PONDANThis is a featured page

PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA PONDAN

China’s Han Peng tussles with Malaysia’s Muhammad Khaironnisam (front) and Mohd Fadzli Shaari in their match on Tuesday. — Pic: HASAN ISMAIL.
China’s Han Peng tussles with Malaysia’s Muhammad Khaironnisam (front) and Mohd Fadzli Shaari in their match on Tuesday. — Pic: HASAN ISMAIL

Beberapa waktu dahulu kedengaran kepada kita bahawa terdapat gelaran yang kurang enak diberikan kepada pasukan bolasepak kebangsaan. Mereka diberikan gelaran sebagai Pondan kerana asyik kalah dalam setiap perlawanan meskipun ada kalanya mereka kalah kepada pasukan yang lemah seperti Hong Kong atau Filipina atau Komboja.

Tetapi kalau pondan sekalipun jika diberi latihan yang mencukupi mungkin boleh memenangi sesuatu perlawanan. Lalu maksudnya pasukan Kebangsaan kita lebih teruk daripada pondan...

Ramai juga yang membantah dan marah dengan mengatakan bahawa gelaran itu agak keterlaluan. Berilah pasukan Malaysia peluang untuk membuktikan sesuatu...

Saya secara peribadi tidaklah menganggap pasukan negara kita sebagai pondan. Saya juga tidak bersetuju dengan panggilan tersebut.

Sebagai seorang rakyat yang masih meminati sukan bolasepak, saya tetap tidak berpuas hati dengan prestrasi pasukan negara sejak beberapa dekad dahulu. Kemerosotan mutu bolasepak negara begitu ketara.

Ini mungkin dua sebab, pertama pasukan negara memang telah meningkat mutunya dengan adanya semi-pro, tetapi pada masa yang sama, pasukan lawan yang suatu ketika dahulu menjadi 'ulam' kepada pasukan Malaysia telah jauh lebih maju dalam bidang bolasepak.

Kedua pasukan lawan masih seperti dulu, tidak maju, tetapi pasukan negara semakin merosot pula. Dalam dua situasi ini pasukan negara tetap berada di pihak yang kalah.

Semalam Malaysia bertemu dengan Cina dalam Piala Asia. Melihat kepada senarai pemain negara waktu ini, saya memberitahu seorang kawan yang beria-ia sangat hendak menonton perlawanan itu bahawa Malaysia akan kalah kepada Cina sebanyak 8 kosong. Kawan saya agak marah. Keputusan 5-1 tidak ada bezanya kerana Malaysia kalah. Cina bukan lagi 'ulam' Malaysia.

Prof Ungku Aziz atau Pak Ungku sejak 30 tahun dahulu menyarankan agar faktor pemakanan di peringkat sekolah rendah lagi harus diberikan perhatian. Beliau berpendapat faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menjamin kecerdasan otak dan pertumbuhan fisikal. Kata beliau jika ahli sukan Malaysia hendak menyaingi ahli sukan negara asing, saiz mereka mestilah besar.

Dalam sukan fisikal saiz memang memainkan peranan, tetapi bagaimana dalam sukan yang tidak memerlukan saingan fisikal, seperti lumba basikal, tenis, badminton, ping pong, bowling, gimnastik, renang dan takraw?

Semalam jika dilihat pemain Malaysia berbanding pemain Cina, mereka sebenarnya kalah dalam semua segi. Mereka tak cukup tinggi, mereka tak cukup pantas, mereka tak cukup skil, mereka tak cukup kreatif, mereka tak cukup fit, mereka tak cukup semangat, mereka tak cukup stamina, mereka tak cukup taktik dan mereka tak cukup ceria berbanding pemain Cina.

Lalu jika semua sudah ketinggalan sebelum perlawanan bermula, apa lagi yang ada pada pasukan Malaysia untuk memenangi perlawanan dengan Cina. Nasib baik?..

Nasib yang macam mana? harapkan dapat panalti 6 kali? Itupun belum tentu masuk, tengok siapa yang mengambil sepakan pula, bersediakah dia, yakin kah dia, gementar kah dia atau tendangannya liar.. Lalu jika pengadil memberikan sepakan penalti 6 kalipun belum tentu Malaysia menang, kalau masuk hanya 4, masih kalah lagi.

