MENJELANG KONVENSYEN NACOThis is a featured page


Mood Konvensyen 2007

Saya cuba membuka blog rakan-rakan pada hari ini. Tidak ada yang terbaru dari mereka kecuali dari Zulkifli Salleh. Saya kira semuanya dalam mood untuk pergi konvensyen esok di Palace Of Golden Horses.

Saudara Zulkifli juga dalam perjalanan ke ibu kota, dan akan bersama dengan SST di Hotel Andaman Kuala Lumpur untuk menyambut rakan-rakan mereka dari Indonesia. Wah! saya jangka Konvensyen kali ini memang meriah.

Saya dan ahli-ahli saya Insyaallah akan ke sana esok dengan sebuah bas. Sehingga artikel ini ditulis sudah hampir 30 orang mengesahkan akan turut hadir dan selalunya pada saat akhir akan ada yang tidak jadi pergi dan akan ada yang tiba-tiba akan pergi. Biasalah.

Hari ini Sabtu, cuaca di Seremban tidak begitu cerah, maknanya cuaca mendung sejak awal pagi. Malam tadi seperti biasa kumpulan saya mengadakan meeting mingguan di Stokis Senawang.

Turut hadir ialah SPD Hj Rahman Abu, SPD Cikgu Mat Som, SPD Abdullah Sani dan SPD Azhar Abd Wahab.

Selepas meeting biasa kami mengadakan perbincangan antara kami mengenai latihan yang akan kami adakan bagi kumpulan Seremban dan Shah Alam.

Perbincangan kami yang dibuat secara santai tersebut berlarutan sehingga jam satu pagi. Pelbagai topik kami bincangkan.

Malam ini juga SPD Abdullah Sani tiba dengan kereta barunya iaitu C180 Kompressor berwarna kelabu yang baru beliau beli petang tadi. Dia parking sebelah kereta saya. Ini adalah lambang pencapaian beliau dalam perniagaan MLM.

Saya tumpang gembira dengan kemampuan beliau tersebut dan kereta Mercedes C180 tersebut kelihatan amat sesuai dengan beliau. Saya kira
SPD Cikgu Mat Som tidak lama lagi akan menurut jejak langkah beliau dan akan memiliki kereta seperti itu.

Kepada sesiapa yang belum yakin dengan perniagaan Smart Naco ini silalah membuat kajian semula kerana jika anda bersungguh-sungguh melakukannya pasti hidup anda berubah. Pokoknya ialah KEMAHUAN diri sendiri.

Semalam juga SPD Hj Rahman membekalkan kami dengan beberapa kotak Primalex. Tiga daripadanya kami buka pada masa itu juga dan semuanya ada voucer RM10.00.

Petang tadi semasa kami minum di sebuah gerai di Stadium Tuanku Abd Rahman seorang downline saya memberitahu bahawa dua kotak Primalex yang dia beli semalam juga mengandungi voucer RM10.00

Hanya beberapa orang yang tahu bahawa saranan supaya pihak syarikat memasukan voucer ke dalam kotak Primalex tersebut adalah datangnya daripada saya sendiri. Saya bertegas dan memohon jasa baik pihak pengurusan supaya melakukan promosi sedemikian rupa demi untuk meningkatkan jualan.

Saya difahamkan bahawa pihak syarikat memasukan voucer RM5.00 dan RM10.00 dalam kebanyakan kotak Primalex tersebut. Voucer itu hanya boleh ditukarkan kepada pembelian semula produk Primalex dan Green Factor.

Terima kasih Smart Naco kerana prihatin dengan saran kami. Kepada ahli-ahli Smart Naco yang sedang dalam perjalan untuk ke Konvensyen esok, saya doakan kalian selamat sampai dan selamat berkonvensyen. Jumpa anda semua di Palace Of Golden Horses.


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Aug 11 2007, 7:26 AM EDT (about this update About This Update jokise By Jokise - jokise

448 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: convention
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on Wetpaint Central.)