KUASA PENGIKLANANThis is a featured page


KUASA IKLAN

Pada 9 November 2007, hari Jumaat yang lalu pihak Pengurusan Smart Naco telah mengadakan perjumpaan dengan leader Kawasan Tengah bertempat di Stokis Shah Alam. Perjumpaan bermula jam lapan malam.

Saya antara yang di jemput. Kehadiran agak ramai juga antaranya SPD Abdullah Sani, SPD Cikgu Matsom Rajikij, SPD Hj Rahman, SPD Rashidi, SPD Normala, SPD Fauzan, SPD Rahim, SPD Adlu, SPD Azhar Wahab dan beberapa orang lagi. Pihak Pengurusan di wakili oleh CEO Dr Yoe dan En Azhar Mohd Daud.

Inilah antara kehebatan Smart Naco, Pengurusan, Pemimpin dan Pengedar sering bertemu dan berdailog demi untuk kebaikan semua pihak. Saya amat tidak bersetuju sekiranya setiap kali perjumpaan antara Pengurusan dan Pemimpin diadakan, komunikasi hanyalah sehala.

Maksudnya Pihak Pengurusan telah siap dengan segala agendanya dan hanya menyampaikan kepada kami untuk dilaksanakan. Bagi saya komunikasi mestilah dua hala, bukannya sehala. Saya juga tidak berminat apabila pihak Pengurusan memberitahu bahawa segala perancangan yang hendak dijalankan tersebut telahpun mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pandangan serta pendapat para pemimpin.Betul ke?

Untuk pengetahuan sesiapa sahaja, saya apabila membuat promosi atau motivasi samada kepada prospek baru atau ahli lama, cara saya adalah konsisten iaitu saya akan memperkatakan segala yang baik tentang syarikat, tentang produk, tentang pengurusan, tentang masa depan.

Saya tidak akan sekali-kali menjatuhkan reputasi syarikat. Semua yang saya sampaikan adalah yang baik-baik belaka. Saya tidak sekali-kali kondem syarikat yang saya tumpang untuk berniaga. Didepan para ahli dan para prospek, saya akan memuji Smart Naco sehabis daya. Saya pertahankan semua keputusan syarikat. Dalam hal ini pihak syarikat boleh mempercayai saya. Contohnya saya terpaksa tunggang langgang, tergolek terlentang untuk mempertahankan kenapa syarikat menetapkan harga Primalex RM98.00 sekotak. Tuan Hj Rahman siap dengan perkiraan peratus demi untk menyakinkan bahawa harga Primalex tersebut amat berpatutan sekali.

Namun apabila saya berpeluang berhadapan dengan pihak Pengurusan pula, peluang tersebut saya gunakan sebaiknya untuk membela kepentingan ahli, para pemimpin, pengedar dan pengguna. Saya bukannya mengkritik tanpa asas, saya menyampaikan perkara sebenar without fear or favour.

Saya menyuarakan suara hati ramai kepada pihak Pengurusan untuk di pertimbangkan. Saya amat percaya dengan win-win situation. Menang-menang. Syarikat maju, stokis maju maka ahli akan maju dan mendapat menafaat. Ahli maju, leader maju, maka syarikat juga akan mendapat menafaat. Mesti ada sokong menyokong.

Syarikat jangan menganggap telah berbuat sedaya upaya untuk ahli dan ahli juga jangan berfikiran sudah kehabisan daya untuk membantu syarikat. Apa juga keadaannya saya sentiasa berfikiran bahawa mestia ada satu kaedah terbaik untuk keuntungan kedua-dua pihak.

Dalam pertemuan pada hari Jumaat lepas saya seperti biasa tidak boleh hanya berdiam diri dan membiarkan sahaja pihak Pengurusan menjelaskan agenda syarikat tanpa memberikan pandangan saya yang saya kira mewakili majority ahli. Saya benar-benar berharap sekurang-kurangnya En Yunus atau Cik Hazila akan membaca blog saya ini.

Segala perancangan pihak Syarikat seperti yang disampaikan oleh En Azhar dan Dr CEO, saya sambut baik dan saya sokong. Program-program yang dirancang bagi bulan Novemember dan Disember saya kira amat baik.

Namun begitu saya juga tidak dapat menahan diri saya daripada bercakap dan saya akan terus menyuarakan pandangan saya sehinggalah saya dibuktikan silap oleh sesiapa sahaja atau oleh pihak Pengurusan. Saya konsisten dalam perkara ini dan telah saya ulang banyak kali, saya telah tulis dalam blog ini tidak lama dahulu dan kini saya ulangi lagi. Saya masih teguh dengan keyakinan saya dalam perkara ini. Ikuti saran saya ini seterusnya.

Bagi saya orang menyertai mana-mana syarikat MLM dalam dunia ini tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan sumber kewangan agar hidup mereka berubah, memperolehi pendapatan yang lumayan, mewah berbelanja, beli asset, dapat melancung dan sebagainya.

Jika ada yang mengatakan bahawa mereka menyertai MLM hanyalah untuk sihat, untuk cantik, untuk suka-suka, untuk dapat produk harga murah (walaupun harga ahli yg murah dalam MLM masih mahal daripada harga di luar) untuk cari kawan, untuk cari lessen keluar malam dan balik lewat pagi, saya tidak sekali-kali akan berkongsi pendapat tersebut. Saya tidak akan bersetuju.

