MOVE FOWARDThis is a featured page

About Me

Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Jokiden, berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Keluarga saya kesemuanya adalah sebanyak tujuh orang. Sekarang saya dan keluarga menetap di Negeri Sembilan.

JOKIDEN BERSANTAI MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Jokiden sebenarnya adalah loghat Negeri Sembilan. “Joki” bermaksud rezeki, sementara “den” bermaksud saya. Selamat datang kepada semua pelawat yang sudi membuka dan melayari laman ini.

Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap, tetapi saya ada menjalankan beberapa perniagaan yang ada kalanya menguntungkan dan ada kalanya pendapatan saya seperti peniaga lain juga iaitu berkurangan.

Adat berniaga, ada pasang surutnya. Seperti orang lain saya mempunyai IMPIAN tersendiri untuk saya capai dalam hidup ini. Impian saya samada khusus untuk saya secara peribadi, mahupun untuk keluarga saya serta orang-orang yang saya sayangi.

Kini saya masih berusaha keras untuk mencapai segala impian saya dan keluarga saya. Tanpa impian sebenarnya jiwa kita mati. Oleh itu saya berharap setiap orang mesti membina impian supaya jiwa terus segar dan bertenaga.

Wang Yang Banyak

Saya selalu mengatakan bahawa “Wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini, namun segala-galanya dalam hidup ini memerlukan wang” Saya rasa sesiapa sahaja tidak sukar untuk memahami maksud sebenar saya.

Okay saya bersetuju wang tidak mampu membeli semua perkara. Umpamanya kebahagian serta kedamaian hati tidak boleh dibeli dengan wang. Namun saya amat mengerti bahawa
tanpa wang apa bentuk kedamaian pun sukar kita miliki.

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Bila kita mempunyai wang yang banyak atau mencukupi untuk keperluan kita maka banyak perkara boleh kita lakukan dalam hidup ini. Memiliki banyak wang bermakna kuasa membeli kita tinggi. Andaikan begini sahaja, simpanan kita cukup untuk sepanjang hayat.

Kita mempunyai keupayaan untuk berbelanja harian. Kita mempunyai keupayaan untuk membayar bil hospital kita dan keluarga. Kita boleh menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan kita setiap bulan.

Kita boleh pergi bercuti kemana sahaja yang kita suka dalam dan luar negeri dan mampu membayar bil hotel serta tambang pengangkutan kita dan keluarga.

Rumah Besar MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Memanglah sekarang ini kami sekeluarga mempunyai rumah kediaman sendiri. Besarnya agak sederhana, terdapat perabut asas. Terdapat kemudahan asas termasuk semua bilik mempunyai pendingin udara sendiri.

Jika dibandingkan dengan rumah teres, memanglah kediaman kami nampak lebih hebat sikit. Saya juga tidak mengimpikan rumah seperti yang dimiliki oleh Donald Trump, David Beckham, Eric Chia ataupun Datuk Kadir Sheikh Fadhil.

Namun saya kerap melawat ke kawasan perumahan Bangsar Park, Kajang Country Height, Bukit Kenny, Taman Tun Dr Ismail, Sri Hartamas, Subang Jaya dan banyak lagi.
Mungkin Anda Punya Lalu saya berangan-angan jika saya memiliki rumah seperti yang di miliki oleh Datuk Yussof Haslam pun saya kira memadai. Angan-angan saya agar suatu hari nanti kediaman kami mempunyai kolam renang, spa sendiri, lobi mewah, tempat parking untuk tujuh buah kereta, ada taman yang kecil, ruang untuk menenangkan fikiran waktu pagi, petang dan malam.

Ah enaknya memasang angan-angan. Percuma tak kena bayarpun walau setinggi mana kita berangan-angan. Anda juga dijemput untuk berangan-angan.

Kenderaan Mewah

Tidak termasuk helicopter dan kapal layar, kerana susah nak parking, lagipun nak pergi mana nak naik kapal layar atau helicopter. Lalu kenderaan mewah yang saya maksudkan ialah dari jenis yang berjenama, jenis sport dan MPV.

Ramai orang memiliki kenderaan berjenama. Ramai juga yang mampu membeli tetapi tidak mahu memilikinya kerana pobhia dengan beberapa perkara seperti, cukai jalan tinggi, penggunaan minyak banyak kerana cc besar, barang ganti mahal jika rosak.

Ramai yang lupa bahawa kereta mewah dan berjenama tersebut bukannya dibuat untuk mudah rosak. Ada kalanya jika tidak berlaku accident, dari mula beli sampai jual tak pernah rosak.

Sebut Harga Sudah Ada RM4.7 Juta Tanpa Insurance. MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE Sebagai contoh, benarlah harga lampu kereta jenama Mercedes ataupun jaguar ataupun BMW lebih mahal daripada Nisan Sentra. Namun lampu kereta mewah itu bukannya dibuat untuk cepat rosak. Jika nasib kita baik dari tarikh kita membeli sehingga kita menjualnya kemudian selepas 7 tahun, kita tidak pernahpun mengganti lampunya. Sedangkan ada kemungkinan lampu kereta Honda accord second hand yang kita pakai mungkin lebih 10 kali kita kena tukar lampunya.

