JOKIDEN BERCUTIThis is a featured page


The harder the knocks you go through in life,
the more you learn and put them to use in the future!
.
Do not be discouraged by setbacks and failures...! They make you strong


Salam sejahtera rakan-rakan,

Blog ini sudah lama tidak di updatekan, sejak kebelakangan ini asyik membaca orang lain punya sahaja. Sesekali menulis sudah tentu agak panjang sikit, seperti kata PD Fauzan, "siap bersambung-sambung pulak"

Kata-kata motivasi di atas saya ambil dari Pravs World. Ia mengingatkan saya supaya tidak mudah mengalah atau berputus asa. Dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita harus memberikan tumpuan sepenuhnya supaya mendapat hasil yang maksimum. Normala pula berkata "Yang menentukan kejayaan KITA ialah USAHA kita" Benar tu, orang lain hanya boleh membantu..

Tahun 2007 hampir meninggalkan kita..Masa yang pergi tidak akan kembali mengunjungi kita. Yang ada hanya masa yang akan terus kita lalui...seperti kata pujangga, manusia sebenarnya lebih banyak menyesal kerana tidak melakukan sesuatu dalam hidup ini, bukannya banyak menyesal tentang apa yang telah kita lakukan.

Supaya kita tidak terus-terusan menyesal maka saya sarankan pada tahun 2008 ini lakukan lah apa sahaja sebanyak mungkin, agar kita mempunyai sesuatu untuk dikenang.

Selalunya pada setiap hujung tahun saya dan keluarga akan keluar beberapa hari untuk bercuti. Pada kali ini kami menuju ke Utara tanah air memandangkan suasana di Pantai Timur yang tidak sesuai untuk dikunjungi kerana masalah banjir. Turut bersama keluarga saya kali ini ialah keluarga SPD Dr Rosly Mustaffa.

Saya menaiki Nazaria sementara beliau menggunakan Toyota Innova. Setiap kami mempunyai 7 orang sekeluarga dan mampu ditampung oleh kenderaan tersebut. Kebetulan percutian kami tahun ini juga bertepatan dengan sambutan cuti Krismas. Jadi tempat-tempat percutian menjadi tumpuan ribuan pengunjung.

Saya masih teringat tarikh 23/24/25 dan 26 Disember 2004, ketika itu saya dan keluarga sedang bercuti di Langkawi. Kami menginap di sebuah hotel di Pantai Chenang. Sebaik sahaja kami mendaftar keluar, hotel tersebut ranap dilanda Ombak Tsunami. Kami bersyukur kerana selamat daripada bencana tersebut.

Hari Jumaat minggu lepas, kira-kira jam 11.30 malam kami meninggalkan rumah dan memulakan perjalanan menuju ke Utara. Kami sengaja memilih waktu tengah malam demi untuk mengelakan kenderaan yang banyak di lebuh raya. Diwaktu orang kebanyakannya sedang tidur, kami bersantai di lebuh raya.

Memang kenderaan agak kurang kecuali lori dan bas. Saya dan Dr Rosly menjadi pemandu yang berhati-hati demi keselamatan keluarga. Sebelum itu sudah pasti saya pekena susu IgG Plus untuk mendapatkan tenaga tambahan dan mengurangkan rasa mengantuk. Saya telah banyak kali memberitahu, sekiranya kita ingin memandu jauh jangan lupa membawa susu IgG Plus Smart Naco. Ia pasti boleh membantu.

Hampir jam 3 pagi kami berhenti rihat di Hentian Sungai Perak. Telah ada perubahan di situ. Telah ada tangga bergerak bagi memudahkan orang ramai naik ke tempat makan dan minum daripada tempat letak kenderaan tersebut.

Walaupun tidak begitu ramai namun Hentian Sg Perak tetap meriah waktu itu. Saya seperti biasa mesti kena teh tarik. Sambil menyedut teh tarik panas saya memerhatikan gelagat insan-insan yang terdapat di situ. Tukang sapu masih tetap menjalankan tugas menyapunya. Tukang cuci tandas warga Bangla juga masih tekun bertugas. Peniaga makanan masih ceria melayan tetamu mereka. Peniga buah juga begitu. Kami pula terpaksa membayar untuk semua perkhidmatan tersebut. Petugas dan peniaga masih gigih berusha untuk mendapatkan wang walaupun jam telah menunjukan 3 pagi. Moral ceritanya wang mesti dicari dan wang tidak datang sendiri....

Setelah berihat sebentar dan menghabiskan teh tarik, kami meneruskan perjalanan. Pemanduan berhemat kami sekitar 120 kmph sahaja, walaupun kami sebenarnya boleh memecut di lebuh raya yang tenang ini sehingga 180 kmph. Keselamatan lebih utama.

