Sign in or 


![]() | |
| 16 November 2007 6 Zulkaedah 1428
|   |
MELAKA 15 Nov — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyambut baik cadangan supaya Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menubuhkan bank sendiri. Malaysia akan ketuai rantaian geopark Asia Pasifik LANGKAWI 15 Nov — Langkawi Geopark telah diundi oleh 20 negara untuk mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik pada Persidangan Rantau mengenai Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang berakhir di sini hari ini.
Lagi bantah hadiah penyapu -- E-mel bantahSurat 1SAUDARA Tukiman Nail yang budiman, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (YDP MDHS) menyatakan “Saya letak penyapu itu dalam pejabat sebagai inspirasi serta iktibar kepada saya dan kakitangan.” Betul ke? Jika betul kenapa berkata begini: “Sesiapa pun memang sukar hendak menerima penyapu sebagai hadiah tetapi saya bersifat budiman, naik juga dengan perasaan macam-macam...” Saudara Ghazali Zainal pula yang menyokong pemberian hadiah penyapu tersebut menulis dalam ruangan Forum Khas semalam mengatakan “Saya percaya bukanlah niat kerajaan negeri mahu memalukan sesiapa...” Jika bukan niat supaya MDHS mendapat malu, agaknya mungkin hadiah tersebut bertujuan untuk mendapat publisiti hebat, itu sebab dipanggil akhbar supaya gambar peristiwa itu boleh ditonton di seluruh negara. Pendapat saya, Tukiman Nail tidak perlulah mempamerkan hadiah tersebut sekiranya di dalam hati beliau akan terus-terusan merasa terhina atau terguris, rasa tersinggung dan rasa rendah diri apabila setiap kali terpandang kepada penyapu tersebut. Salah satu cara untuk melenyapkan kenangan pahit dari perasaan ialah dengan cara untuk tidak mengingati peristiwa tersebut. Tetapi jika setiap hari bayangan penyapu tadi menghantui Tukiman, bagaimana hendak melupakan sejarah hitam dalam perkhidmatan cemerlang tuan selama ini? Masuk bilik nampak penyapu, keluar bilik nampak penyapu, balik ke rumah nampak penyapu, pergi warung kopi nampak penyapu... terseksa hidup dibuatnya. Nasihat saya, jangan pamerkan, kalau tak buang, sorokkan. Bukan semua hadiah, cenderamata, buah tangan daripada Menteri Besar perlu dipamerkan. Tidak mempamerkan tidak bermakna kita tidak menghargainya. Saya menonton TV pada malam itu dan apabila melihat gambar Menteri Besar sedang menyampaikan hadiah berupa penyapu tersebut yang spontan terkeluar dari mulut saya ialah Lailahaillallah Muhammad Rasul Allah... saya hanya mampu mengucap. Begitulah kolotnya saya yang tidak dapat menerima cara motivasi sedemikian. Wajah mencerminkan segala-galanya. Melihat kepada riak wajah yang dipamerkan oleh Tukiman pada malam tersebut saya dapat menduga pergolakan hati beliau saat itu. Tak naik pentas, hadiah sedang menunggu dan lebih-lebih lagi yang akan disampaikan oleh Menteri Besar, bukan senang nak dapat bersalaman dengan Menteri Besar. Nak pula seluruh negara akan mengetahui kelemahan beliau dalam mengutip cukai. Mungkin atas rasa bertanggungjawab, beliau naik jugalah; siapa lagi yang berani mengambil hadiah istimewa itu kalau bukan YDP? Itu sebabnya suatu ketika dahulu apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menerapkan kepada rakyat Dasar Pandang Ke Timur, yang beliau minta rakyat tiru ialah budaya kerja cemerlang masyarakat Jepun dan Korea. Bukan beliau suruh tiru bulat-bulat apa yang ada di Jepun dan Korea walaupun nyata budaya itu tidak sesuai untuk diamalkan di sini. Terlajak perahu boleh diundur... saya rasa semua pihak harus mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Tukiman jadikan iktibar untuk memperbaiki ‘segala kelemahan’. Kerajaan pula ambil iktibar supaya bentuk hukuman dan hadiah harus bersesuaian, lainlah jika memang itu sahaja bentuk hadiah dan pilihan yang ada dalam dunia ini. Saya kira mungkin boleh dipertimbangkan hadiah berbentuk lain seperti potong gaji RM10 ke, kena buat gotong-royong setengah hari oleh semua