JAMUAN HARI RAYA This is a featured page

Hai kawan-kawan, lama benar saya tidak update website ini. Kebetulan sejak kebelakangan ini saya kurang sihat. Seminggu lamanya saya demam. Rupanya mood dan idea untuk menulis hilang bersama hilangnya selera makan.

Nasib baiklah selera untuk membaca tidak hilang. Semua blog rakan2 saya baca satu persatu, sekurang-kurangnya saya mengikuti perkembangan mereka dalam Smart Naco. Saudara Zul Pendang masih mampu menulis hampir setiap hari. Saya semakin seronok membaca blog beliau. BE A BETTER MAN.

Begitu juga dengan blog dan promosi yang tidak pernah reda oleh Pak Rijal. Ada sahaja berita baru dari beliau meskipun sibuk dengan tugas harian beliau menjaga highway.

Esok Jumaat 7 September seperti biasa meeting mingguan di Stokis Senawang akan diadakan dan kali ini khusus untuk promosi Primalex iaitu produk baru dari Smart Naco yang semakin popular. Jamuan yang disponsor oleh Pak Rijal juga akan disediakan.

Saya difahamkan bahawa akan ada jualan promosi iaitu sesiapa yang membeli 4 kotak Primalex akan diberi percuma satu kotak. Pada mulanya pihak syarikat meminta di adakan satu majlis khas disamping promosi Primalex diadakan juga majlis penyampaian anugerah bagi Pengurus dan Pengurus Kanan bagi kawasan Tengah.

Namun oleh kerana masa yang agak suntuk, maka majlis yang sepatutnya
diadakan pada 7 September tersebut terpaksa ditangguhkan. Apabila kita menganjurkan sesuatu majlis, seboleh mungkin ia mestilah meriah dan berjaya. Salah satu petunjuk kejayaan ialah kehadiran yang ramai.

Dalam waktu yang singkat dan tergesa-gesa sudah tentulah kehadiran agak terbatas dan matalamat penganjuran sesuatu majlis tidak akan tercapai. Dari itu saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan Smart Naco kerana menangguhkan majlis tersebut.

Ketika saya sedang menulis ini En Yunus dari HQ menghubungi saya bertanyakan tentang perancangan majlis berikutnya. Saya menjelaskan kepada beliau bahawa Majlis Penganugerahan akan diadakan pada 20 Oktober 2007, hari Sabtu bermula jam 8.00 malam di Tiara Beach Resort Port Dickson.

Kenapa 20 hb, kenapa di Tiara Beach, orang masih bercuti....dan banyak lagi soalan En Yunus. Saya jelaskan satu persatu dan akhirnya dia faham..

Pertamanya majlis penganugerahan ini akan dibuat serentak dengan majlis sambutan hari raya. Keduanya hari Sabtu dan Ahad adalah hari terakhir cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Ketiganya suasana keriangan masih terasa dan Keempatnya mereka yang akan hadir dengan keluarga tentunya akan lebih bermakna kerana membawa keluarga bercuti di tempat yang istimewa dan indah.

Saya membayangkan kegembiraan ahli2 Smart Naco dengan keluarga masing2 pada malam tersebut dengan pakaian yang serba baru dan indah. Saya membayangkan keseronokan anak-anak menerima duit raya dari leader2 ataupun dari pihak pengurusan Smart Naco.

Tiara Beach Resort di Batu 14 Teluk Kemang adalah merupakan pusat peranginan yang cantik dan bertaraf antarabangsa. Saya akan cuba mendapatkan pakej yang terbaik untuk ahli-ahli Smart Naco yang ingin membawa keluarga masing-masing menginap di sana. Esoknya pada hari Ahad dalam perjalanan pulang bolehlah ahli2 Smart Naco bersantai di Batu Lapan Teluk Kemang.

JAMUAN HARI RAYA  - JOKISE COOL SITE JAMUAN HARI RAYA  - JOKISE COOL SITE


Antara acara yang difikirkan sesuai pada malam tersebut ialah:

Ucapan Pihak Pengurusan, Penyampaian Anugerah, Cabutan Bertuah, Mr dan Miss Personaliti Aidil Fitri, Penyampaian Duit Raya, Motivasi dan lain2.

JAMUAN HARI RAYA  - JOKISE COOL SITE


Saya berharap mulai saat ini leader2 mestilah mula mengwar-warkan tentang majlis ini dan saya menjangkakan sebanyak 300 orang ahli Smart Naco dan keluarga masing2 akan menghadiri majlis ini kelak.

JAMUAN HARI RAYA  - JOKISE COOL SITE JAMUAN HARI RAYA  - JOKISE COOL SITE



jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Sep 10 2007, 9:27 AM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

5 images added

view changes

- complete history)
Keyword tags: Malam Penganugerahan
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.