bukan untuk mempromosikan susu IgG, BLS atau Nacofe. Iklan itu untuk syarikat lain dan mungkin sejak 5 hari lalu beliau telah memutuskan untuk tidak lagi bersama saya dalam Smart Naco.

Bunyi iklannya...

BERITA BAIK..

Peluang Untuk Menambah Pendapatan..

Jangan biarkan masalah ini menganggu fikiran anda...harga minyak naik, harga barang naik, belanja sekolah anak naik, belanja kahwin naik, bil-bil tertunggak, rumah belum dibayar, kereta nak kena tarik, kad kredit tak bayar lagi, cukai tanah dan pintu....macam2 lagilah..

KERJA PAGI BALIK PETANG,
CUKUP BULAN BAYAR HUTANG,
JANGAN JADIKAN KEGAGGAL
YANG LALU SEBAGAI PENGHALANG..

INDUSTRI BERASASKAN INTERNET, BUKAN PELABURAN INTERNET, BERTINDAKLAH SEGERA..!!!! JIKA ANDA INGIN BERJAYA KAMI SEDIA MEMBANTU.

JANGAN TUNGGU NAMA BLACK LIST

Kami telah menyediakan program, bagaimana untuk anda mencapai pendapatan 5 angka dalam tempoh 4 bulan secara sambilan ataupun sepenuh masa.

SERTAI MEREKA UNTUK MENJADI INSAN CEMERLANG, MEREKA TELAH BUKTIKAN

Untuk keterangan percuma sila hubungi kami:

JOKIDEN 012-2345889.

Itulah iklan yang dibuat oleh rakan saya, cuma nama dan nombor telefon telah saya tukar kepada nama dan nombor saya.

Anggaplah iklan tersebut datang dari saya dan saya mengajak anda untuk mendapatkan RM50,000 sebulan. Mustahil..? Tidak, ikuti meeting mingguan saya di Stokis Smart Naco Senawang setiap JUMAAT jam 8.30 malam untuk mendapatkan tip2 berharga dan hadiah cabutan bertuah.


Family vacation-Camerron Highland