MASIH DENGAN SMART NACO?This is a featured page


Seminar SDT 2, Smart Naco Pada 20/10/07

Bila sesekali bertemu dengan rakan-rakan lama, biasalah soalan seterio type akan dikemukakan "You buat apa sekarang?"...Bila saya memberitahu mereka bahawa saya masih meneruskan perniagaan saya dengan Smart Naco, mereka akan menunjukan reaksi yang pelbagai..

Ada yang menunjukan reaksi separuh terperanjat dan bertanya kembali dengan nada dibuat2 hairan atau kagum "Masih dengan Smart Naco...?" Harapan mereka mungkin biarlah saya juga seperti mereka telah lama meninggalkan syarikat tersebut dan melakukan perkara lain.

Ada juga yang bertanya sinis "Smart Naco ada lagi ke..?" maksud soalan itu sebenarnya apakah Smart Naco masih memberikan pulangan lumyan setelah melalui zaman kesuraman sejak tahun lalu. Ada juga yang bermuka selamba lalu memperkenalkan syarikat lain kepada saya.

Diruangan yang terbatas ini saya ingin menjelaskan sedikit kenapa saya masih menjalankan BIZ ini, walaupun tidak sampai 3% downline saya yang berjumlah lebih 13,000 orang tersebut yang masih aktif. Selebihnya telah berhenti, berpindah ke syarikat lain, berniaga sendiri atau masih ke hulu ke hilir mencari sesuatu tanpa sebarang kepastian. Dalam ertikata lain terdapat begitu ramai yang masih terus-terusan menggali perigi seperti kata En Yunus tersebut.

Kita bila menggali perigi dan telah bertemu sedikit punca air, walaupun kita telah agak letih, jangan terus berhenti menggali kerana adanya sedikit air bermakna di situ ada punca air. Jika kita mahukan air yang banyak, tindakan bijak ialah teruskan menggali untuk beberapa meter lagi. Janganlah apabila sumber air itu sedikit kita terus berhenti menggali dan cuba pula beralih ke tempat lain untuk mencari air yang lebih banyak.

Oleh kerana tempat kita menggali tadi juga merupakan hak bersama dengan orang lain, maka ada kemungkin orang yang datang kemudian turut menggali dan mneyudahkan kerja kita tadi. Maka dengan sedikit usaha sahaja lagi air yang banyak ditemui..beruntunglah orang itu.

Industri Multi Level bukanlah sesuatu yang baru atau yang asing bagi saya. Pengetahuan tentang syarikat jualan langsung, direct selling, networking, binary atau apa sahaja yang kita ingin namakan, sememangnya ada dalam pengetahuan am saya sejak dahulu lagi. Dalam usia sebegini saya selalunya dapat membuat penilaian serta keputusan sendiri tentang pilihan saya.

Saya berkata demikian kerana hampir setiap hari saya dihubungi samada secara direct approach, melalui panggilan telefon, SMS, email ataupun flyers yang mengajak saya melakukan pelbagai perniagaan ataupun menyertai syarikat-syarikat baru. Jika itu semua ingin saya layan, bayangkanlah setiap hari saya menerima pelawaan hampir dua ribu kali walaupun ada diantaranya yang menghantar pelawaan secara berulang kali.

Sebenarnya saya tidak mudah terpengaruh dengan gambaran yang dihidangkan di hadapan saya dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai yang banyak, kereta besar, rumah besar, handphone canggih, lepak di coffee house, pakaian berjenama ataupun percutian mewah.

Lama dahulu saya telah membuat beberapa ketetapan. Antaranya bahawa saya tidak akan mencemburui setiap kejayaan dan pencapaian orang lain. Saya juga percaya rezeki setiap orang tidak sama. Saya selalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Saya amat memahami bahawa kejayaan...(hahaha..ketika saya menulis ini anak bongsu saya menghantarkan hp saya, saudara mizi bertanyakan saya "abang buat apa sekarang...." saya kata masih Smart Naco. Dia kata nak jumpa saya kejap lagi. Saya kata selepas jam sepuluh kerana sebentar lagi saya akan ke Kondo Pak Rizal di Mantin, rumah terbuka..) tidak datang sendiri tanpa usaha yang gigih. Saya juga amat mengerti bahawa hanya kita yang boleh menentukan kejayaan kita. Just do it.

Malam tadi ketika saya melayan keluarga Yusri yang datang beraya di rumah saya, seorang daripada upline saya menelipon mengajak saya buat benda lain. "Produknya lebih hebat daripada Primalex, sekali makan tiga hari tak turun". Katanya.