Hampir jam 5 pagi kami tiba di Hentian Gurun. Kami memutuskan untuk berihat, tidur sebentar dan solat subuh di situ. Berbanding dengan Hentian Sg Perak di Gurun pengunjung lebih ramai dan kenderaan memenuhi setiap ruang letak kereta.

Jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan menuju ke sempadan iaitu Bukit Kayu Hitam. Kami bercadang untuk terus membeli belah di Kedai Bebas Cukai di sana.

Ketika kami sampai saya dapati banyak juga kenderaan yang berdaftar di Malaysia parking di situ, mungkin telah semalaman kerana air embun yang menutupi kenderaan tersebut masih belum terusik lagi. Jangkaan saya ialah mereka meletak kenderaan di situ dan menaiki kenderaan siam untuk ke Danok atau Hatnyai. (Bersambung....hehehe Fauzan jgn marah...)


Political Tragedy 27/12/07

Pakistan's Benazir Bhutto Killed
Pakistan's former Prime Minister Benazir Bhutto waves good-bye ...
Pakistan's former Prime Minister Benazir Bhutto waves good-bye to supporters after attending her last rally at Liaquat Bagh in Rawalpindi, Pakistan, Thursday, Dec. 27, 2007. Opposition leader Bhutto was assassinated Thursday in a suicide attack that also killed at least 20 others at a campaign rally, aides said. (AP Photo/B.K.Bangash)
.
Jumaat 28 Disember 2007.
.
Saya menyambung penulisan ini dari bilik penginapan di Hotel Legend Kuala Lumpur secara offline kerana line internet tidak dibekalkan di bilik saya. Saya dan keluarga berada di sini bagi meneruskan aktiviti percutian hujung tahun kami. Bilik yang serba mewah, tetapi tidak mempunyai talian internet..hehehe..
.
Sebenarnya setiap percutian hendaklah dirancang dengan teliti kerana ia melibatkan beberapa perkara seperti masa cuti, kenduri kendara keluarga terdekat, cuaca, kekosongan bilik penginapan dan yang lebih mustahak bajet ataupun onkosnya pak. Baiklah ikuti kisah perjalanan seterusnya.
.
Bukit Kayu Hitam. Sabtu 22 Dis 2007
.
Persinggahan pertama di Kedai Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam waktu awal pagi memberi keselesaan kepada kami kerana para pengunjung belum begitu ramai ketika itu. Kedai Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, seperti juga mana-mana kedai bebas cukai yang lain bukanlah tempat lambakan barang murahan. Harga di situ sama sahaja dengan harga di mana-mana super market di ibu kota. Mahal. Yang murah hanya rokok dan minuman keras.
.
Saya dan keluarga berbelanja ala kadar sahaja. Saya cuma membeli dua helai baju berjenama Durban dan Cap Buaya. Asalnya saya ingin mencari sepasang kasut, pastinya yang kilat. Setiap kali ke sini pasti kasut dan purse yang jadi keutamaan saya. Kasut ada tetapi saiz pulak tak ngam. Isteri saya membeli beberapa barang. Begitu juga dengan SPD Dr Rosly dan keluargnya telah mula menambahkan beg berisi barang.
.
Di luar bangunan dua tiga orang pemandu van warga Thai menawarkan khidmat untuk mempelawa kami ke Negara mereka. Untuk ke Hadtyai kami hanya perlu membayar RM80.00 dan van mereka boleh memuatkan 16 orang.
.
Setelah berbincang dengan Dr Rosly kami menolak pelawaan mereka kerana bimbang masa yang akan dihabiskan disana nanti akan lama dan kami tidak sempat untuk mendaftar di Hotel Gurney di Pulau Pinang.
.
Pemandangan Persiaran Gurney dari bilik Hotel Gurney tingkat 32. Tarikh yang terpapar di camera kami masih tahun 2006, silap tu…
Persiaran Gurney
.
Jam 11 pagi kami sekali lagi berhenti untuk sarapan pagi..Salah satu kenikmatan melancong ialah kita bebas berhenti di mana sahaja untuk menikmati sarapan sambil meyaksikan kerenah anak-anak yang pelbagai. Lebuh raya tidak begitu sibuk di pagi Sabtu lalu perjalanan kami tidak tergendala.
.
Pulau Pinang Dan Nasi Kandar
.
Sewaktu kenderaan kami menghampiri sempadan Pulau Pinang radio Era mengumumkan bahawa kesesakan teruk berlaku dikedua-dua hala di atas Jambatan Pulau Pinang. Untuk mengelakan kami daripada terperangkap di situ, maka kami memutuskan untuk menaiki feri sahaja. Nasib rupanya tidak menyebelahi kami kerana keadaan di Terminal Feri juga telah mula padat dengan kenderaan yang ingin ke Pulau.
.
Kami Cuma mampu bersabar kerana pilihan sebenarnya sudah tidak ada. Akhirnya setelah merangkak-rangkak selama lebih dari dua jam barulah kenderaan kami berada di dalam feri. Dari atas feri dengan jelas saya dapat melihat kenderaan yang hampir tidak bergerak di atas Jambatan Pulau Pinang. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini yang suka ataupun enjoy apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
.
Hampir jam 4.30 petang barulah kami tiba di Hotel Gurney. Sebenarnya tempahan Hotel dibuat oleh SPD Tuan HJ Rahman atas nama syarikat beliau dan harga bagi dua buah bilik mewah tersebut amatlah murah berbanding harga sebenar. Oleh kerana SPD Dr Rosly memerlukan kedua-dua bilik tersebut maka saya terpaksalah mencari hotel lain. Melalui seorang kawan saya menempah dua bilik di Hotel Naza yang tidak beberapa jauh dari Hotel Gurney. Setelah mendaftar di Hotel Naza dan oleh kerana keletihan memandu sepanjang malam dan hampir sehari suntuk maka saya mudah saja terlena.
.
Selalunya apabila berjalan jauh, hanya saya yang memandu, saya tidak benarkan isteri atau anak saya memandu kecualilah saya telah benar-benar tidak larat. Saya tidak seperti Zul Pendang yang dua tiga kali menguap second pilot ambil alih. Saya lebih selasa dan yakin apabila stering kereta berada di tangan saya.

