KENIKMATAN YANG MELAMPAUThis is a featured page


Life Is LiKe Sea
ROUTIN BULAN RAMADAN

Sudah 9 hari kita menjalani ibadah puasa. Doa saya setiap hari ialah semuga Allah memberikan kesihatan tubuh badan serta akal fikiran supaya saya dapat meneruskan puasa saya sepanjang ramadan ini. Saya juga memohonkan doa yang sama untuk ibu saya. Sebagai penghidap diabetis selama lebih 35 tahun ibu saya selalunya melalui saat sukar setiap kali tiba bulan ramadan.

Hari ini keluarga saya seramai 7 orang berkumpul, anak kedua saya yang sedang menuntut di UiTM juga kembali untuk berbuka puasa bersama. Juadah kami seperti hari-hari lain tidak banyak berubah, simple sahaja. Kami berbuka dengan nasi beryani gam, sedikit yong tau foo, kuih gulong, roti canai dan buah tembikai. Air pula isteri saya menyediakan sirap selasih, jus tembikai dan tidak lupa teh tarik..

Sejak beberapa hari ini saya hanya membaca blog rakan-rakan, pastinya tidak ketinggalan blog annajah. Kali ini siap dengan inspirational Quotes dari Pravsworld. Selalunya musik dari blog annajah akan menemani sepanjang penulisan saya ini.

Saya juga diperkenalkan dengan blog baru milik Marini Noordin. Lay out dan flashnya menarik dan sedap mata memandang. Ada jemputan berbuka puasa di blog Pak Rizal dan Normala. Perjalanan SPD Khairul Aza juga pada bulan puasa ini menarik minat saya. Sesungguhnya SST masih bertahan sehingga hari ini kerana mereka mempunyai leader2 yang hebat dan pasukan yang bermotivasi tinggi.

Sesiapa yang pernah mengunjungi blog SST akan mudah dihubungkan antara satu sama lain kerana kebanyakan mereka mempunyai blog masing-masing. Saya mencadangkan jika semangat anda telah mula menurun untuk melakukan biz ini, bacalah blog yang hebat2 dari SST. Lawati blog SPD Che Din, Zulros, Zul Pendang, Kaz, Jeeva, Zulkifli Dahlan, PD Asrie, Pak Rizal, Blog Fauzan, Sopia Abas, Normala, Abang Hamid dan banyak lagi, nescaya semangat anda akan kembali pulih.

Sejak bertahun dahulu routin hidup saya sepanjang bulan ramadan tidak banyak berubah. Siang tidur, malam berjaga. Selepas berbuka selalunya berihat sebentar sementara hendak ke surau mengerjakan sunat tarawih. Di tempat saya tarawih dan witirnya ringkas sahaja iaitu 11 rakaat dan kira-kira jam 9.45 malam saya sudah kembali ke rumah. Saya hampir tidak pernah menyertai more di surau atau masjid sepanjang hidup saya. Bukannya tidak sudi cuma saya makan tidak pernah banyak dan perut saya lekas penuh.

Kemudian setelah berihat sebentar saya akan keluar ke mana sahaja mengikut rakan2, berbual kosong di kedai kopi. Untuk urusan ini selalunya mengambil masa saya sehingga pukul 12 malam kecuali bila ada topik2 hangat ia akan berlanjutan sehingga jam satu pagi. Kembali ke rumah saya melakukan apa sahaja yang terlintas di hati saya. Jika ada program menarik saya akan menonton tv selalunya siaran astro. Jika tidak ada yang menarik minat saya, maka saya buka internet.

Rancangan tv pada bulan puasa yang tidak pernah saya ketinggalan ialah siaran sembahyang sunat tarawih dari Mekah dan tadarus Al Quran. Saya mengikutinya sejak bertahun-tahun dahulu, walaupun persembahannya stereotype. Terdapat semacam satu kepuasan dalam jiwa saya apabila mengikuti program ini.

Sementara menunggu waktu sahur saya melakukan apa2 sahaja yang terlintas difikiran saya. Telah menjadi kelaziman saya sejak dahulu, apa sahaja yang saya lakukan saya memperolehi semacam satu kepuasan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. mungkin itu satu kenikmatan yang hanya terdapat pada bulan ramadan.