Petang tadi ketika bersama isteri saya menghantarkan IgG Plus ke Taman Pinggiran Senawang, saya terima SMS dari seorang leader yang ingin memperkenalkan satu MLM terbaru. "Baru lancar semalam jangan ketinggalan..." Katanya. Jika tak silap saya sejak April lalu leader ini telah mengajak saya menyertai lebih daripada 5 syarikat. dimana fokus beliau sebenarnya. Saya suruh isteri saya sahaja yang membaca SMS itu..

Kepada rakan-rakan yang mengenali saya, kepada yang tidak mengenali saya, kepada leader-leader yang pernah mendengar nama saya dan kepada sesiapa sahaja pemain MLM masa kini, saya ingin menyatakan bahawa saya kini bersama Smart Naco dan mungkin untuk satu tempoh yang agak panjang. Maknanya tak perlulah bersusah payah nak ajak saya buat benda lain.

Kenapa saya ingin terus bersama Smart Naco? Well, saya telah jatuh cinta dengan syarikat ini.
Seperti orang lain saya mempunyai alasan saya tersendiri.

Bila kita memutuskan untuk melibatkan diri dalam MLM, tentulah kita telah membuat kajian atau penelitian tentang beberapa perkara sebelum pilihan muktamad dibuat.

Pertamanya yang kita mesti pastikan ialah tahap keyakinan diri kita terhadap kemampuan syarikat, keteguhan syarikat, komitmen syarikat, hala tuju syarikat, wawasan syarikat, perancangan syarikat, pembayaran bonus oleh syarikat dan juga pengurusan syarikat. Semua perkara baik dan asas itu saya dapati ada dalam Smart Naco dan saya yakin serta tertarik kepadanya sejak dari mula lagi. Sejak dari awal hingga kini Smart Naco tidak pernah gagal membayar bonus kepada pengedarnya. Ada sesiapa yang ingin membantah kenyataan ini?

Seorang kawan saya apabila meninggalkan Smart Naco pada tahun lalu, semata-mata kerana ingin menjadi 001 kepada sebuah syarikat lain, hari ini masih terkial-kial untuk membina kumpulannya. Beliau menyertai beberapa syarikat baru dan memang berjaya menjadi 001 dari NSDK, namun waktu menyambut Hari Raya yang baru lepas syarikatnya tidak membayar bonus yang sepatutnya beliau terima. Sungguh malang, dan saya dapat tahu pihak syarikatnya memang selalu lewat membayar bonus ahlinya. Seorang lagi rakan saya pernah memberitahu bahawa bonusnya cuma RM4.50 sebulan, pun tidak dibayar oleh syarikat itu.

Di Smart Naco perkara seumpama itu belum pernah terjadi. Dari RM4.10 hingga RM100,000.00 bonus kita tetap dibayar tepat pada waktu yang dijanjikan. Malah untuk menyambut hari lebaran yang baru lalu, Smart Naco telah mempercepatkan tarikh pembayaran bonus untuk September.

Kita juga memberikan perhatian yang serious kepada produk sesebuah syarikat tersebut. Saya dapati produk Smart Naco adalah antara yang terbaik, bermutu, mudah dijual, mempunyai repeat sale, tidak asing bagi pengguna, dibungkus dengan menarik, tidak memalukan untuk dipromosikan, diperlukan oleh pelbagai peringkat dan lapisan pengguna..(Bersambung lagi..)

Susu IgG Plus colostrom awal lembu umpamanya jika digunakan dengan mengikuti saranan syarikat sudah pasti bermenafaat kepada semua orang. Jika susu ini tidak baik, masakan begitu banyak syarikat lain yang menjadikannya sebagai produk utama syarikat. Jika ada yang terlupa susu IgG Plus tulin Smart Naco diperlukan oleh 26 juta penduduk Malaysia, 210 juta penduduk Indonesia, 450,000 orang penduduk Brunei dan 3.5 juta penduduk Singapura. Potensi pasarannya cukup luas dan tidak membimbangkan saya.

Jika ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa orang tidak perlukan lagi susu IgG Plus, maka bagi saya itu hanya alasan yang direka untuk menghalalkan tindakannya menjual benda lain. Itu hanya tanda bahawa dia sendiri tidak mengambil produk syarikat..

Jika susu sudah sukar di pasarkan, beralihlah pula kepada Primalex. Sebanyak 26 juta rakyat Malaysia bimbang di jangkiti kanser prostat dan penyakit buah pinggang. Mereka adalah pelanggan kita. Hampir separuh daripada 26 juta tadi masih inginkan prestrasi seksual mereka berkesan. Primalex boleh membantu perkara-perkara di atas.

Jika Primalex sukar dipasarkan atas alasan hanya orang tertentu yang memerlukannya kita boleh saja menjual nacofe. Minuman ini diguna olehkan oleh lebih 10 juta penduduk Malaysia setiap hari dan berulang-ulang kali. Hanya kita perlu berusaha lebih sedikit.