Mereka ini sebenarnya kawan-kawan saya. Kiri sekali Sdr Mat Zin memperolehi ratusan ribu sebulan. MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Alah membeli menang memakai. Bagi sesiapa yang mampu tu, janganlah berkira sangat, beli sajalah, rasai nikmat memandu kereta mewah, rasai auranya. Merc misalnya, kita namakan kemuncak alam pemotoran. Manjakan diri anda dengan kenderaan selesa. MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE Ada juga yang berkata, buat apa buang-buang duit, beli kereta mewah, kereta mahal, cukuplah kenderaan yang boleh berjalan, tak kena panas dan tak kena hujan. Jika itu impian kita, saya tak boleh berbuat apa-apa. Kita tengok sajalah orang lain pakai, kita tak perlu bersusah payah berusaha untuk memilikinya. MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Percutian Mewah Dan Bergaya

Salah satu hobi saya ialah melancong, bersama rakan-rakan atau bersama keluarga. Cuba bayangkan bila kali terakhir anda dan keluarga bercuti. Kemana anda pergi. Berapa bintang taraf hotel yang anda pilih untuk .menginap. Berapa malam atau berapa hari anda dan keluarga bercuti. MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE Lisbon

Dimana anda dan keluarga menjamu selera atau anda hanya membawa nasi bekal dari rumah untuk dua hari percutian. Atau anda berpendapat bercuti hanya membuang masa dan menghabiskan wang ringgit semata-mata. Terpulanglah…

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE Burj Of Dubai. RM9,999.00 semalam.

Tidak salah jika anda berangan-angan inginkan percutian yang serba mewah dan menyeronokan bersama keluarga atau sahabat handai. Saya selalu memikirkan untuk bercuti dengan kapal mewah bertaraf hotel enam bintang, jika tidak mengelilingi duniapun cukuplah sekadar mengelilingi Asia.

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE Langkawi Mesti Di Lawati Selalu. Kereta Kabel Gunung Mencincang. Bercuti di Langkawi pada hari ini bukan lagi murah. Semua barang telah naik termasuk harga makanan.
MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE
Di dalam Negara kita pada hari ini terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga. Genting merupakan salah satu tempat yang menarik dan menawarkan pelbagai produk pelancongan bagi semua golongan.

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Taman tema Genting terpilih sebagai Taman Tema paling popular di Asia untuk tempoh empat tahun berturut-turut. Namun percutian di sana juga bukannya murah. Harga tiket untuk setiap permainan yang disediakan seperti menaiki roket boleh mengerutkan dahi si ayah sekiranya anak mereka meminta untuk menaikinya.


Sekali lagi, jika kita tidak pernah mengimpikan untuk bercuti di sana, kita tidak mungkin akan sampai. First World Genting Lisbon Yang Menggamit Pelancong Star Cruise menawarkan pakej percutian yang hebat.

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE


Di atas kapal mewah itu kita boleh melupakan semua masalah yang menghantui fikiran kita. Di atas kapal itu kita dilayan dengan sempurna oleh kaki tangannya, tepai semua itu bukannya percuma.

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

Sekali pelayaran Cruise mewah selalunya membawa hampir 5,000 orang di dalamnya. Ini sekali congak jumlah yang berada di atas kapal itu melebihi keseluruhan penduduk di pekan kecil dalam negara kita.

Kuasa beli mereka yang berada di atas kapal tersebut juga amat tinggi. Puluhan ribu ringgit bertukar tangan setiap hari jika tidakpun ratusan ribu. Segala-galanya mewah dan bayaran atas semua jenis perkhidmatan juga tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai kemampuan, wang serta harga bayaran bukanlah soal pokok, sebaliknya kepuasan yang mereka cari. Jika anda ingin menambahkan satu lagi koleksi angan-angan anda, marilah kita mengimpikan untuk bercuti dengan Cruise mewah tersebut.

Membeli Belah

Walaupun pergi membeli belah di mana sahaja menyebabkan wang kita akan berkurangan, tetapi kegiatan itu juga merupakan salah satu cara untuk mendamaikan hati dan mencari kebahagian.

Ada orang apabila hatinya runsing, mereka akan segera mencari tempat untuk bershopping samada secara bersendirian, dengan rakan-rakan mahupun dengan keluarga. Udara nyaman di dalam pusat membeli belah amat menyegarkan minda. Jika anda tidak percaya pergilah ke Lot Ten, Berjaya Time Square, Suria KLCC, Sogo, Midvalley ataupun ke Bandar Sunway.

MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE MOVE FOWARD - JOKISE COOL SITE

HEALTH NEW PRODUCT SUCCESS STORY JOKIDEN


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Jul 3 2007, 12:50 PM EDT (about this update About This Update jokise By Jokiden - jokise

6 words added

view changes

- complete history)
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.