Selepas bersahur sekitar pukul 5 pagi, saya berihat sebenatar, kemudian melakukan sesuatu yang wajib. Anak-anak ke sekolah dan isteri saya bersama anak sulong akan ke tempat kerja. selepas jam 7 pagi saya selalunya keseorangan di rumah. Ketika ini saya akan membaca berita dari akhbar harian sambil menonton tv sehingga jam 9 pagi atau sehingga saya terlena sendirian.

Selalunya saya hanya tersedar ketika anak-anak kembali dari sekolah dan mengejutkan saya dari tidur. Saya tau banyak tidur pada siang hari adalah makruh, namun tidur orang yang berpuasa juga mendapat pahala, Insyaallah. Pada sebelah petang saya melakukan apa sahaja yang saya suka dan yang pastinya ialah ke pasar ramadan. Di tempat saya terdapat banyak pasar ramadan dengan ratusan peniaga yang menawarkan ratusan keperluan harian untuk kita. Hampir waktu berbuka saya akan kembali ke rumah untuk berbuka bersama keluarga dan.....routin ini berterusan. Begitulah kehidupan saya sepanjang bulan ramadan..

Jika sudah begitu lazimnya dan routin saya, bila pula masanya saya menjalankan bisnes primalex, IgG Plus atau Nacofe pada bulan ramadan ini... Bacalah seterusnya jika mahukan kepastian.

BAJU RAYA

Sejak bertahun-tahun dahulu saya sering berpesan kepada sesiapa sahaja iaitu, jika kita masih mempunyai ibu dan bapa jangan sekali-kali lupa untuk membelikan mereka sepasang pakaian baru untuk mereka menyambut ketibaan syawal. Jika kita tidak mampu, belikanlah sehelai tudung dan sehelai kain pelikat untuk mereka. Ingatlah jasa ibu dan ayah setiap kali syawal menjelma.

Carilah kesempatan dan kembalilah untuk berbuka puasa bersama mereka meskipun untuk hanya sekali pada setiap ramadan. Hati ibu dan ayah pasti terhibur apabila melihat kepulangan anak mereka untuk berbuka puasa bersama.

Telah menjadi amalan saya dan keluarga iaitu membeli pakaian baru untuk berhari raya dua bulan atau sebulan lebih awal. Kami membeli pakaian pada bulan Rejab atau bulan Syaaban. Membeli awal kononnya kami dapat mengelakan daripada membeli dengan harga yang mahal pada saat-saat akhir. Itulah sebabnya pada bulan lalu kami telahpun mengunjungi Sogo dan lain-lain pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Setiap orang termasuk ibu dan nenek telah mendapat pakaian baru.

Namun sejak dahulu juga perangai kami tidak pernah berubah iaitu kami juga seperti orang lain akan berebut-rebut untuk terus membeli pakaian baru pada saat-saat akhir. Kami juga akhirnya gagal mengawal nafsu dan turut serta dalam kemeriahan orang bershoping untuk hari raya.

Pada setiap Hari Raya kami sekeluarga selalunya mempunyai lebih daripada dua pasang pakaian baru. Saya sendiri setiap tahun membuat tempahan dua pasang baju kebangsaan. Kemudian baju kemeja pasti, baju batik pasti, kasut pasti dan seluar sekurang-kurangnya sehelai. Tetapi bila saya kaji semula keluarga saya tidaklah seteruk artis2 yang ada antaranya menempah 7 atau 8 pasang baju baru.

Kami cuba berdisplin, menegur antara satu sama lain, saya ingatkan isteri jangan beli lagi pakaian, isteri ingatkan saya. Begitu juga anak bongsu saya ingatkan kak longnya jangan beli lagi. Apa yang terjadi ialah kami masing-masing secara bersembunyi-sembunyi akan membeli sendirian dan rahsia setiap orang hanya akan terbongkar pada malam hari raya.

Sewaktu gema takbir telah mula berkumandang, ketika itu hiruk pikuk keluarga saya menunjukan barang masing-masing yang dibeli tanpa pengetahuan satu sama lain tadi. Saya pula tidak pernah gagal membeli purse baru setiap tahun...he he he. Dompet adalah lambang wang atau duit. Itu sebabnya mereka yang mendapat pangkat PD di bawah jaringan saya dalam Smart Naco semuanya menerima hadiah dompet dari saya.

AMALAN DI BULAN RAMADAN (SEKADAR ULANG KAJI)

Bagi yang tidak lagi mempunyai kedua orang tua, bersedekahlah untuk mereka di bulan yang mulia ini. Antara amalan yang tinggi nilainya di sisi Allah pada bulan ramadan ini ialah bersedekah. Carilah orang susah, carilah orang tua, carilah anak-anak yatim, carilah rumah-rumah kebajikan dan hantarkan KFC, lepat pisang atau apa sahaja.

