KONVENSYEN SMART NACO 2007This is a featured page


SPD ZUL HASSAN DENGAN ZUL SALLEH




Dua hari selepas selesainya Konvensyen Smart Naco 2007 di Palace Of Golden Horses, saya menyemak blog rakan-rakan. Masih belum keluar cerita tentang Konvensyen, kecuali yang di tulis oleh Normala dan Zulkifli Sallaeh. (Zul Pendang)

Gambar pun belum ada. Normala nampaknya bersemangat waja untuk naik ke pentas pada tahun depan. Saya yang terawal mendoakan beliau disamping azam saya agar tiga orang downline saya juga berpeluang untuk menerima anugerah pada tahun hadapan.

Sdr Zul Pendang menggariskan 3 kreteria bagi dirinya untuk terus maju iaitu: Pengurusan Masa, Segera Bertindak dan Fokus Yang Jelas, Tepat serta Tetap Kepuncak Kejayaan. (Klik Nama di atas untuk mengikuti blog beliau)

Saya dan keluarga serta downline seramai 26 orang Dewasa dan 7 orang kanak-kanak datang ke Konvensyen dengan menaiki bas. Pada mulanya saya ingin memandu NBJ50 (Mercedes E200 Kompressor saya) untuk ke sana dengan isteri saya. Ek sikit nak tunjuk pada Fauzan.

Malangnya kunci kereta saya tidak boleh digunakan. Kereta canggih ni, bukan boleh silap sikit. Akhirnya saya dan isteri turut menaiki bas, bagus juga, dapat bercerita dengan mereka. Turut sama ke Konvensyen kali ini ialah nenek saya Serak Binti Yunus yang berusia 104 tahun. Dia kurang berminat untuk hadir tetapi saya tak sampai hati untuk meninggalkan dia keseorangan di rumah.

Jika ada yang tidak selesa memandang beliau jalan terpaksa dipimpin dan dengan tongkatnya masuk ke Royal Ballroom, saya mohon maaf. Saya yakin nenek saya merupakan ahli tertua Smart Naco. Pihak syarikat sepatutnya memberikan anugerah khas kepada beliau. Tetapi tak mengapalah, mungkin tahun hadapan nenek saya akan naik ke pentas menerima anugerah President Director.

Nenek merupakan sumber inspirasi terhebat saya. Saya masih ingat ketika ahli keluaraga saya yang lain masih ragu-ragu untuk menyertai Smart Naco, nenek saya dengan selamba dan tanpa ragu menghulurkan IC nya untuk menjadi ahli..

Bagi saya dan keluarga, berkunjung ke hotel lima dan enam bintang adalah merupakan satu keseronokan. Kami tidak pernah melepaskan peluang yang terhidang setiap kali ada kesempatan. Nenek juga selalunya akan ikut. pernah beliau terjatuh di tangga berjalan Di Berjaya Times Square, kerana tidak begitu pantas untuk mengangkat kakinya.

Di Konvensyen ini semasa belon dijatuhkan, saya dan isteri melihatnya dari atas pentas dan isteri saya segera mengingatkan bahawa nenek pasti terperanjat kerana dia seorang yang melatah...Tak apalah, dia sempat membawa tiga biji belon untuk dihadiahkan pada piutnya di rumah.

Bagi saya kehadiran yang begitu ramai di Konvensyen kali kedua ini amat membanggakan saya. Jika selama ini orang ramai atau pemain MLM mengatakan Smart Naco sudah berkubur, mereka sebenarnya silap. Kesanggupan pemimpin dari Singapura, Brunei dan Indonesia datang pada kali ini membuktikan bahawa Smart Naco akan pergi lebih jauh.

Saya melihat wajah-wajah gembira ahli-ahli Smart Naco yang kelihatan begitu mesra antara satu dengan lain. Mereka yang diberi penghargaan untuk berucap juga berjaya memberikan motivasi yang berkesan kepada semua hadiran.

Pihak Pengurusan yang di ketuai oleh Dato' Noordin Md Nor serta En Tan Keen Yew juga kelihatan selesa dengan ahli-ahli biasa. En Yunus memang diakui sebagi seorang juruacara yang mantap. Cuma saya dapat mengesan kenapa En Azhar Mohd Daud, Pegawai Pemasaran kita agak kelihatan sugul sepanjang majlis. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan hati beliau. Jika saya berpeluang kelak saya akan tanya beliau kenapa.

Pada Konvensyen ini juga pihak syarikat melancarkan dengan rasminya produk terbarunya iaitu Primalex. Saya optimis produk ini akan berjaya menembusi pasaran dan mampu bersaing dengan produk yang seakan sama dengannya.

Untuk para ahli yang ingin menjual primalex saya sarankan supaya memberi penekanan kepada fungsinya yang mampu mencegah kanser prostat dan membantu mengelakan penyakit buah pinggan yang digeruni itu.

Primalex boleh membantu mencuci darah dan ini akan mengurangkan beban buah pinggang. Jika diambil berterusan pengaliran darah akan menjadi semakin lancar dan ini sudah pasti membantu dalam urusan seksual..Eh wah.. macam pakar pulak saya jadinya..

KONVENSYEN SMART NACO 2007 - JOKISE COOL SITE

DALAM KOTAK ADA LAPAN BIJI
HUBUNGI JOKIDEN JIKA MAU
RM15 HARGA SEBIJI
SIAPA MAKAN SIAPA TAU

Jika ada pun sedikit kekurangan pada Konvensyen ini bagi saya ialah baju T yang terdapat di dalam beg. Saya terkejut dengan kualitinya yang rendah dan tidak selesa untuk di pakai. Sepatutnya baju ini dari jenis yang berkuali dan ahli boleh memakainya untuk kemana sahaja termasuk untuk minum dan bersantai di Coffee House atau untuk ke Padang Golf seperti yang saya selalu war-warkan.

Kemudian seperkara lagi saya berpendapat dengan kehadiran yang melebihi 1000 orang pihak syarikat sepatutnya menyediakan lebih banyak hadiah cabutan bertuah dan menyediakan nasi lemak bungkus dalam beg tersebut, bukannya roti. Tetapi rotipun oklah boleh jugak. Cuma yang tak sempat lunch mungkin terasa lapar sedikit...


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Apr 11 2008, 7:02 AM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

1 image deleted
1 widget added

view changes

- complete history)
Keyword tags: convention
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on Wetpaint Central.)