Version User Scope of changes
Nov 17 2007, 12:25 AM EST (current) jokise 9 words added
Nov 16 2007, 2:12 AM EST jokise 3 words added, 79 words deleted, 11 photos deleted

Changes

Key:  Additions   Deletions

Penyapu Apa Tu Datuk?, Penyapu baru, Penyapu Apa? Penyapu Baru, Penyapu Apa?
Penyapu Baru, Penyapu Apa? Penyapu..la Barua!!!!

Dalam Negeri

PBT Selangor gagal capai mutu diberi penyapu




SHAH ALAM 12 Nov. – Pada bulan Januari lalu, Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta pihak berkuasa tempatan (PBT)
dan pejabat tanah dan daerah (PTD) di negeri itu berusaha membaiki
prestasi masing-masing.

Beliau memberi amaran mana-mana PBT dan PTD yang gagal berkhidmat
dengan baik termasuk mengutip cukai akan dihadiahkan penyapu sebagai
tanda simbolik
IKLAN PENYAPU - JOKISE COOL SITE
untuk mereka membuat ‘pembersihan pejabat’ bagi meningkatkan kualiti
perkhidmatan.

Ketika itu banyak pihak menganggap amaran beliau hanya sebagai sesuatu
yang melucukan. Hari ini, pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil
Negeri Selangor 2006 yang diadakan di Shah Alam, Mohamad Khir
mengotakan janjinya untuk menghadiahkan ‘penyapu’ kepada Yang Dipertua
PBT dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama ‘penyapu’ itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Mohamad Khir
berkata, pemberian penyapu itu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi
bagi membersihkan sikap buruk dan amalan negatif PBT dan jabatan
yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah
ditetapkan. Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran,
kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya.

.
.

IKLAN PENYAPU - JOKISE COOL SITE

16 November 2007
6 Zulkaedah 1428
IKLAN PENYAPU - JOKISE COOL SITE
&nbsp
IKLAN PENYAPU - JOKISE COOL SITE IKLAN PENYAPU - JOKISE COOL SITE&nbspTERKINI
Abdullah sambut baik cadangan tubuh bank Dunia Melayu Islam
MELAKA 15 Nov — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
menyambut baik cadangan supaya Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menubuhkan
bank sendiri.

Malaysia akan ketuai rantaian geopark Asia Pasifik
LANGKAWI 15 Nov — Langkawi Geopark telah diundi oleh 20 negara untuk
mengetuai Rantaian Geopark Asia Pasifik pada Persidangan Rantau mengenai
Geopark Asia Pasifik dan Perniagaan pertama yang berakhir di sini hari ini.


IKLAN PENYAPU - JOKISE COOL SITE
Petikan dari Utusan Malaysia 16 Nov 2007 Ruangan Forum

Lagi bantah hadiah penyapu -- E-mel bantah

Surat 1


SAUDARA Tukiman Nail yang budiman, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu
Selangor (YDP MDHS) menyatakan “Saya letak penyapu itu dalam pejabat
sebagai inspirasi serta iktibar kepada saya dan kakitangan.” Betul ke? Jika
betul kenapa berkata begini: “Sesiapa pun memang sukar hendak menerima
penyapu sebagai hadiah tetapi saya bersifat budiman, naik juga dengan
perasaan macam-macam...”

Saudara Ghazali Zainal pula yang menyokong pemberian hadiah penyapu
tersebut menulis dalam ruangan Forum Khas semalam mengatakan “Saya
percaya bukanlah niat kerajaan negeri mahu memalukan sesiapa...”

Jika bukan niat supaya MDHS mendapat malu, agaknya mungkin hadiah
tersebut bertujuan untuk mendapat publisiti hebat, itu sebab dipanggil akhbar
supaya gambar peristiwa itu boleh ditonton di seluruh negara.

Pendapat saya, Tukiman Nail tidak perlulah mempamerkan hadiah tersebut
sekiranya di dalam hati beliau akan terus-terusan merasa terhina atau terguris,
rasa tersinggung dan rasa rendah diri apabila setiap kali terpandang kepada
penyapu tersebut.

Salah satu cara untuk melenyapkan kenangan pahit dari perasaan ialah
dengan cara untuk tidak mengingati peristiwa tersebut. Tetapi jika setiap
hari bayangan penyapu tadi menghantui Tukiman, bagaimana hendak
melupakan sejarah hitam dalam perkhidmatan cemerlang tuan selama ini?

Masuk bilik nampak penyapu, keluar bilik nampak penyapu, balik ke rumah
nampak penyapu, pergi warung kopi nampak penyapu... terseksa
hidup dibuatnya.

Nasihat saya, jangan pamerkan, kalau tak buang, sorokkan. Bukan semua
hadiah, cenderamata, buah tangan daripada Menteri Besar perlu dipamerkan.
Tidak mempamerkan tidak bermakna kita tidak menghargainya.

Saya menonton TV pada malam itu dan apabila melihat gambar Menteri Besar
sedang menyampaikan hadiah berupa penyapu tersebut yang spontan terkeluar
dari mulut saya ialah Lailahaillallah Muhammad Rasul Allah... saya hanya mampu
mengucap. Begitulah kolotnya saya yang tidak dapat menerima cara
motivasi sedemikian.

Wajah mencerminkan segala-galanya. Melihat kepada riak wajah yang
dipamerkan oleh Tukiman pada malam tersebut saya dapat menduga
pergolakan hati beliau saat itu. Tak naik pentas, hadiah sedang menunggu
dan lebih-lebih lagi yang akan disampaikan oleh Menteri Besar, bukan
senang nak dapat bersalaman dengan Menteri Besar.

