KISAH SEORANG PEMUDAThis is a featured page


SPD Cikgu Mat Som Dgn PD Rizal

Kini jam sudah hampir empat pagi, tarikh sudah bertukar, hari juga sudah bertukar dari Jumaat ke Sabtu. Saya baru selesai membaca blog rakan2. Yang saya tinggalkan komen hanyalah di blog Normala. Itupun pasal semut hitam merayap atas batu hitam dalam malam yang hitam pekat, jadi tak nampak...Nak tau apa maksudnya sila baca blog Annajah.

Tadi sewaktu meeting mingguan Smart Naco Seremban, saya dapati kehadiran diluar dugaan. Nombor yang kami sediakan untuk cabutan bertuah hanyalah 25 sahaja. Tidak cukup....

Saya amat bersemangat pada malam ini, maklumlah kehadiran agak ramai, mungkin kerana hadiah yang kami sediakan agak lumayan. Terima kasih kepada SPD Hj Rahman yang sponsor 1 Primalex dan 1 IgG Plus.

Pak Rijal sponsor 1 igG Plus dan 5 buah majalah apprentis. Tq sir. Terima kasih juga kepada SPD Abdullah Sani yang sponsor 1 igG Plus dan terima kasih kepada SPD Azhar yang sponsor 2 kotak Nacofe. Kesemuanya 13 cabutan.

Saya memperolehi Nacofe sementara anak saya memperolehi 1 igG Plus. Kami kembalikan hadiah itu untuk dicabut sekali lagi, lalu yang bertuah ialah En Mazwil dan En Anuar Amat.

Pak Rijal pada malam ini diminta memberikan penerangan tentang pelan pemasaran, ringkas dan berkesan serta mudah difahami. Kemudian beliau menceritakan tentang kisah 3 orang yang tidak siuman ditemuramah oleh doktor pesakit jiwa.

Tiga orang yang 'kurang tepat' itu ditanya soalan yang sama oleh doktor tersebut iaitu jika mereka dihantar ke Padang Pasir apa peralatan yang harus mereka bawa...

Orang pertama menjawab dia akan membawa aircond, relevennya ialah jika panas dia akan buka aircond itu lalu sejuk. Well..orang kedua menjawab dia akan bawa kipas angin, jika panas dia akan buka kipas. Entah mana mereka nak cari elektrik, kita pun tak tahu.

Orang ketiga menjawab dia akan bawa pintu kereta...pening kepala doktor tersebut memikirkan apa kaitan pintu kereta dengan kepanasan di Padang Pasir tersebut..lalu dia bertanya buat apa bawa pintu kereta...Orang gila itu menjawab.."la itupun tak tau..bila panas, saya bukalah tingkap..angin masuklah.."

Moral ceritanya anda kena tanya PD Rizal atau Pak Karim. Sambil menulis ini saya dihiburkan oleh lagu "I believe I Can Fly.." dari blog annajah.

SPD Hj Rahman dalam nada yang bersahaja menerangkan tentang kehebatan Smart Naco dan perkembangan terkini syarikat. Beliau insan istimewa yang telah meraih duit dari Smart Naco pada tahun 2006 lebih dari RM1 juta. Tahun 2007 kita belum tahu lagi..

Rata-rata yang mendengar cerita beliau amat bersemangat. Yusri pula selaku MC pada malam ini amat berjaya menghidupkan suasana. Cuma nasib dia kurang baik nombor bertuahnya tidak naik. Zainuddin juga agak hampa.

Nampaknya coretan ini sampai di sini dulu dan kisah seorang pemuda akan saya sambung esok. Mata sudah terasa mengantuk, saya perlu berihat kerana esok masih banyak yang hendak dilakukan..Jumpa lagi..

Hari ini sebenarnya terdapat 3 kenduri kahwin yang terpaksa saya hadiri. Untuk tidak menghampakan sesiapa saya pergi jugak menghadiri majlis2 tersebut. Biasalah majlis kenduri kahwin pada hari ini memerlukan belanja yang besar.

Majlis terakhir saya ialah ke Saujana Impian di Kajang. Di situ semuanya orang 'kaya-kaya' yang memiliki rumah banglow besar-besar dan kereta besar-besar juga. Kendurinya hebat, ramai juga datuk-datuk yang saya temui. Jemputan tuan rumah berjumlah 3000 orang.

Saya teruskan dengan Kisah Seorang Pemuda yang saya janjikan. Pemuda itu bernama Yusri (bukan nama sebenar), berusia dalam lingkungan 20 tahun, tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Yusri hanya merupakan peniaga pasar malam yang mana sukahati dia bila masa dia nak berniaga. Pendek kata dia tidak melakukan perniagaan tersebut secara serious dan hanya sesuka hati sahaja..

Yusri lebih banyak menghabiskan masa lepak di warung kopi yang dimiliki oleh Pak Lang, dari pagi hingga ke malam. Dari segi usia Pak Lang 4 tahun lebih tua dari Yusri. Dia seorang yang peramah dan suka bercakap. Orang ramai mudah mengenali beliau kerana keramahannya itu.

Walaupun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai kelulusan tinggi, namun Yusri mempunyai satu keistimewaan. Dia mempunyai cita-cita yang amat besar. Apa cita-cita Yusri..