Saya bukanlah orang yang suka bersedekah kerana saya bukannya terdiri daripada orang yang serba mewah. melihat peminta sedekah juga saya tidak suka terutamanya yang berpegangan tangan menghampiri setiap meja makan di merata warung atau kanak-kanak yang membawa kalender di pusat2 membeli belah.

Namun pada setiap kali ramadan menjelma tabiat saya itu berubah atau saya ubah. Saya cuba sedaya upaya untuk melakukan sedekah, jika boleh setiap hari. Jadi saya juga menyarankan agar kita sedaya upaya bersedekah walaupun dengan sebiji kuih untuk berbuka puasa. Pahala memberi makan orang yang berpuasa adalah sama dengan pahala orang yang berpuasa tersebut. Dapat RM1 sehari kita bersedekah pun sudah kira ok tu. Tak payah nak keluar tv atau surat khabar.

Kemudian mengeratkan siratulrahim antara kita sesama umat amat dituntut sepanjang masa. Bukan sahaja pada bulan ramadan, namun jiwa kita pastinya lebih lembut untuk memaafkan orang lain pada bulan ini. Kunjungi saudara mara atau kenalan lama, lupakan persengketaan dan orang yang mengiratkan siratulrahim akan panjang umur.
(Rihat, nanti akan bersambung lagi...)

Banyakan membaca Al Quran. Satu huruf kita baca ganjarannya 700 x. Jika kita dapat khatam Al Quran, bayangkan ada lebih 6,000 ayat, berapa ratus ribu huruf. Kalaupun kita baca surah Yasin, terdapat 83 ayat dan lebih 1,000 huruf. Jika kita tak mampu, baca saja surah Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falaq dan surah An Nas. Itupun pahalanya sama dengan khatam 30 juzuk.

Banyakan sembahyang sunat, sunat hajat, sunat taubat, sunat tahajjud dan sunat tasbih. Malah jika kita mengetahui, dua rakaat sunat qobliah sebelum subuh lebih baik daripada seluruh seisi dunia, Masyaallah.

Banyakan zikir, sebaik-baik zikir ialah menyebut Lailahaillah. Saidatina Aisyah banyak berzikir ketika Nabi hendak ke masjid, ketika Nabi kembali Saidatina Aisyah masih berzikir, lalu Nabi bersabda, yang bermaksud mahukah kamu aku ajarkan satu zikir yang jika dibaca 3 kali akan melebihi ganjaran daripada semua yang kamu telah baca tadi. Mahu kata Aisyah.. Bacalah Subhanallahwabihamdihi, aadadakhalkihi, waridhanafsihi, wazinataarsihi, wamidadakalimatihi

Yang juga disukai Allah baca saja Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, Maha suci Allah, Segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar. Mohon ampun banyak2. Mohon syurga dari Allah dan mohon dijauhkan dari Neraka. Jika sehari dapat 10,000 zikir, genap sebulan puasa, sudah ada 300,000 kali zikir. Jika kita mampu 5,000 sehari, sebulan sudah ada 150,000. Atau 1,000 kali sehari, sudah menjadi 30,000. Terpulang pada kemampuan kita, berzikirlah dimana sahaja, tak dapat banyak, sikitpun jadilah, asalkan ada.

Banyakan berdoa, mintalah apa sahaja dari Allah, pasti akan ditunaikan, cuma masa sahaja yang kita tidak tahu. Mintalah tetapkan iman, minta sihat badan, minta ampun, minta jauhi segala mala petaka, minta nak duit banyak dan murahkan rezeki dan minta apa sahaja asalkan baik. Kalau minta dari orang sekali dua mungkin dapat, kerap kali minta, orang nampak kita pun cabut. Nampak no telefon kitapun dia buat tak tahu. Jadi segala pertolongan mestilah dari Allah. Allah suka bila hambanya banyak meminta.

Ada orang mengeluh, katanya dia kuat beribadat, tekun sembahyang, banyak berdoa dan kuat berusaha namun hidup susah juga. Orang kafir tu hidup senang lenang. Mungkin ini boleh menjawab, Allah masih belum memakbulkan permintaan hambanya yang solleh, kerana Allah suka mendengar suaranya terus-terusan memohon dan meminta. Suara orang kafir Allah tak suka, lalu segera diberi apa yang diinginkannya. Terus berdoa dan jangan berputus asa dari rahmat Allah.
(Insyaallah akan bersambung lagi...)