Ok semua itu susah, kita masih ada Jelly Gamat. Ingat setiap orang takut dengan penyakit asma, Jelly Gamat boleh membantu. Itu Pasti. 26 juta rakyat Malaysia, tidak semuanya cukup mengambil sayur setiap hari. Jalan mudah untuk menggantinya ialah dengan mengambil Spirulina yang cukup berkhasiat tersebut.

Kemudian kita ada Gamat lotion yang cukup wangi, murah dan boleh melembab dan mencantikan kulit. Tidak cukup dengan itu kita boleh tambah super clay yang bermutu dan ini sebenarnya boleh digunakan oleh kaum wanita dan lelaki.

Eh lupa pulak saya, alah membeli menang memakai, kita ada lub extra untuk menjamin injin kereta kita supaya sentiasa tip top. Jika kita mengservis kereta kita setiap 5000 km, dengan adanya lub extra kita boleh tahan sehingga 10,000 km.

Wanita yang ingin mengembalikan keadaan diri mereka kembali seperti zaman anak dara dan boleh mengiurkan suami atau sesiapa sahaja yang memandang, kita syorkan kepada mereka Jus Pati Kurma dan Woman Lobata.

Segala penyakit dalaman berpunca daripada usus yang kotor dan penuh toxsin. Sekurang-kurang nya tiga parempat daripada penduduk Malaysia bimbangkan perkara ini. Kita syorkan sahaja Green Factor, Alfalfa dan Meiyen Gold. Produk ini pasti membantu.

Syarikat mana pun yang kita sertai produknya tidak jauh berbeza dan lari daripada konsep kesihatan, kecantikan, penambahan tenaga atau awet muda dan pencegahan penyakit. Saya dapati semua produk yang terdapat di Smart Naco adalah sama mutunya dengan syarikat lain. Jadi apabila saya telah mengiktiraf kebaikan produk Smart Naco terutamanya P17, perlukah saya mencari produk lain? Jawablah sendiri.(Hehehe, stop dulu nanti sambung, ada orang call nak Primalex..duit tu..bersambung lagi)

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah
Syarikat bagus dan akan pergi jauh, mungkin akan tersenarai di BSKL suatu masa nanti, produk telah terbukti berkualiti, berkesan, boleh dipasarkan, lalu faktor seterusnya yang menyebabkan saya tertarik dengan Smart Naco ialah pelan pemasaran dan pampasan untuk pengedar yang agak adil, mudah dicapai, tidak membebankan serta telus.

Dalam Smart Naco, bagi yang berusaha keras kenaikan pangkat amat mudah dan harapan untuk mencapai pangkat tertinggi iaitu Smart President Director dalam waktu yang singkat adalah cerah. Dengan hanya 3 orang President Director yang layak di bawah kita maka kita sudah bergelar Smart President Director. Ingat pangkat tidak akan turun walaupun bonus hanya tinggal RM200 sebulan.

Nak jadi Pengurus atau manager lagi senang, kumpul sahaja 3000 PV, dah layak tak kira masa, tiga hari, tiga minggu, tiga bulan atau tiga tahun. Dalam Smart Naco nak cari RM800 tak payah tunggu tiga tahun atau lima tahun. Bulan pertama boleh cecah RM1000 dengan hanya sponsor 20 orang atau jual sahaja 13 kotak IgG Plus, 10 kotak Primalex, 20 kotak Nacofe, 10 Lub Extra.

Eh lupa pulak saya, keseluruhan pay out syarikat ialah 88 peratus. Di level pertama kita dapat 4 peratus, org cuma 3 orang, level kedua 20 %, orang cuma 9, level ke tiga 15 % orang cuma 27 dan level ke empat 10 % orang cuma 81. Jika kesemua 81 orang tadi mempunyai jualan sebanyak 5000 PV dan dengan sistem blok, pendapatan kita dah cecah RM70,300.00.

Bukan seperti syarikat lain yang membayar bonus hingga level 10, 11 atau 12 tapi peratusnya cuma 0.02%, macam tak nak bagi bonus sahaja. Testimoni saya mudah sahaja, jika pelan Smart Naco tidak menarik, bagaimana suatu ketika dahulu beribu orang yang memperolehi pendapatan lima angka sebulan. Ada sesiapa yang nak menafikan perkara ini.

Jadi jika dahulu boleh, kenapa sekarang tidak boleh? Syarikat itu juga, Pengurusan masih sama, produk masih sama dan pelan masih sama. Tidak ada apa yang berubah kecuali penambahan produk. Jika dahulu dapat RM45,000.00 sebulan, kini dapat RM4,000, siapa yang harus dipersalahkan?