Jika boleh suatu hari nanti dia ingin menjadi seorang tokoh politik yang berpengaruh yang akan menggoncang dunia. Yusri selalu memberitahu orang yang berborak dengannya di warung Pak Lang itu, "aku nak ubah dunia ni...semua tak boleh harap. Katanya selalu.

Ilmu politiknya agak hebat juga, dia boleh menghafal nama pemimpin2 dunia. Baginya President Nixon jambalang dunia, President Gorbacave tidak berguna, Robert Mugabe kuku besi, Suharto dan Marcos kuku besi, Palestine tak boleh di tolong, Zulfikar Ali Butto pun merupakan pemimpin yang tak boleh diharapkan.

Siang dan malam Yusri memberitahu sesiapa sahaja yang berborak dengannya di warong Pak Lang itu dengan penuh semangat bahawa sepatutnya pemimpin2 dunia tadi harus berbuat itu dan ini. Masa terus berjalan dan usia Yusri meningkat ke 30 tahun. Dia tidak berubah dan orang sudah mula tidak mengindahkan tentang apa yang dia perkatakan.

Entah macam mana Yusri bertemu jodohnya dan dia berkahwin dalam usia 30 tahun. Isterinya turut mendengar cita-cita hebat Yusri untuk mengubah dunia. Isterinya berkata bahawa dengan hanya duduk di kedai Pak Lang dari pagi sampai ke malam dia tidak akan mampu mengubah dunia. "Jauh panggang dari api.." kata isterinya.

Yusri merasakan egonya tercabar, namun dia mengakui kebenaran kata2 isterinya itu. "Baiklah jika akau tidak mampu mengubah dunia aku ingin mengubah negaraku Malaysia.

Maka bermulah episod baru, setiap pagi, petang dan malam Yusri memberitahu orang2 yang datang di kedai Pak Lang bahawa dia akan mengubah Malaysia. mulalah dia mengatakan Lim Kit Siang tidak betul, Dr Mahathir belum cukup pengalaman nak buat kereta, nak buat Jambatan Pulau Pinang, Malaysia dah nak bankrup, harga getah tidak naik, yuran universiti patut dihapuskan dan segala macam kutukan lagi.

Pemimpin silih berganti, Yusri terus dengan teorinya. Masa berjalan terus, usia dia semakin meningkat, anak dari tiada sudah dapat lima. Kini usia Yusri masuk 40 tahun, badannya semakin kurus dan tidak terurus. "Awak tidak akan mampu mengubah Malaysia...jangan mimpilah" kata isterinya.

Yusri membuat kira-kira, dalam usia 40 tahun dia tidak dapat mengubah negaranya Malaysia, tak apalah pujuk hatinya lalu dia mengecilkan sedikit cita-citanya. "Aku akan bermula untuk mengubah negeri ku dulu..." bisik hatinya.

Bermula satu lagi episod, pagi petang siang malam tidak ada lain yang diperkatakannya kecuali hasratnya nak mengubah negerinya supaya lebih maju dan sebagainya.

Sepuluh tahun berlalu dan usia Yusri menjadi 50 tahun, anaknya bertambah menjadi 7 orang dan belum ada yang ke menara gading. Wajah Yusri semakin cengkung dan kelihatan seperti orang yang telah berusia 60 tahun. Dia sudah agak kurang bercakap, dirinya kurang terurus, anak dan isterinya kurang terurus, hutangnya dengan Pak Lang semakin banyak. Akhirnya dia menghilangkan diri.

Berbeza dengan Pak Lang, kedai kopinya semakin maju, semakin cantik, semakin bersih dan pelanggannya semakin ramai. Jika 30 tahun dahulu ketika dia baru berniaga dia hanya mempunyai sebuah motosikal, kini dia telah mempunyai kereta Naza Ria dan sebuah Mercedes, sebuah rumah berkembar dan sebuah rumah teres.

Anak-anak Pak Lang semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dalam usianya 54 tahun dia telah membuktikan bahawa dengan kerja kuat dan fokus dengan perniagaannya, dia boleh berjaya. Namun kini Pak Lang kehilangan kelibat Yusri, kedainya sudah tidak lagi dihiasi oleh temberang Yusri. Pak Lang merasakan Yusri mungkin berkecil hati kerana tidak lama sebelum Yusri menghilangkan diri dia ada berbual dari hati ke hati dengan Yusri.

"Sudah muak aku mendengar temberang kau, sudah 30 tahun kau berangan-angan nak mengubah itu dan ini, tapi habuk pun tarak...Ginilah aku harap kau mengubah diri kau terlebih dahulu sebelum kau bercakap nak mengubah dunia, negara dan negeri kau.." Pak Lang teringat kembali antara kata-katanya terhadap Yusri. Lepas daripada itu Pak Lang perasan yang Yusri jarang ke kedainya dan akhirnya hilang terus...Kini jauh disudut hatinya dia merasakan terlalu rindukan Yusri...


Yusri dan rakan-rakan sedang menyemak PV




jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Aug 27 2007, 1:43 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise


view changes

- complete history)
Keyword tags: To Change The world
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.