JAUHI FITNAHThis is a featured page

Dari Web WL .
.
Diceritakan pada zaman dulu, ada seorang lelaki pergi ke pekan dengan tujuan hendak membeli seorang hamba. Kemudian ditawarkan kepadanya seorang hamba yang tiada sebarang kecacatan kecuali ia gemar memfitnah.
.
Oleh kerana, lelaki itu menganggap memfitnah satu perkara yang ringan, maka beliau bersetuju membeli hamba berkenaan. Selepas agak lama berada di rumah majikannya, hamba itu mula berkata kepada isteri majikannya, bahawa suaminya ingin berkahwin lagi.
.
Lalu hamba itu mencadangkan isteri majikannya cepat-cepat menggagalkan perkahwinan dengan ubat guna-guna, iaitu mengambil beberapa helai bulu roma leher suaminya. Cara mengambilnya pula harus dengan menggunakan pisau cukur yang tajam supaya tidak terasa sakit ketika suaminya tidur.
.
Oleh kerana si isteri ini benar-benar percaya, lantas ia berusaha mendapatkan pisau cukur yang tajam. Kemudian hamba itu pergi pula memberitahu tuannya dengan berkata, "Isterimu akan membunuhmu ketika kamu sedang tidur, kerana itu tuan diharap berhati-hati dan perkara ini boleh dibuktikan dengan berpura-pura tidur."
.
Maka benarlah ketika si suami berpura-pura tidur, tiba-tiba isteri datang membawa pisau cukur yang tajam, dan ketika memegang leher suaminya, si suami segera bangun dan merampas pisau cukur daripada tangan isterinya lalu terus menyembelihnya. Maka pada keesokan harinya keluarga si isteri menuntut kematian itu dengan bunuh-membunuh antara kedua-dua keluarga.
.
Ada dua pengajaran penting daripada kisah ini pertama, fitnah tidak boleh dianggap suatu perkara yang remeh, kerana ia boleh memecah-belahkan masyarakat hingga ke tahap pembunuhan dan kedua, perlu menilai terlebih dulu kesahihan berita yang disampaikan.


.
Kata SPD Sani jika hendak berjaya dalam MLM, ikuti saranan ini:

BINA IMPIAN,RANCANGKAN, LAKUKAN, FOKUS, BELAJAR, TERUSKAN.

Pesanan Jokiden:

It is nice to be important but it is more important to be nice..


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Nov 18 2007, 2:45 AM EST (about this update About This Update jokise Edited by jokise

3 words added
1 word deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: Fitnah
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.