kakitangan atau bentuk segera pasukan petugas untuk pergi kejar mereka yang enggan membayar cukai. Saya berharap tidak akan ada parti pembangkang yang akan mencetak gambar tersebut untuk dijadikan poster pada pilihan raya yang akan datang. MOHD. SHARIF AHMAD, Seremban. Surat 2 SAYA terkejut dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dalam kesungguhannya untuk memastikan pegawai PBT dan PTD menjalankan tugas dengan sempurna telah memberi penyapu kepada pegawai berkenaan sebagai tanda menghukum mereka yang tidak melaksanakan tugas sebagaimana sepatutnya. Sememangnya setiap ketua pentadbir perlu bertegas terhadap kecuaian dan kealpaan kakitangan di bawahnya, akan tetapi tindakan mendisiplinkan pegawai yang cuai tidak harus dilakukan secara mengaibkan. Memberi penyapu dengan cara yang dilakukan oleh MB Selangor sebagai hukuman itu melanggar adat dan adab bangsa yang tidak boleh diterima. Kami berpendapat pegawai-pegawai di kalangan mereka yang sudah dewasa tidak selayaknya dilayan seperti anak-anak sekolah atau seperti hukuman di dalam tentera. Saya berpendapat cukup dengan melaksanakan peraturan tatatertib yang sedia ada di samping mengawasi serta melaksanakan proses pemulihan secara sistem kaunseling yang lebih matang menjadi kaedah untuk memperbaiki prestasi kakitangan. Kakitangan yang cuai tetap boleh dihukum tetapi panduan hukuman telah pun ada dalam peraturan tatatertib kakitangan awam. Oleh itu perlukah cara yang dilakukan itu diperkenalkan? Memberi penyapu kepada mereka yang berkenaan oleh ketua pentadbiran bukan sahaja melanggar adab dan mengaibkan malah memberi tekanan psikologi yang berkekalan terutama di kalangan orang dewasa. Apatah lagi jika mereka yang terlibat dihukum sedemikian rupa di hadapan khalayak ramai. Saya berpendirian bahawa Menteri Besar Selangor harus berhenti dari meneruskan pendekatan beliau itu yang akan memberi kesan negatif kepada kakitangan kerajaan keseluruhannya. Harus diingat bahawa dengan cara demikian akan menyebabkan kemungkinan bertambah dendam dan rasa dihina oleh ketua kerajaan negeri di kalangan kakitangan awam padahal banyak kesalahan dan kecuaian golongan politik yang berada di bawah kepimpinan MB tidak diambil tindakan tugas seperti isu pembelian Pelabuhan Klang dan isu pembinaan rumah tanpa kelulusan yang berlaku di negeri Selangor. MB Selangor harus ingat bahawa kakitangan kerajaan juga adalah orang dewasa yang harus dilayan sebagai orang dewasa termasuk ketika dihukum. Tidak harus ada pandangan negatif yang memberi gambaran seolah-olah kakitangan awam adalah golongan kanak-kanak sekolah yang boleh dihukum dengan cara sedemikian rupa. MOHD. AZMI ABDUL HAMID, Kuala Lumpur. Surat 3 PADA saya anugerah tersebut amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku. Tujuan atau niat mungkin baik sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi kaedah tersebut memalukan penerima. Masalahnya, ia kurang adil kepada kedua-dua penerima pada majlis berkenaan. Saya difahamkan bahawa kedua-dua pegawai yang menerima bagi pihak PTD dan PBT berkenaan masih baru di tempat masing-masing. Maknanya kutipan hasil yang rendah adalah hasil kerja pegawai sebelum itu, bukannya mereka. Satu perkara lagi, dalam banyak kes, saya difahamkan bahawa ada ketikanya orang politik campur tangan bila tindakan penguatkuasaan hendak dilaksanakan oleh sesebuah agensi. Bukankah elok jika Menteri Besar keluarkan kenyataan umum bahawa agensi yang masih lemah dalam kutipan hasil diberikan kuasa penuh untuk melaksanakan penguatkuasaan termasuk menyita harta terbabit. Baru ada umph! Pegawai pun akan berani bertindak dan saya pasti hasil akan meningkat dengan mendadak. – AGY, Kuala Lumpur. | |||||||||||||||||||||
|
jokise |
Latest page update: made by jokise
, Nov 17 2007, 12:25 AM EST
(about this update
About This Update
9 words added view changes - complete history) |
|
Keyword tags:
Dr Mohamad Khir Toyo
More Info: links to this page
|