“ If you hear a voice within you say "you cannot paint," then by all means paint, and that voice will be silenced. ”

Banyakan membaca selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad saw. Sekali kita berselawat ke atas Nabi, 10 kali Allah berselawat ke atas kita, tak nak... Ini boleh kita lakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Berusaha untuk menemui Malam Lailatul Kadar. Apakah malam lailatul kadar itu? Pada malam itu akan turun Malaikat Jibrail untuk mengatur urusan dunia. Malam kadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan.

Banyak hadis mengatakan carilah Malam Lailatul Kadar pada sepuluh malam terakhir dan khususnya pada malam2 ganjil iaitu malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Untuk lebih selamat lipat gandakan amal ibadah pada 10 malam terakhir itu.

Kita disarankan berusaha untuk mendapatkannya. Mereka yang bertemu dengan Malam Lailatul Kadar pastilah insan istimewa pilihan Allah. Jangan tunggu malam ganjil sahaja kerana malam ganjil di Malaysia mungkin malam genap di Indonesia, Brunei atau Thailand.

Malam Lailatul Kadar hanya sekali, jadi jika berlaku pada malam ganjil di Malaysia, sedangkan orang Indonesia tidak memberikan perhatian kerana di tempat mereka ketika itu adalah malam genap. Bagaimana pula keadaannya di Mekah, apakah malam ganjil di sana sama atau bertepatan dengan malam ganjil di Malaysia. Di Amerika pula bagaimana, kerana waktu itu mereka mungkin siang hari.

Hanya Allah yang mengetahui bila Malam Lailatul Kadar akan berlaku. kita sebagai hamba hanya disarankan berusaha untuk mendapatkannya..Ikhtiarlah dan berharaplah..

KENANGAN LALU
Bila tiba bulan Ramadan, sejak bertahun-tahun dahulu juga, saya mempunyai imbasan kembali yang cukup banyak tentang hidup ini. Pada mulanya saya ingin memberi tajuk catatan ini sebagai 'kenangan masa lalu, 'keenakan yang hebat' 'pesan memesan sesama insan', 'teringat masa silam', teringat zaman kanak-kanak', 'lebihkan beribadah', 'kelebihan bulan ramadan', dan beberapa tajuk lagi. Tetapi akhirnya saya memilik "KENIKMATAN YANG MELAMPAU" hanya kerana.......? saya akan ceritakan nanti.

Pada zaman saya kanak-kanak, sekadar masa yang saya boleh ingat iaitu antara usia saya 4 tahun hingga 12 tahun, bulan ramadan di kampung saya amat meriah. Bulan ramadan satu-satunya bulan yang kanak-kanak bebas keluar malam di kampung saya. Ketika itu saya mengikut nenek dan ibu saya ke surau yang berhampiran untuk sama-sama melakukan sunat tarawih.

Di desa ketika itu hanya insan tertentu sahaja yang mempunyai lampu suluh atau lampu picit(torch light). Orang miskin seperti kami hanya menggunakan seikat daun kelapa kering yang dibakar sebagai penerang jalan sementara menanti bulan terang. Namun kami tetap ke surau sebulan genap. Jika kisah ini hendak diceritakan, ianya pasti menjadi sebuah novel yang membosankan

Kini sejak beberapa tahun kebelakangan ini ibu dan nenek sudah cukup uzur dan tidak mampu ke surau lagi walaupun tidak perlu berjalan kaki dan tidak perlu daun kelapa kering sebagai suluh. Mereka tidak boleh bertahan lama seperti dulu. Di rumah pun nenek sembahyang dengan cara duduk sahaja. Untuk memendekan cerita, bagi sesiapa yang terbaca catatan ini, saya mengajak anda kembali mengenang zaman silam anda, ketika kecil menyambut ramadan dan hari lebaran...Kisah kita mungkin ada persamaannya.

Setiap kali ramadan tiba saya dapat merasai beberapa kenikmatan yang mungkin juga dinikmati oleh orang lain. Apabila berjalan pada waktu siang, tidak kira dimana, sesekali saya terpandang ada orang tidak berpuasa dengan selambanya tanpa silu, makan, minum atau menghisap rokok di depan saya. Saya hanya mempunyai sedikit reaksi di dalam hati iaitu dia tidak patut berbuat begitu. Jika mempunyai alasan untuk tidak berpuasa dia sepatutnya menghormati orang lain yang berpuasa. Setakat itu sahaja perasaan saya.