Breakfast Di Naza Hotel PP
..Sedang minum pagi di Naza Hotel PP bersama Afiq dan As
.
Apa pun cerita panas mengenai Restoren Mamak sejak kebelakangan ini, nasi kandar tetap menjadi pilihan kami untuk makan malam. Tempat yang kami pilih ialah Restoren Pelita (Pertama 24 Jam) di Lebuh Maclister. Bagi saya masakannya enak, harga berpatutan. Di setengah tempat harganya mahal juga. Kebersihannya? selalunya jika ke restoren mamak, jangan sekali-kali pergi ke sebelah belakang jika tidak mahu selera kita terencat.
.
Ayam rendang, sotong kari dan burung puyuh juga masak kari adalah pilihan keluarga saya. Mengikut ceritanya asal usul nasi kandar ialah lama dahulu peniaga India Muslim menjual nasi dengan cara memikulnya di atas bahu dan pergi dari satu tempat ke satu tempat sambil melaungkan “nasi..nasi..nasi..” Entahlah..
.
Selepas menikmati makan malam yang menyelerakan kami mengambil kesempatan untuk ke Pasar Malam Batu Feringgi. Memang telah menjadi kelaziman saya dan keluarga untuk bersiar-siar di sana setiap kali kami ke Pulau Mutiara. Pasar Malam tersebut menjadi begitu popular dan dikunjungi oleh ribuan pelancong dari dalam dan luar Negara. Pelbagai barang murah terdapat di situ. Pernah dulu anak saya membeli jam jenama rolex dan apabila sampai ke hotel jarum jam tersebut sudah jatuh dan jam itu sudah tidak berfungsi lagi. Pengajaran yang berguna..
.
Saya membeli dua cermin mata hitam dengan harga RM20. Satu untuk saya dan satu untuk isteri saya. Sebelum saya terlupa cermin mata saya itu hanya bertahan selama satu hari sahaja kerana akhirnya cerminnya jatuh sendiri..hehehe…benarlah barang murah tidak bermutu. Dr Rosly dan keluarganya banyak juga membeli barang-barang di situ. Anak bongsu saya sudah tentu membeli beberapa key chain untuk rakan-rakannya. Sekembali dari Batu Feringgi kami meronda di Bandar Pulau Pinang sebelum kembali ke Hotel. Sesungguhnya Pulau Pinang adalah tempat yang indah dan menarik untuk dikunjungi.
.
Di Hotel SPD Tuan Hj Rahman telahpun selesai menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh syarikatnya. Saya, Dr Rosly dan beliau akhirnya melepak di restoren mamak yang berhampiran sehingga lewat pagi, berbual kosong sambil menikmati teh tarik. Pelbagai topic yang kami bincangkan tetapi keseluruhannya ialah mengenai strategi bagaimana untuk mengembalikan kehebatan perniagaan susu IgG Plus Smart Naco kami.

Persiaran Gurney Waktu Senja
.
Persiaran Gurney Waktu Senja.
.