Begitu juga bagi saya mana-mana syarikat atau orang perseoranagan dalam dunia ini, di Amerika, Jepun, Indonesia, Taiwan mahupun Australia apabila menubuhkan syarikat MLM, matalamat utama mereka ialah duit. Bisnes. Jika ada tujuan lain umpamnya hendak berbakti, hendak menolong orang, hendak membantu orang sihat, orang cantik, membantu menjualkan produk syarikat kawan dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan, bagi saya itu adalah sampingan. Fokus utama tetap untuk mencari wang.

Telah beberapa kali saya tekankan kepada syarikat, mungkin dengan adanya iklan yang tidak seberapa hebat dan kos yang tak sampai RM10,000, syarikat akan dapat menjual Nacofe RM8 juta sebulan. Culculation ini telah saya buat dahulu. RM10,000 bagi dengan RM8 juta berapa persen tu?

Memanglah membuat iklan syarikat terpaksa keluar belanja, tetapi jika iklan tersebut dapat membantu meningkatkan jualan dan meningkatkan keyakinan ahli maka dengan usaha itu syarikat TELAH MEMBANTU AHLI, MEMBANTU SYARIKAT DAN MEMBANTU STOKIS. Bukankah itu cara terbaik untuk mengekalkan perkongsian bijak dalam perniagaan ini. Hari ini pihak syarikat mahukan leader yang komited, ahli yang berwawasan, maka pelbagai latihan akan diadakan.

Hendak memupuk rasa cintakan Smart Naco supaya tidak pergi ke syarikat lain. Bagus saya setuju tetapi proses ini bagi saya mengambil masa yang lama. Syarikat mungkin boleh bertahan dengan adanya sedikit jualan atau holding power, tetapi bagaimana dengan stokis yang perlu membayar sewa, bayar gaji, kos pengangkutan, kos pengiklanan dan lain-lain kos.

Oklah, syarikat dalam tempoh enam bulan ini berjaya menwujudkan rasa cinta para ahli dan mereka tidak meninggalkan syarikat, tidak pergi ke syarikat lain, masih dengan Smart Naco, tetapi tidak berbuat apa-apa malah tidak maintain pun, apakah ini akan menguntungkan syarikat.

Baiklah, syarikat berpendapat ahli yang komited mesti membuat belian dan mengguna produk, mampukah ahli tadi menggunakan semua produk syarikat dan membayar beribu ringgit sebulan sedangkan pulangannya tidak seberapa. Sekali lagi saya masih berpegang, ahli hanya akan maintain sekiranya dia akan dapat bonus pada hujung bulan. Sekali lagi bahawa at the end of the day, money talk.

Kenapa orang meninggalkan Smart Naco dan mengejar peluang lain bagi saya ialah mereka sudah sukar hendak menaja, sukar hendak menjual dan sukar untuk meeting. Bila itu sukar, maka sukarlah duit nak datang, bila duit tak datang maka orang akan diam.

Bagaimana syarikat boleh membuat ombak kedua dalam hal ini, untuk menghidupkan kembali kemeriahan Smart Naco? Melalui latihan? Yes saya setuju. Pembentukan jati diri? Yes saya setuju. Melalui program yang berterusan? Yes saya setuju. Namun sejauh mana keberkesanan dalam masa terdekat?

Jalan penyelesaiannya ialah syarikat terpaksa membuat pujukan supaya para pengguna datang kembali dan menggunakan produk Smart Naco. Beritahu seluruh Negara, bahawa Smart Naco masih wujud, produk masih bagus, pelan tidak berubah, pejabat tidak berubah, stokis masih ada, Pengurusan masih sama dan produk baru terus dikeluarkan.

Jika syarikat berpendapat para leader harus memikul tanggung jawab ini sepenuhnya maka jawapan saya ialah, para leader kini telah hampir lemas. Jika diserahkan sepenuhnya kepada leader maka kemampuan leader untuk menemui kumpulan sasaran adalah terbatas. Dalam sebulan mungkin hanya 100 orang, dua bulan mungkin 300 orang itupun memerlukan kos yang banyak.

Jika syarikat membuat iklan, tak perlu tunggu dua bulan, dalam tempoh dua minggu sahaja kumpulan sasaran yang boleh dicapai mungkin mencecah 100,000 orang. Berbaloi tak? Tuan-tuan jawab sendiri. SPD Normala yang mengeluarkan iklan dalam Berita Online juga terpaksa membayar kos tertentu dan telah terbukti, terdapat sambutan yang memberangsangkan.

Syarikat minyak BP tidak mampu menyaingi iklan Petrons dan Shell, hari ini sudah ketinggalan dari segi jualan. Suatu ketika dahulu KFC sudah disaingi oleh Mcdonald, jualan merosot, maka timbullah iklan KFC. Suatu ketika dahulu Colgate telah disaingi oleh ubat gigi darkie, ubat gigi zaitun, halal maka keluarlah iklan colgate yang menekankan tentang halalnya.

Akhirnya saya berpendapat kuasa iklan boleh menentukan hidup mati sesebuah syarikat. Rayuan saya kepada syarikat, batulah kami yang masih komited ini dengan mengeluarkan iklan, walaupun iklan murah tetapi tetap berkesan kerana kumpulan sasaran yang mampu dicapai akan lebih luas.

Bila ramai yang memerlukan produk hasil daripada iklan tadi maka bolehlah leader2 dan pengedar ke hulu kehilir menghantarkan produk kepada pengguna yang berminat. Para leader pula jika hendak menyumbang, buatlah potongan bonus kepada syarikat dan kongsilah kos pengiklanan tersebut. Jika syarikat untung kita juga akan untung. Semuga Berjaya.

Jokiden,
Seremban, 11 Nov 2007.


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Nov 12 2007, 4:26 AM EST (about this update About This Update jokise Edited by jokise

6 words added
5 words deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: iklan
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.