Nak pula seluruh negara akan mengetahui kelemahan beliau dalam mengutip
cukai. Mungkin atas rasa bertanggungjawab, beliau naik jugalah; siapa lagi
yang berani mengambil hadiah istimewa itu kalau bukan YDP?

Itu sebabnya suatu ketika dahulu apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad
menerapkan kepada rakyat Dasar Pandang Ke Timur, yang beliau minta
rakyat tiru ialah budaya kerja cemerlang masyarakat Jepun dan Korea.
Bukan beliau suruh tiru bulat-bulat apa yang ada di Jepun dan Korea
walaupun nyata budaya itu tidak sesuai untuk diamalkan di sini.

Terlajak perahu boleh diundur... saya rasa semua pihak harus mengambil
iktibar daripada peristiwa ini.

Tukiman jadikan iktibar untuk memperbaiki ‘segala kelemahan’. Kerajaan
pula ambil iktibar supaya bentuk hukuman dan hadiah harus bersesuaian,
lainlah jika memang itu sahaja bentuk hadiah dan pilihan yang ada
dalam dunia ini.

Saya kira mungkin boleh dipertimbangkan hadiah berbentuk lain seperti
potong gaji RM10 ke, kena buat gotong-royong setengah hari oleh semua
kakitangan atau bentuk segera pasukan petugas untuk pergi kejar mereka
yang enggan membayar cukai.

Saya berharap tidak akan ada parti pembangkang yang akan mencetak
gambar tersebut untuk dijadikan poster pada pilihan raya yang akan datang.

MOHD. SHARIF AHMAD,
Seremban.

Surat 2

SAYA terkejut dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd.
Khir Toyo dalam kesungguhannya untuk memastikan pegawai PBT dan PTD
menjalankan tugas dengan sempurna telah memberi penyapu kepada pegawai
berkenaan sebagai tanda menghukum mereka yang tidak melaksanakan tugas
sebagaimana sepatutnya.

Sememangnya setiap ketua pentadbir perlu bertegas terhadap kecuaian dan
kealpaan kakitangan di bawahnya, akan tetapi tindakan mendisiplinkan pegawai
yang cuai tidak harus dilakukan secara mengaibkan.

Memberi penyapu dengan cara yang dilakukan oleh MB Selangor sebagai
hukuman itu melanggar adat dan adab bangsa yang tidak boleh diterima.

Kami berpendapat pegawai-pegawai di kalangan mereka yang sudah dewasa
tidak selayaknya dilayan seperti anak-anak sekolah atau seperti hukuman
di dalam tentera.

Saya berpendapat cukup dengan melaksanakan peraturan tatatertib yang
sedia ada di samping mengawasi serta melaksanakan proses pemulihan
secara sistem kaunseling yang lebih matang menjadi kaedah untuk memperbaiki
prestasi kakitangan.

Kakitangan yang cuai tetap boleh dihukum tetapi panduan hukuman telah
pun ada dalam peraturan tatatertib kakitangan awam. Oleh itu perlukah cara
yang dilakukan itu diperkenalkan?

Memberi penyapu kepada mereka yang berkenaan oleh ketua pentadbiran
bukan sahaja melanggar adab dan mengaibkan malah memberi tekanan
psikologi yang berkekalan terutama di kalangan orang dewasa.

Apatah lagi jika mereka yang terlibat dihukum sedemikian rupa di hadapan
khalayak ramai. Saya berpendirian bahawa Menteri Besar Selangor harus
berhenti dari meneruskan pendekatan beliau itu yang akan memberi kesan
negatif kepada kakitangan kerajaan keseluruhannya.

Harus diingat bahawa dengan cara demikian akan menyebabkan
kemungkinan bertambah dendam dan rasa dihina oleh ketua kerajaan
negeri di kalangan kakitangan awam padahal banyak kesalahan dan
kecuaian golongan politik yang berada di bawah kepimpinan MB
tidak diambil tindakan tugas seperti isu pembelian Pelabuhan Klang
dan isu pembinaan rumah tanpa kelulusan yang berlaku di negeri Selangor.

MB Selangor harus ingat bahawa kakitangan kerajaan juga adalah orang
dewasa yang harus dilayan sebagai orang dewasa termasuk ketika dihukum.

Tidak harus ada pandangan negatif yang memberi gambaran seolah-olah
kakitangan awam adalah golongan kanak-kanak sekolah yang boleh dihukum
dengan cara sedemikian rupa.

MOHD. AZMI ABDUL HAMID,
Kuala Lumpur.


Surat 3

PADA saya anugerah tersebut amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.
Tujuan atau niat mungkin baik sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Besar
dan Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi kaedah tersebut memalukan penerima.

Masalahnya, ia kurang adil kepada kedua-dua penerima pada majlis berkenaan.
Saya difahamkan bahawa kedua-dua pegawai yang menerima bagi pihak PTD
dan PBT berkenaan masih baru di tempat masing-masing.

Maknanya kutipan hasil yang rendah adalah hasil kerja pegawai sebelum itu,
bukannya mereka. Satu perkara lagi, dalam banyak kes, saya difahamkan
bahawa ada ketikanya orang politik campur tangan bila tindakan penguatkuasaan
hendak dilaksanakan oleh sesebuah agensi.

Bukankah elok jika Menteri Besar keluarkan kenyataan umum bahawa agensi
yang masih lemah dalam kutipan hasil diberikan kuasa penuh untuk melaksanakan
penguatkuasaan termasuk menyita harta terbabit. Baru ada umph!
Pegawai pun akan berani bertindak dan saya pasti hasil akan meningkat
dengan mendadak.

– AGY,
Kuala Lumpur.