SPD Zul Dan SPD Kaz. Ahad 23 Disember 2007
.
Di pagi Ahad seperti yang kami rancangkan minum pagi di Hotel Gurney ialah bersama SPD Zulkifli Hassan dan SPD Kaz. Mereka tiba jam 9.30 pagi. Kedua-duanya amat bergaya walaupun berpakaian simple sahaja. Perwatakan orang yang berjaya memang berbeza sekali.
.
Di wajah mereka sentiasa terpancar keceriaan lalu menambahkan keyakinan diri yang amat tinggi. Seperti dulu saya mengkagumi mereka berdua dalam banyak perkara. Kejayaan mereka dalam perniagaan dengan Smart Naco menjadi sumber inspirasi kepada ribuan ahli yang lain. Kegigihan mereka dalam membantu orang bawahan merupakan daya tarikan yang kuat dalam mengekalkan kumpulan. Kepada saya pula kejayaan mereka mengekalkan bonus yang masih tinggi adalah satu pencapaian yang amat membanggakan bagi dua orang bekas jurutera yang bercita-cita besar dalam dunia perniagaan. Percayalah sesiapa sahaja akan terus bersemangat sekiranya dapat selalu bersama mereka berdua.
.
Sambil menikmati teh tarik kami meneruskan perbualan mengenai perniagaan kami. Perancangan masa depan dan kami sebenarnya tetap bersemangat tinggi untuk meneruskan perniagaan kami dalam Smart Naco. If you want to be smart, you have no other choice…you must stay with Smart Naco. Itulah konklusi kami.
.
Keseronokan kami bersembang menyebabkan tidak terasa masa berlalu begitu cepat. Di tengah kerancakan perbualan tersebut saya terpaksa mengingatkan mereka bahawa saya dan Dr Rosly mempunyai jadual lain iaitu menghadiri jemputan kenduri kahwin di rumah rakan saya di Bayan Baru.
.
Jikapun tidak kerana secara kebetulan saya sedang bercuti di Pulau Mutiara ini, saya sudah pasti akan menerima jemputan sahabat lama saya untuk memeriahkan majlis perkahwinan anaknya. Persahabtan kami telah melebihi 25 tahun dan setiap kali berkunjung ke Pulau Pinang kami pasti bertemu, sekurang-kurangnya untuk menikmati nasi kandar.
.
Sebelum ke Bayan Baru saya menempah bilik di Hotel Gurney kerana Dr Rosly mahu meneruskan percutiannya di Pulau Mutiara tersebut. “Sehari tak cukup..” Katanya.
.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Mohd Saiful Ishak Dan Isteri
.
Pengantin lelaki adalah anak kawan saya.23/12/07
.
Agak lama juga kami berada di rumah kawan saya dan kami sempat menyaksikan dua mempelai bersanding di atas pelamin. Sama cantik sama padan. Mereka memilih untuk menamatkan zaman teruna dara mereka dalam usia yang masih muda. Semuga berbahagia.
.
Distinasi seterusnya ialah ke Tok Kong Ular yang berhampiran rumah kawan saya. Kali terakhir saya ke sana ialah lebih 25 tahun dahulu. Tidak banyak berubahnya kawasan tersebut. Meskipun ular yang terdapat di situ hanya kecil-kecil belaka,namun tempat itu tetap menjadi salah satu tarikan pelancong.
.
Setelah mengambil beberapa keping gambar di situ kami meneruskan lawatan ke Bukit Bendera. Pelancong lebih ramai di situ. Perkhidmatan Keretapi telah dipulihkan, namun hasrat untuk menaiki Bukit Bendera tidak kesampaian. Tiket telah habis dan kami diminta datang keesokannya.. Mengikut satu keluarga yang saya temui di situ, dia membeli tiket pada awal pagi tadi dan hanya boleh menaiki cabble car itu pada jam 5.30 petang. Ini bermaksud sambutan terhadap pusat pelancongan itu amat hangat.
.
Seterusnya kami ke Kebun Bunga untuk melihat orang ramai sambil memberi makan monyet. Di mana-mana pun keadaan monyet adalah serupa, Cuma jumlahnya agak banyak di situ menanti dengan lahap makanan yang di lemparkan oleh para pengunjung.
.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Komtar, shopping lagi. Beli buah pala, buah salak dan pelbagai jenis jeruk serta asam untuk dibawa pulang. Bertambah lagi bebanan yang terpaksa ditampung oleh kenderaan kami. Saya dan anak bongsu saya merayap di Komtar. Ribuan manusia terdapat di situ untuk pelbagai urusan. Tertarik dengan baju dan tergoda dengan pujukan juru jual di situ, saya ‘terbeli’ lagi sehelai baju. Kasut masih belum jumpa.
.
Pada sebelah malam keluarga kami memutuskan untuk makan di Persiaran Gurney sahaja. Namun saya dan SPD Dr Rosly tetap mencari nasi kandar. Persiaran Gurney tetap “hidup’ pada setiap malam. Tempat itu menjadi tumpuan ribuan orang pada setiap malam. Antara kelompok peniaga yang terdapat di situ yang paling besar ialah peniaga makanan dari kaum Cina, diikuti oleh kaum India, Mamak dan Melayu. Saya tersilap memilih makanan, lalu terpaksa membayar RM17 untuk saya seorang.