Jatuh bangun, pasang surut dan turun naik dalam perniagaan MLM adalah lumrah. Ini sudah menjadi tradisi MLM, menjadi ujian kepada syarikat, menjadi ujian kepada ahli, menjadi ujiaan kepada leaders dan menjadi ujian kepada pesaing2. Semuanya itu memerlukan ketahanan mental dan jati diri semua pihak yang terlibat.

Pergilah ke syarikat mana sekalipun, pindah randahlah kita, binalah kumpulan baru, carilah pelan yang lebih baik, jika kita tidak mempunyai jati diri, ketahanan diri, akhirnya kelak kita akan terus-terusan menggali perigi.

Saya tidak mahu semudah itu berpindah randah apabila apa yang saya cari telah saya temui. Sekali lagi saya ulang iaitu saya perlukan syarikat yang bagus, produk yang bagus dan pelan pemasaran yang bagus. Semua itu ada dalam Smart Naco. Leaders yang bagus tidak payah kita cari kerana ianya terlalu 'subjective' dan selalunya kita akan menganggap seseorang itu bagus selama mana dia memuaskan hati kita. Bila seseorang itu sudah tidak memberikan keuntungan lagi kepada kita, maka segala kebagusan dia tadi akan lenyap. Yang penting jadikan diri kita 'bagus' tetapi jangan pula berharap untuk menjadi 'bagus' kepada semua orang. kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.

Semalam seorang rakan saya memberitahu, bonus beliau dalam syarikat barunya selepas setahun telah mencecah RM8,500.00. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau, namun sewaktu beliau menjadi downline saya dalam Smart Naco dahulu, bonus beliau pada bulan ketiga sudah melebihi RM10,000.00.

Rakan saya juga menyatakan bahawa upline beliau dari Melaka berpendapatan melebihi tiga ratus ribu sebulan. Hairan juga saya kerana jualan syarikat tidaklah seberapa, jika seorang mendapat 300,000 sebulan, 10 orang dah berapa? adakah untung kompeni?. Mungkin dia ingin memberitahu saya bahawa peluang di syarikat barunya adalah lebih hebat berbanding di Smart Naco. Tak mengapalah, saya memberitahunya yang saya tidak berhajat untuk mengulangi perkara yang sama.

Maksud saya ialah, katakan saya tertarik dengan cerita beliau, lalu saya berpindah ke syarikat dia, meeting, motivasi orang, jaja pula produk baru, bawa borang baru, belajar marketing plan syarikat dia. Saya akan buat perkara yang sama tetapi tetap dalam syarikat yang sama iaitu Smart Naco.

Dimana sahaja kita berada, syarikat mana sekalipun kita sertai, siapa downline kita dan siapa sahaja upline kita, yang menentukan kejayaan kita hanya satu iaitu USAHA KITA. Faktor lain hanya sampingan atau sokongan. Jika usaha kita ala kadar, hasil yang kita perolehi juga akan hanya ala kadar.

Ada orang berkata faktor 'nasib baik' juga memainkan peranan, saya juga setuju. Namun ia cuma sekadar 20% daripada kejayaan. Lambang kegigihan ialah saudara Sazali Samad, jatuh bangun dan berjaya menjadi Mr Universe sebanyak 4 kali. Mungkin kerja mudah selepas ini ialah kutip sampah dan pergi jual ke Selangor, pasti dapat duit. sekilo 10 sen, kalau dapat 100 kilo sudah dapat RM10.


Kepada semuanya, saya masih dengan Smart Naco, sebabnya ialah, Syarikat, Produk dan Pelan pemasaran. Namun saya tidak meminta sesiapa sahaja untuk bersetuju dengan saya.

Kepada rakan-rakan yang masih dengan Smart Naco pesan saya, teruskan perjuangan, jangan give. Berhati-hati jika menerima call dari bekas upline anda kerana mereka mungkin nak mengajak anda melakukan perkara lain. Esok lepas mereka berjaya, anda masih terkial-kial, dia cabut lagi, dan buat benda lain. Selepas beberapa waktu dia mungkin akan call lagi dan memujuk anda menyertai dia dalam syarikat lain pulak. Jadilah orang yang sukar dipujuk.

Jika pun dia call dan memberitahu ingin kembali ke Smart Naco, anda sebenarnya tidak mendapat kebaikan daripada langkah dia itu kerana anda tetap downline dia. Biarlah dia kembali dan rujuk kepada Smart Naco, dan layanlah dia biasa sahaja.

Selamat Maju Jaya dari Jokiden.


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Oct 31 2007, 1:38 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

119 words added
2 words deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: IgG Plus Naco
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala LAKUKAN, LAKUKAN, LAKUKAN TERUSSSSSSSSSSSSSS ....... 0 Oct 28 2007, 11:34 AM EDT by Normala
Thread started: Oct 28 2007, 11:34 AM EDT  Watch
Encik Sharif, YOU ARE THE BEST!
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Showing 1 of 1 threads for this page