Changes
Key: Additions Deletions
Hari ini Rabu 19 Jun 2007, saya sempat menonton siaran berita di TV3 jam 1.30 tengah hari. Selain daripada kisah Perbicaraan Altantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, saya terkedu juga dengan satu berita dari luar negara.
Penduduk Pakistan dan Iran sedang membuat bantahan keras kerana Kerajaan Tony Blair telah menganugerahkan gelaran Sir kepada Salman Rushdie. Gelaran itu diberikan atas sumbangan Salaman Rushdie dalam bidang kesusasteraan.
Kerajaan Iran dan Kerajaan Pakistan telah membuat bantahan serta memanggil Duta England mengadap Kementerian luar kedua-dua negara tersebut.
Betulkah Salman Rushdie seorang ahli sasterawan yang layak menerima anugerah tersebut atau Tony Blair sebelum bersara masih ingin menunjukan kebenciannya terhadap dunia Islam dengan memberikan anugerah itu.
Beberapa hari dahulu cadangan beliau untuk menganugerahkan gelaran yang sama kepada bekas kapten bolasepak England, David Bechkam tidak menjadi kerana menerima bantahan dari ramai orang dan banyak pihak.
Bagi dunia Barat jika ada cara untuk melanyak Dunia Islam, mereka akan lakukan. Iran pernah mengeluarkan Fatwa untuk membunuh Salman Rushdie kerana penulisannya yang berbentuk menghina Islam dan Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. pada tahun 1989.
Sejak itu Salman menjadi orang perlarian dan mendapat perlindungan Barat. Beliau sentiasa bersembunyi dari satu tempat kesatu tempat yang lain takut nyawanya terancam.
Salman Rushdie bukanlah nama besar untuk diagung-agungkan oleh sesiapa sahaja. Tetapi beliau mendapat penghargaan atas keberaniannya menghina Islam. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis penghinaan Barat terhadap Islam samada yg secara sembunyi atau terang-terangan.
Apa yang kita sebagai umat Islam boleh buat? Tak ada apa. Cuma kadang-kadang kita nampak rakan-rakan kita dari pelusuk negara Islam berkumpul bakar patung itu dan bakar patung ini.
Bolehkah kita secara serentak halau Duta2 England balik bercuti seminggu ke negaranya. Tak perlu rakyat bertindak bakar itu, bakar ini, kerana tak ada kesan. Tetapi jika semua negara Islam secara serentak halau duta dia, wah mungkin Tony Blair buka mata.
Tapi bolehkah? OIC ada kepentingan lain, Indonesia ada kepentingan lain, Arab Saudi, Bahrin, Brunei, Malaysia, Bangladesh, Oman, Kuwait, Iraq, Pakistan, Iran, Rusia ataupun Turki sudah tentu mempunyai kepentingan yang berbeza.
Palestine lagi tidak tahu diuntung, ada duit, ada senjata berbunuhan sesama sendiri. Israel dan Amerika tepuk tangan, senang hati, tugas mereka dah dijalankan oleh Hamas dan Fatah.
Iraq tak yah cerita lah, hancur lebur. Semuanya itu terjadi atas penipuan Barat yang semua orang tahu, tapi semua orang tak boleh buat apa-apa. Entahlah..
Lomeh den mikirkan nyo..