.
Selesai makan malam kami ke Plaza Gurney, nak shopping sikit2. Masa agak terhad kerana Komplek itu dibuka hanya setakat jam 10 malam sahaja. Namun saya lihat Dr Rosly dan isterinya sempat juga menambahkan beg di tangan mereka. Aktiviti perjalanan diteruskan sebelum kami kembali ke Hotel Gurney. Saja ronda-ronda menikmati suasana malam Bandar Pulau Pinang yang indah itu.
.
Hidup di Bandar Raya besar seperti Pulau Pinang sesungguhnya memerlukan kedudukan kewangan yang teguh. Pendapatan dari satu punca sebenarnya tidak mencukupi. Setiap orang perlukan pendapatan sampingan terutama bagi mereka yang makan gaji.
.
Namun saya percaya rakan-rakan seperniagaan dalam Smart Naco yang menetap di Pulau ini seperti SPD Zul dan PD Yazid mempunyai kedudukan kewangan yang teguh. Segala-galanya memerlukan wang yang banyak untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Wang juga diperlukan untuk kesejahteraan keluarga.
.
Saya penuh yakin, jika dilakukan secara bersungguh-sungguh perniagaan bersama Smart Naco sudah pasti boleh merubah nasib seseorang itu. SPD Zul, SPD Kaz, SPD Ishak, PD Ashrie, Zulkifli Dahlan, SPD Md Zin dan ramai lagi telah membuktikan perkara ini.
.
Produk Smart naco juga amat baik dan berkesan untuk membantu merawat beberapa jenis penyakit. Tanyalah Sdr Zul Pendang yang bertugas di Pejabat Kesihatan Pendang tersebut. Celrenew amat berkesan untuk merawat kanser terutamanya kanser buah dada. Saya nak ucapkan terima kasih pada beliau kerana video you tube beliau tersebut. Saya tengok berulang-ulang kali…seronok pulak rasanya. Jika banyak lagi video sedemikian, saya pasti blog beliau akan top hit nanti.
..
Saya dapati rakan-rakan serta insan-insan hebat dalam Smart Naco semuanya berfikiran positif dan ingin terus maju pada tahun 2008. Semuanya ingin melupakan ditik hitam 2007 dan looking forward for a brighter world in 2008. Saya mendoakan mereka semua bertambah sukses hendaknya.
.
Bukit Merah. Isnin, 24 Disember 207
.
Sepatutnya kami mendaftar keluar dari hotel jam 12 tengah hari. Namun oleh kerana Dr Rosly dan isterinya sekali lagi ke Plaza Gurney untuk menyudahkan shopping mereka, maka terpaksalah saya menunggu beliau hingga jam 1.30 tengah hari. “Malam tadi tak cukup masa nak membeli belah, kena pergi lagi..” Kata Dr Rosly sambil meminta maaf kerana sedikit terlewat. Tak ada hal..
.
Oleh kerana sewaktu tiba ke Pulau Pinang, kami menaiki feri maka untuk kembali ke Tanah Besar kami menaiki pula Jambatan. JPP kini dalam proses pembinaan lorong ke tiga bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Kenderaan sudah agak banyak ketika itu dan kami memandu dengan berhati-hati untuk mengelakan sebarang kecelakaan daripada berlaku.
.
Begitu juga dengan Lebuh Raya Utara Selatan, kenderaan telah mula banyak namun perjalanan adalah lancer. Apabila kami tiba di Bukit Merah saya dapati kawasan Taman Tema itu penuh sesak dengan kenderaan dan juga pengunjung. Program cuti-cuti Malaysia sebenarnya amat berjaya.
.
Dimana-mana pusat peranginan pasti menjadi tumpuan pada musim cuti. Saya membayangkan betapa mewahnya sebahagian rakyat Malaysia, kerana untuk bercuti dan membawa keluarga ke mana-mana pusat peranginan sudah tentu memerlukan belanja yang banyak. Saya terfikir juga dari mana agaknya sumber pendapatan mereka.
.
BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT
.
Lokasi pertama yang kami tuju di Bukit Merah ialah tempat makan. Saya dapati begitu sukar untuk mendapat tempat duduk, setiap bangku dan meja penuh. Untuk membeli makanan juga mengambil masa yang agak lama. Terpaksalah bersabar, lebih-lebih lagi gerai di situ menggunakan system kupon sepenuhnya.
.
ABC berharga RM2.50 secawan. Nasi ayam RM4.00, nasi goreng pelbagai nama RM4.00. Bukit Merah telah bertambah maju dan menjadi salah satu distinasi pelancongan yang popular masa kini. Cuma saya hairan juga apabila Kumpulan MK Land, pemilik pusat itu mengumumkan keuntungan bersih selepas cukai hanyalah RM10 juta. Sikit sangat.
.
Bawalah keluarga anda bercuti di sana, samada bermalam ataupun tidak, pasti anda tidak akan kecewa. Tempatnya menarik, indah, bersih, teratur dan pelbagai jenis mainan terdapat di situ. Jika sesiapa ingin menganjurkan ceramah motivasi atau team building, saya juga turut mengsyorkan Bukit Merah sebagai salah satu tempat yang sesuai.
.
Dik As Tengah Menyumpit