Tetapi jika saya terlihat orang India atau Cina makan, minum dan merokok di depan saya, ketika itu semacam satu kenikmatan datang dalam diri saya. Saya berkata dalam hati "aku berpuasa" seolah-olah satu kemenangan pula dan saya merasa begitu nyaman, tenang, nikmat dan entah apa-apa lagi yang sukar dijelaskan.

Bagi orang yang berpuasa akan memperolehi dua kenikmatan, iaitu ketika menemui Tuhannya dan ketika menyambut Hari Raya. Saya mendapat satu lagi kenikmatan iaitu waktu menunggu untuk berbuka sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuk waktu berbuka. Saat itu selalunya hati saya amat gembira. Menanti gema azan menandakan waktu berbuka adalah saat yang paling saya tunggu setiap hari.

Saya akan merasa lebih nikmat sekiranya saya berbuka di warung-warung bersama dengan puluhan orang lain. Itulah sebabnya telah menjadi amalan keluarga kami sejak dahulu untuk berbuka puasa di luar rumah beberapa kali pada setiap ramadan. Yang tidak pernah kami mis ialah berbuka puasa di warung dekat kampung baru, makan ayam kampung, dekat stadium TPCA itu... ah enaknya.. Kali ini saya juga mungkin akan turut serta dalam majlis berbuka puasa di Hotel Petaling yang dianjurkan oleh HQ Smart Naco. En Yunus telah beberapa kali mengingatkan saya..Insyaallah akan hadir..

Setiap kali selepas bersahur, sementara menunggu azan subuh, selalunya saya akan lepak di bangku di satu sudut di luar rumah saya sambil kaki bersilang atas meja bulat. Saya bersendirian kerana waktu itu tiada seorang pun keluarga saya yang akan menggangu saya. Menemani saya ialah secawan teh tarik kaw, sebiji kurma dan pastinya rokok Kent9.

Amalan ini juga telah berlarutan sejak bertahun-tahun dahulu. Saya menikmati keheningan waktu subuh, menikmati secawan teh kaw panas sambil menyedut rokok. Fikiran pastinya menerjah alam semesta dari desa yang sunyi, ke kota metropolitan Kuala Lumpur, Jakarta, Tokyo dan New York. Berangan-angan adalah percuma, tak kena bayar pun.

Sesekali keheningan subuh itu diganggu oleh deruan injin kapal terbang yang melintas lalu di angkasa di hadapan saya. Langit ada kalanya bersih membiru disinari kerlipan bintang. Saya menjadi syahdu. Sesungguhnya pada kejadian diri kamu itu, langit dan bumi yang terbentang luas dan pertukaran malam dengan siang adalah menunjukan tanda-tanda kebesaran Allah. Ketika itu saya akan merasakan betapa kerdilnya diri ini.

Dalam keheningan subuh itu juga saya akan terdengar sayup-sayup suara tahrim dari beberapa surau yang berdekatan dengan taman saya. Sekarang ini setiap taman pasti ada surau dan tiga empat taman pula akan ada sebuah masjid.

Melayan fikiran di saat begini mengundang seribu kenangan, manis, pahit, nostalgia, suka duka sebuah kehidupan. Saya pasrah sambil terus menikmati teh kaw. Sekarang ini menyahut saranan SPD Khairul Aza, saya tambah dengan secawan Nacofe panas...Oooo nikmatnya, cubalah try test bagi sesiapa yang ingin tau. Siapa minum siapa tau dan saya mengatakan kenikmatan minum Nacofe sungguh luar biasa. "Kenikmatan Yang Melampau"
(Rihat lagi dan akan bersambung nanti...)

Sesekali kenangan saya gustan begitu jauh... Dalam bulan ramadan, selepas bersahur saya pasti teringat kawan-kawan lama, masa kecil di kampung, masa sekolah rendah, masa sekolah menengah, kawan-kawan di Universiti dan kawan2 masa berkerja dahulu, sehinggalah rakan-rakan seperjuangan dalam perniagaan dengan Smart Naco.

