PELIK TETAPI BENARThis is a featured page


From Gengs Blog

Agak lama web ini tidak aktif. Komputer saya buat hal, line streamix pulak tidak beberapa bagus. Baru hari ini saya berpeluang untuk membuat catatan baru. Bila hari ini saya boleh melayari internet, saya terpaksa menghabiskan banyak masa untuk delete email. Jika tidak mail box saya akan jam.

Tadi sempat juga chatting sebentar dengan Normala dan SPD Hj Rahman. Mereka ini ahli Smart Naco yang bermotivasi tinggi. Mereka tahu apa nak dilakukan dalam bisnes ini.

Saya juga sempat melihat gambar2 Convention Smart Naco menerusi blog SPD Zulkifli Hassan. Kini saya menunggu blog PD Rizal pulak, dia tentu lebih banyak gambar untuk dimuatkan dalam blog dia.

Hari ini saya terima call dari En Salleh Ahmad dari Kg Kijeng. Mungkin ini kali pertama anda mendengar nama Kg Kijeng. Saya juga begitu. Jika anda ingin tahu dimana letaknya Kg Kijeng, anda kenalah membaca blog ini sampai habis.

En Salleh Ahmad merupakan seorang arkitek dan mempunyai firmanya sendiri yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor. Bila perbualan diteruskan, saya mengetahui bahawa pejabat beliau terletak tidak beberapa jauh dengan pejabat SPD Tn Hj Rahman.

Latarbelakang beliau juga hebat dan beliau mendapat ijazahnya dari seberang laut iaitu UK. memulakan perniagaan diketika kemelesetan ekonomi mula melanda negara kira-kira 12 tahun yang lalu.

Perwatakan En Salleh Ahmad sederhana namun beliau seorang yang mudah mesra walaupun kami hanya baru berkenalan. Pakaian beliau kemas dan menarik. Rambutnya tersisir rapi. Tidak terlalu berisi dan tidak pula kurus.

Suatu hari En Salleh Ahmad mengunjungi pusat borong Nilai 3, katanya mencari kain untuk dibuat langsir. "Raya dah hampir tiba..." katanya untuk menghalalkan tindakannya pergi ke Nilai 3 tersebut.

Setelah penat berjalan dalam cuaca panas di Pusat Borong tersebut, En Salleh memutuskan untuk berihat sebentar dan oleh kerana terasa haus dia menuju ke sebuah gerai yang terdapat di situ untuk membasahkan tekak.

Dia termenung sebentar memikirkan apakah minuman yang sesuai untuknya. Apabila pelayan kedai tiba, En Salleh Ahmad terpandang kepada satu poster yang terdapat di kedai itu. Apabila dia bertanyakan kepada pelayan tadi apakah jenis minuman yang terpapar di poster itu, pelayan itu sendiri tidak dapat menjelaskannya.

En Salleh ingin tahu, lalu dia menghampiri poster berkenaan dan membacanya. Habis dia membaca lalu dia bertanya kepada pelayan itu samada minuman itu ada dijual disitu. Pelayan itu memberitahu ada..

"Ok, bagi saya Nacofe satu, saya nak cuba " pinta En Salleh Ahmad. Dia amat berpuas hati dengan keenakan minumannyadan meneruskan tugasnya untuk mencari langsir dengan penuh bertenaga.

Setelah pulang ke rumah En Salleh Ahmad masih terasa keenakan Nacofe dan beliau mula resah memikirkan dimana harus dia mendapatkan minuman itu pada lain kali. Jika hendak ke Nilai 3, setiap kali teringin, maka tentulah tidak wajar kerana jarak rumah dia di Kg Kijeng begitu jauh dari Nilai 3.

Oleh kerana tidak tertahan rasa rindunya terhadap Nacofe, En Salleh Ahmad terus sahaja menelipon nombor yang terdapat di poster berkenaan. Mujurlah beliau seorang yang cekap berfikir dan tidak lupa memasukan nombor tersebut ke dalam hp dia.

Nombor itu kepunyaan downline saya En Anuar Amat. Dia yang menghantar Nacofe serta poster tersebut di Nilai 3 itu. Dua hari berturut-turut En Salleh Ahmad menghubungi En Anuar Amat minta dibekalkan dengan Nacofe.

Dua hari pula En Anuar Amat memberikan alasan, kerana jarak rumah dia dengan rumah En Salleh ialah hampir 70 km. Tadi selepas maghrib En Salleh menghubungi lagi En Anuar dan En Anuar terpaksa pula meminta pandangan serta bantuan saya.

Pelik tetapi benar, sekotak Nacofe mempertemukan En Salleh Ahmad, En Anuar Amat dan En Sharif Ahmad di sebuah warung di Sungai Pelik tidak beberapa jauh dari rumah En Salleh di Kg Kijeng, Sungai Pelik, Sepang, Selangor.

Nacofe juga mempertemukan En Salleh Ahmad dengan rakan karibnya yang telah terpisah sekian lama iaitu En Ayub Ahmad. Warung tempat kami minum dan berbual tersebut adalah milik En Ayub Ahmad.

En Salleh Ahmad membeli dua kotak Nacofe, dua biji Primalex dan terus menjadi ahli. Sementara En Ayub pula membeli Nacofe untuk warung dia dan akan menjadi ahli pada hujung bulan ini kerana teruja mendengar kebaikan susu Igg Plus yang sempat saya terangkan.

Tentang Nacofe, En Ayub terpikat sebab dua perkara. Pertama rakan karibnya En Salleh menyakinkan dia bahawa Nacofe memang istimewa "itu sebab aku sanggup call Anuar ni minta bekalan..." katanya pada Ayub.

Keduanya tidak lama selepas itu seorang lelaki cina yang merupakan pelanggan Ayub datang dan minta Tongkat Ali. Tanpa berlengah lagi kami memberikannya Nacofe. Setelah merasanya orang tionghua tersebut terus memuji Nacofe dan Ayub tidak ada pilihan selain daripada mengambilnya sekotak sebagai cubaan.

Dalam perjalanan pulang saya, Anuar dan Yusri membuat andaian bahawa tidak lama lagi kedai makan dan minuman di Sungai Pelik akan dibanjiri oleh Nacofe. IgG Plus sudah ada tempahan pada hujung bulan ini. Kami berharap En Salleh atau En Ayub akan menjadi mobile stokis di sana nanti...JALAN MESTI KEDEPAN, BUKAN KEBELAKANG.

JOKIDEN: jokiden5@yahoo.com, 012-2345889, www.jokiden.com

Untuk Lelaki






jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Aug 20 2007, 2:51 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

347 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: Nacofe Smart Naco
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala PELUANG ADA DI MANA-MANA 0 Aug 21 2007, 12:36 AM EDT by Normala
Thread started: Aug 21 2007, 12:36 AM EDT  Watch
Ye SPD Sharif, peluang ada di mana-mana. Kita yang perlu ambil tindakan - nak buat atau tertinggal di belakang. Satu lagi tentang produk Smart Naco, bila seseorang dah mengenali produk ini, mereka pasti akan jatuh cinta tergila-gila!!! Pasti ...
1  out of 1 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None
Showing 1 of 1 threads for this page