.
Cameron Highland Tempat Percutian Istimewa
.
Setelah cukup berihat, kira-kira jam 4 petang kami meninggalkan pusat peranginan itu. Di wajah keluarga kami membayangkan rasa keseronokan dan kepuasan lalu menghilangkan rasa keletihan atau rasa bosan. Sesungguhnya melancong bersama keluarga adalah sesuatu yang menyeronokan. Pergilah melancong dan ingatlah pesan saya, bawalah wang secukupnya untuk mengelakan kita daripada berkira-kira sangat dengan anak-anak.
.
Bagi yang makan gaji carilah sumber pendapatan kedua, buatlah perniagaan. Jika tidak tau jenis perniagaan apa yang ingin diceburi hubungi Jokiden 012 2345889 atau lawati www.jokiden.com atau email jokiden5@yahoo.com.
.
Atau lawati blog-blog berikut untuk mendapatkan ilmu atau petua bagaimana untuk menjadi cemerlang. http://annajah.bravejournal.com/, http://zulkipeli.bravejournal.com/, http://zulros.bravejournal.com/,http://ijal77.bravejournal.com/, http://fauzan2fc.bravejournal.com/ http://aldiniah.bravejournal.com/,http://www.incomeluarbiasa.com/blog/, http://ashriee.bravejournal.com/, Dan banyak lagi blog2 hebat.
.
Di Lebih Raya Utara Selatan kedua-dua hala, kenderaan telah mula banyak. Di Plaza Tol Jelapang yang selalu mengundang tragedy demi tragedy tersebut kenderaan telah mula bersusun-susun. Nasib baiklah kami menggunakan Smart Tag dan kami tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melepasi setiap tol.
.
Saya juga merasa pelik dengan jurutera lebuh raya yang membuat plaza tol di cerun yang curam. Bukan sahaja di Plaza Tol Jelapang tetapi juga di Plaza Tol jalan Duta. Mengikut Menteri Kerja Raya Plaza itu hanya akan dipindahkan sepenuhnya dalam masa enam bulan dari sekarang. Muga2 tiada lagi korban terbaru sehingga tarikh itu kelak.
.
Rombongan kami menggunakan laluan Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland. Sejak dahulu, saya sentiasa teruja apabila setiap kali menuju ke Pusat Peranginan Tanah Tinggi itu. Cameron Highland menjanjikan suasana percutian yang berbeza. Kenyamanan udara sejuk di sana pastinya menyegarkan minda.
.
Kehijauan sayur-sayuran dan bunga yang berwarna warni pula bisa memberikan ketenangan semula jadi dalam jiwa. Lagi sekali saya berpesan apabila memilih Cameron Highland sebagai distinasi percutian anda dan keuarga, maka sediakan wang yang secukupnya. Disana sebenarnya wang anda keluar dari dompet anda tanpa anda sedar. Cuma anak-anak kecil yang kurang seronok sedikit jika ibu bapa memilih untuk bercuti di sana.
.
Sessi Photo Selepas Kena Tea Tarik