Antara yang tidak pernah gagal datang dalam ingatan saya ialah seorang kawan rapat semasa sekolah rendah. Kami telah terpisah sejak usia kami kami 17 tahun. Berita mutakhir tentang beliau saya dengar dia dan keluarga kini berada di Sabah. Dia ini selalu datang dalam mimpi saya, katakan dalam tiga bulan sekali...

Ada rakan saya yang menjadi tokoh politik terkenal, ada yang menjadi pegawai tinggi kerajaan, ada yang begitu berjaya dalam dunia koperat, ada yang hidup mewah, ada yang hidup biasa sahaja dan ada juga yang kecundang dalam meniti arus perjalanan hidup ini.

Dalam keheningan subuh itu saya tidak dapat lari daripada merasa rindu kepada mereka. Masa beredar, yang berlalu menjadi sejarah, esok belum ada kepastian, lalu yang ada hanya hari ini untuk ditempohi. Lakukan yang terbaik setiap hari. Orang akan lupa sejarah silam dan hanya mengingatinya sekali sekala sepintas lalu.

Jika dulu kita miskin, jahat dan hina, tapi hari ini kita berjaya, hebat, kaya dan mewah, maka orang akan mengenali kita seperti yang ada hari ini. Jika dulu kita kaya, hebat dan ternama, tetapi hari ini kita sebaliknya papa kedana, hina dan terpenjara, maka orang akan mengingati kita sebagai banduan, tak berguna dan tak berharta.

Kitalah yang bertanggung jawab terhadap diri kita dan jangan lupa ingatan yang disampaikan oleh Marini Nordin, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya sesuatu kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya.

Tidak kira siapa kita, apa pangkat kita, dalam dunia perniagaan multi level marketing ini pergerakan dan kelancarannya pada setiap bulan ramadan pasti akan kendur sedikit. Ini sudah lumrah dan kita tidak perlu risau jika PV dan BV merosot.

Sebabnya? mudah sahaja seperti yang saya sebut awal tadi, baju raya, badan letih, tenaga kurang, menjaga hati, mata, telinga, lidah, hendak ke surau, hendak shoping dan pelbagai keutamaan lain. Tumpuan kepada perniagaan akan berkurangan.

Namun saya selepas menunaikan tarawih, masih berjalan dengan Yusri, menghantar Nacofe dan Primalex. Itulah yang saya maksudkan dengan berbual kosong di kedai kopi itu. Semalam saya terima panggilan untuk Nacofe dari Rembau, lalu saya hantar. Saya juga terima call untuk primalex, saya hantar. Baru sebentar tadi satu call lagi minta Primalex. Rupanya dalam bulan ramadan pun Primalex tetap penting.

Semalam juga ketika saya baru hendak bermimpi, loceng rumah saya di tekan berkali-kali. Saya terpaksa bangun dan jam baru menunjukan pukul 9.00 pagi, seorang kawan dari Port Dickson muncul di pintu pagar.."sorry ganggu den tau kau tido, tapi den nak susu sekotak" katanya menyeringai..

Empat hari lepas tiga gadis menelipon dan mencari rumah saya, "bagi tiga kotak susu, ini maintain untuk bulan sembilan" katanya. Eh berjalan jugak bisnes dalam bulan ramadan ni....Percayalah pada saya bahawa rezeki setiap orang pasti bertambah pada setiap bulan ramadan..jangan risau, ini bulan yang penuh berkat.

Minggu depan saya dan Yusri akan membuat pamiran produk Smart Naco di Pasar Ramadan, kalau Fauzan boleh buat kat MITC Melaka, HQ boleh buat di Mid Valley, tak kan saya tak boleh buat kat Pasar Ramadan...Lakukan sahaja. Disamping itu kami tengah berusaha keras berkempen untuk majlis penganugerahan di Port Dickson pada 20 Oktober nanti.

Dalam kebanyakan syarikat multi level sedang berusaha mencari alasan untuk tidak mengeluarkan bonus kepada ahlinya pada musim perayaan ini, Smart Naco pulak berusaha keras untuk memberikan bonus sebelum fajar Aidil Fitri menjelma. Tq Smart Naco, eh! macamlah bonus yang nak datang tu besar sangat...Last submission 27 September, Topup 4 Oktober dan bonus sebelum 12 Oktober...

SELAMAT BERSAHUR, SELAMAT MEMBINA ANGAN-ANGAN DAN SELAMAT MENERUSKAN IBADAH PUASA.

JAMUAN HARI RAYA



jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Sep 22 2007, 4:34 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

2 words added
1 word deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: Nacofe enak
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.