KENIKMATAN YANG MELAMPAU BAHAGIAN DUAThis is a featured page


Compromise

“ Willingness to compromise with others’ ways of living and cooperation in common tasks, these make living happy and fruitful. ”

Constantly Try To Achieve Something


If we want to gain someone's attention or want to do something good for human being or want to be a good person, then much difficulty and problem may occur in our way.

But we should never give up hope.
Instead keep on doing till we reach our goal.
Once we may not succeed, try twice, if no success, then thrice.
Give enough time to the full capacity, then wait for the result.

As we all know that God helps those
who are constantly trying to achieve something.


Assalamualaikum kepada semua yang rajin melawat web ini..

Saya baru saja sampai ke rumah, tengok tajuk berita di TV3 jam 12 mlm. Lepas tu solat, lepas tu buka internet, tengok email sebentar dan YM dengan Pak Rizal serta Fauzan Kamari. Dari email hari ini saya dapat 'quote of the day' yang tulisan merah di atas serta dari 'Pravsworld' yang bertulisan hijau di atas. mungkin kita boleh share kata-kata motivasi tersebut.

Hari ini saya dan beberapa orang kawan dalam bisnes Smart Naco telah berbuka puasa di sebuah warung di Ampangan Seremban. Pada mulanya yang hadir hanya enam orang iaitu Saya, Yusri, Pak Karim, Pak Rizal, En Yunos dan En Razif dari HQ. Nasib kami agak baik kerana sebelum waktu berbuka muncul juga SPD Razali Kancil dari Ipoh, SPD Hj Rahman Abu dari Shah Alam dan SPD Azhar Wahab. Bertambah meriah majlis kami.

Seperti yang tercatat dalam Kenikmatan Yang Melampau, berbuka puasa di warung adalah termasuk dalam jadual berbuka puasa saya setiap tahun. Kami sempat berbual sementara menunggu waktu azan maghrib bergema dan mata tidak lepas merayap ke hidangan yang telah tersedia di atas meja...Ooo!!!! nikmatnya di dalam jiwa di saat menunggu itu.

Menu berbuka adalah pilihan Pak Rizal. Burung puyuh masak lemak cili api, sayur cendawan juga masak lemak cili api, ikan pari dan ikan cencaru bakar, tomyam ayam, sambal udang petai. Untuk pembuka puasa kita ada duku langsat, buah Melaka (Kolopong dlm loghat NS), kuih lapis, kuih kuaci dan kuih pulut. Air pilihan sendiri. Fauzan jangan pulak meleleh air liur, nanti batal puasa. Dia juga dipelawa tapi tak sempat hadir.

Syukurlah semuanya berselera makan dan selepas berbuka saya, Hj Rahman, En Yunos serta SPD Azhar mendapat satu lagi nikmat iaitu menyedut rokok huuuhuuuu!!!! jangan marah...

Selepas berbuka kami berbincang dan En Yunos minta saya memberi taklimat tentang Majlis Jamuan Hari Raya pada 20 Oktober 2007. Program tidak berubah, sila rujuk tajuk yang terdahulu. Terdapat perubahan tempat dan kami bersetuju supaya ahli-ahli diberi pilihan. Sila lihat di bawah:

Tajuk: Jamuan Hari Raya Keluarga Smart Naco Serta Majlis Penanugerahan M dan SM Zone Tengah

Tarikh: 20/10.07 Hari Sabtu 12 Tengah Hari Hingga Ahad 12 Tengah Hari

Tempat: Pusat Peranginan Ilham Resort, Batu 10, Blue Lagoon, Port Dickson

Acara: Seminar SDT 2, Jamuan Makan Malam, Penganugerahan M dan SM, Cabutan Bertuah, Kisah dan Tauladan, Duit Raya, Pesanan Pihak Pengurusan serta Motivasi

Anggaran Kehadiran 300 orang ahli dan keluarga

Pakaian: Baju Raya (Baju Kebangsaan lelaki termasuk kanak-kanak Perempuan Baju Raya juga)

Kami bersetuju supaya ahli-ahli diberi peluang untuk memilih pakej berikut:

1. Menyertai SDT2, Jamuan Makan Malam dan Menginap. Bayaran RM120 Seorang. Kanak2 di bawah 12 tahun adalah percuma.

2. Menyertai Jamuan Makan Malam, Penganugerahan Dan Menginap. Bayaran RM100 seorang

3. Menyertai Jamuan Dan Penganugerahan Sahaja. Bayaran RM40 seorang

4. Menyertai SDT2 Dan Majlis Penganugerahan. Bayaran RM20 Seorang

5. Menyertai Majlis Penganugerahan Sahaja, Tiada SDT2, Tiada Jamuan, Tidak Bermalam. Bayaran Percuma kecuali yang ditentukan oleh pihak HQ Sekiranya Ada. Pakaian Yang Sesuai


Lihat Contoh Borang Di Bawah:


BIL NAMA
PAKEJ PILIHAN UMUR
ANAK
JUMLAH
BAYARAN
1 Mohd Sharif 1
RM120
2 Rosenani A Rahman 2
RM100
3 Norasfarina M Sharif - 11
4 Mohd Afiq M Sharif 2 20 RM100
5 Yusri Abdullah 3
RM20
6 Pak Karim
4
-
7 Khairul Rizal Zulkafli 1
RM120
8 Isteri Rizal
2
RM100






Nama anak mestilah selepas nama ayah dan ibu. Anak yang tidak memerlukan bilik tidak perlu pilih mana-mana pakej.

Leader2 diminta memberikan kerjasama untuk mendapatkan nama downline yang dicadangkan untuk menerima anugerah dan seminar SDT2, dan hendaklah menghantarkan senarai nama tersebut kepada HQ dalam kadar yang segera. Jemputan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak HQ kepada mereka yang terpilih.

Oleh kerana keputusan jenis majlis ini bergantung kepada sambutan yang diberikan oleh ahli, maka leader2 diminta sedaya upaya memberikan penerangan kepada ahli sebelum pilihan dibuat.

Semua nama yang ingin menyertai majlis ini hendaklah dihantarkan kepada Jokiden melalui SMS 012-2345889 atau email jokiden5@yahoo.com


KENIKMATAN YANG MELAMPAU BAHAGIAN DUA - JOKISE COOL SITE

ILHAM RESORT, BLUE LAGOON, TANJUNG BIRU MENGAMIT HATI. BAWALAH KELUARGA ANDA BERCUTI DAN BERISTIRIHAT DI SANA.


“ If you have an apple and I have an apple and we exchange apples then you and I will still each have one apple. But if you have an idea and I have an idea and we exchange these ideas, then each of us will have two ideas. ”


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Sep 28 2007, 2:42 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise


view changes

- complete history)
Keyword tags: Primalex Smart Naco
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala SALAM AIDIL FITRI 0 Oct 11 2007, 11:33 AM EDT by Normala
Thread started: Oct 11 2007, 11:33 AM EDT  Watch
Salam Aidil Fitri untuk Encik Sharif sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Showing 1 of 1 threads for this page