.
Sebelum sampai di Brincang dari sebelah utara, kami melalui tempat-tempat menarik seperti Trinkap, Kg Raja dan Blue Valley. Sempat juga kami singgah untuk pekena teh tarik di restoren tepi jalan. Sementara para isteri dan anak-anak sibuk membelek barang jualan yang dipamirkan, saya dan SPD Dr Rosly merihatkan minda sambil minum teh panas. Enak dan menyegarkan.
.
Di Cameron Highland, pada setiap musim cuti persekolahan, peniaga di situ mengadakan Pasar Malam pada setiap malam. Selain daripada menjual hasil pertanian, para peniaga juga menjual pelbagai jenis makanan. Saya dapati antara yang paling laris dan digemari pengunjung ialah goren cendawan.
.
Peniaga terdiri daripada pelbagai bangsa, Cina paling ramai, terdapat juga Melayu, India dan Indonesia. Suatu ketika dahulu pekerja di kebun sayur terdiri daripada pendatang dari Indonesia, sekarang ini saya dapati kebanyakan pekerja di ladang ialah dari Bangladesh. Sementara pekerja Indonesia terutama kaum wanita telah diberi kepercayaan untuk menguruskan jual beli.

JOKIDEN BERCUTI - JOKISE COOL SITE

Abdul Qawiyy Nak Beli Bunga Pasu
.
Strawbery Park merupakan tempat kunjungan yang istimewa dan paling meriah. Saya dan isteri sebenarnya sudah tidak dapat lagi menahan selera untuk membeli itu ini. Semuanya menarik perhatian.
.
Saya selalu terdengar orang berkata, “apa ada di Cameron Highland…” “Apa nak beli di sana?..” “biasa saja..” Namun orang-orang yang berkata demikian, selalunya merekalah yang ‘lupa daratan’ apabila telah sampai di sana. Segalanya ingin mereka beli, miliki dan bawa pulang, termasuk jagung mentah.
.

Jokiden Tengah Santai

Breakfast Di Ramly Grill, Nasi Dagang Lambat Sampai
.
Mengikut perancangan awal pada sekitar jam 9.00 malam kami akan meninggalkan Cameron Highland dan kembali ke Kuala Lumpur, bermalam di KL atau kembali terus ke Seremban. Namun suasana sejuk dan nyaman yang telah mula meresap ke tubuh setiap kami membuatkan kami mengubah plan.
.
Berada di situ untuk beberapa jam sahaja tidak memadai dan kami berbincang samada untuk bermalam atau kembali sahaja. Tanpa perlu mengambil masa, ahli rombongan kami 100% terus sahaja bersetuju untuk bermalam di Cameron Highland. Kami berusaha mencari hotel di Brincang dan Tanah Rata.
.
Oleh kerana pada esoknya cuti Hari Krismas, maka kebanyakan hotel telah penuh ditempah. Namun akhirnya kami berjaya juga mendapat 4 buah bilik di Hotel Park Land, dua untuk saya dan keluarga dan dua lagi untuk Dr Rosly. Biliknya tidak beberapa baik dan kami terpaksa pula menaiki tangga untuk ke tingkat lima, kerana tiada lift. Walaupun tinggi, tiada lift, tidak beberapa bagus dan harga pula mahal, kami ambil juga sebelum kehabisan.
.
Satu rahsia yang ingin saya kongsi jika kita bercuti di sana, keluarlah bersiar-siar pada waktu malam dengan baju tebal. Anda akan berasa seolah-olah bercuti di negeri orang. Kemudian pada sebelah paginya sekitar jam 6.45 pagi atau selewat-lewatnya jam 7 pagi, turunlah dari bilik hotel dan nikmatilah udara dingin, segar dan nyaman sambil pekena teh tarik dan roti canai atau nasi dagang. Jika suasana ini dapati anda rasai, maka anda akan bercita-cita untuk dating lagi ke sana bila ada kesempatan.
.
Brincang, Cameron Highland, Bunga, Sayur. Selasa 25 Disember 2007
.
Bagi yang belum pernah menginap di Cameron Highland, di sana hotelnya tidak perlukan pendingin udara. No aircond, dan setengahnya no fans. Memang telah sedia sejuk, buat apa kipas atau air cond.
.
Sarapan pagi kami secara berasingan. Sebelum terlupa pada sebelah malamnya, saya, anak nombor dua dan yang bongsu terkena sakit perut, hingga muntah. Bang ngah hingga pagi tidak dapat tidur. Mungkin tersalah makan, maklumlah apa yang nampak sahaja tibai dan semuanya berkumpul dalam perut.
.
Kami makan nasi dagang untuk sarapan pagi di sebuah warung bernama Ramly Grill. Boleh tahan masakannya dan boleh tahan juga harganya. Saya membayar lebih RM30 untuk sarapan pagi seramai 7 orang. Selesai sarapan kami menuju semula ke Puncak untuk meneruskan aktiviti lihat dan beli kami.
.
Orang semakin ramai dan saya mengkagumi betapa gigihnya para penjual melayan ribuan tetamu yang berkunjung ke tempat mereka. Barang jualan disusun rapi dan menarik sekali. Di sebuah kedai yang agak besar saya menyaksikan betapa cashernya tidak pernah berhenti menekan mesin cash registernya. Terlalu ramai yang membuat belian dan saya kira dalam tempoh satu jam sahaja jualannya telah mencecah puluhan ribu.
.
Di situ semuanya ada daripada sayur segar, teh uncang, bunga segar, mainan kanak-kanak, pasu bunga, bunga pasu, bunga hidup, bunga mati shinggalah ke cenderamata kecil dan murah serta cenderamata besar dan mahal. Saya menjangkakan bahawa kesemua pemilik perusahaan di sana bertaraf jutawan belaka. Sebelum terlupa, semua pemilik itu adalah bangsa Tionghua.
.
Itulah sebabnya saya berkata duit kita keluar dari dompet kita tanpa sedar. Belum sempat kita menerima baki wang kita setelah kita membayar harga untuk 10 kilogram keledek dan buah limau, isteri kita pula datang membawa segumpal bunga mati. Di saat kita hendak memasukan duit baki ke dalam purse, anak kita pula datang menunjukan segemgam key chain dan minta kita tolong bayarkan. Punah..punah..punah..
.
Pergilah ke sana, jika tak bermalampun, pergilah pagi dan balik petang, anda akan dapat merasai apa yang saya cuba sampaikan di sini. Sekali lagi sediakan wang kecil secukupnya. Buatlah perniagaan yang mudah, modal kecil serta untung besar seperti Smart Naco, supaya anda mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan setiap kali anda dan keluarga pergi bercuti.
.
Semasa sedang rancak membeli belah di Cameron ini juga saya mendapat panggilan telefon dari Bang Hamid Melaka, minta susu IgG Plus sebanyak 20 kotak. Saya memberitahu bahawa saya hanya boleh sampai di Seremban lewat petang. Dia kena bersabar sedikit.
.
Jalan pilihan untuk kembali ialah menerusi Tanah Rata, Ringlet, Bharat Tea Palntation, Lata Iskandar dan Tapah. Kami singgah di Tanah Rata untuk meninjau bank kami. Masing-masing mengeluarkan sedikit lagi wang untuk perbelanjaan sendiri.
.
Kami singgah juga di Bharat Tea, untuk menikmati tea segar sambil bergambar dan membuat belian terakhir iaitu boh tea uncang. Tea ini juga untuk diberi kepada orang tertentu bila kami sampai di rumah nanti. Tahun lepas tempat berihat di situ hanya satu, namun tahun ini pihak ladang telah membuat satu lagi yang lebih besar,cantik dan harga secawan tea panasnya ialah RM3.50.
.
Sementara menunggu isteri dan anak-anak saya berposing mengambil gambar dalam kebun tea, saya duduk minum dengan SPD Dr Rosly. Kemudian datang seseorang lalu join kami. Dia membaca sebuah buku bertajuk “Power Of Emotion” “Saya seorang businessmen” katanya bangga. Beliau datang dari Kajang. “ Bermalam dimana?” saya bertanya. “Saya datang pagi dan balik petang, selalu begini.” katanya selamba yang akhirnya memberitahu saya bahawa perniagaan beliau ialah Amway. “Saya sudah 26 tahun bersama Amway…pangkat Diamond…”
.
JOKIDEN BERCUTI - JOKISE COOL SITE
..
Tidak lama selepas itu datanglah pula isterinya seorang bekas guru yang juga jurujual Amway sepenuh masa kini. Lalu bertambah hebatlah mereka bercerita tentang Amway mereka. Bila saya Tanya berapa bonus, “wang bukan ukurannya…” katanya. Bila saya minta tip bagaimana untuk sponsor orang dia berkata "berikan harapan dan ajar mereka membina IMPIAN..” Katanya lebih bangga.
.
Sehinggalah saya minta diri, saya tidak mengetahui nama lelaki dan wanita yang telah berusia lebih separuh abad itu. Namun saya dapat menduga bahawa mereka telah benar-benar berjaya dalam perniagaan mereka. Satu hal yang saya pelajari dari beliau selain daripada TIP SPONSORING di atas ialah, nikmat kebebasan masa yang mereka ada.
.
Sebelum pergi saya menghulurkan kad saya..”Ooo Jokiden, saya nampak tadi kereta Nazakan..?” tanyanya. Di cermin belakang kereta saya tertera www.jokiden.com. “Joki means rezeki, Den means saya..Jokiden, rezeki saya..” Saya menjelaskan. “Ooo saya ingat joki yang bawa kuda tu. Smart Naco kompeni apa dan jual apa aaa? .” Tanyanya. “Susu” dan saya terus berlalu.
(Bersambung lagi nampaknya......hehehe)

.Rihat Di Bharat Tea Plantation CH



jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Jan 2 2008, 6:52 AM EST (about this update About This Update jokise Edited by jokise

1 word added

view changes

- complete history)
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala TAHUN 2008 TAHUN KEBANGKITAN SMART NACO 0 Dec 27 2007, 1:30 AM EST by Normala
Thread started: Dec 27 2007, 1:30 AM EST  Watch
Smart Naco akan terus bergerak pantas meninggalkan sesiapa yang masih bertangguh-tangguh. Gelombang Besar yang lebih hebat melalui semangat yang Gemuruh dan pastinya dengan Tindakan yang berkesan dan berterusan akan menghasilkan Kejayaan yang lebih dahsyat dan hebat dari yang pernah berlaku pada awal tahun 2005. Pasti!!! Kejayaan Milik Insan Yang Tak Pernah Berputus Asa dan Sentiasa Berusaha! YES, WE CAN DO IT, INSYAALLAH!!!
Do you find this valuable?    
Keyword tags: Jokiden On Vacation
Showing 1 of 1 threads for this page

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on Wetpaint Central.)