Tetapi nak dapat sepakan penalti, kesalahan mestilah berlaku dalam kawasan penalti.. jika pemain Malaysia tidak pernah berjaya memasuki kawasan penalti..macam mana?


PONDAN - JOKISE COOL SITE

Nak kata pemain bolasepak mesti besar, saya tengok, M Owen, L Messi, D Maradona, Nakata dan Wong Choon Wah, kecik je. Hassan Sani lagi kecik. Azizul Abu Hanifa lagi kecik, Abdah Alif pun kecik juga. Eh lupa pulak, Wan Zawawi pun sebenarnya pendek betul..

Nak salahkan Norizan Bakar, Rahman Mohamad, Dollah Salleh, Chow Kwai Lam, Bakri Ibni, tak boleh juga. Jurulatih, di luar padang bolehlah cakap, bila dalam padang apa dia boleh buat. Dia jerit suruh pemain kejar bola, kalau pemain jalan selamba je, macam ketipang payung, jurulatih naka buat apa? Nak ganti, cuma boleh tukar 3 orang je, kalau 10 orang tak kejar bola, tak kan nak tukar 10 orang.

Kalau panggil pun jurulatih dari luar, Hatem Soussi ke, Maradona ke, Arsene Wenger ke, Jose Maurinho ke, Alex Furgerson ke atau Beniteze sekalipun Malaysia tak boleh juga menang. KENAPA?

Budaya hendak menang tidak ada dalam jiwa pemain Malaysia hari ini. Mereka bangga ke dapat mewakili Malaysia? Entahlah..

Saya sebenarnya rindukan semangat pemain Malaysia pada era 70 an dan 80an. Kekuatan kepala Syed Ahmad, kepaduan tendangan Shaharuddin Abdullah, kelajuan larian Mokhtar Dahari, kelicikan Hassan Sani.

Waktu itu datanglah Sujipto dari Indonesia dengan pasukan hebatnya, mudah sahaja Santok Singh, Chin Aun, Jamal Nasir dan Namat Abdullah mengawalnya. Eh lupa lagi, Jamal Nasir ni pun kira pemain yang kecil tubuhnya, tetapi jangan harap pemain sayap lawan dapat mengatasinya.

Kalau barisan belakang ni bolos, Malaysia masih boleh mengharapkan ketangkasan dua tangan Arumugam, Rashid Hassan atau Wong Kam Fook di depan Gawang.

Saya tak mungkin dapat melupakan bagaimana Hassan Sani melarikan bola di sebelah kanan dan mengelicik pemain Korea pada saat genting, lalu berlari laju dan melorongkan bola kepada James Wong.

Saya terbayang lagi ketika itu penonton telah berdiri cemas, tetapi James Wong tidak terus menendang, dia tenang mengelicik seorang lagi pertahanan Korean, dan merembat ke dalam gawang.. Gol!!!!!!... Malaysia ke Olympik akhirnya.

Saya yakin pemain yang ada pada hari ini tidak dapat membayangkan saat itu, kerana mereka sudah tentu tidak melihatnya jika tidak menonton siaran CD. Ketika itu belum ada dikalangan mereka yang sudah lahir.

Malaysia mungkin tidak ada David Beckham, tetapi nama seperti Abdullah Ali yang sepakan sudutnya amat mengelirukan pihak lawan. Kita tidak ada Ferdinan tetapi Malaysia pernah melahirkan Khalid Ali dan Hanafiah Ali juga Zainal Abidin Hassan.

Kita tidak ada Paul Scholes, tetapi Syukur Salleh amat dominan dalam kawasan tengah bersama Abdah Alif dan Wong Choon Wah, Yunus Alif, Ahmad Yusof dan Zulkifli Hamzah. Isa Bakar, Mokhtar Dahari, Loon Lien Tiek, Syed Ahmad dan Shaharuddin Abdullah amat berbisa di hadapan.

Bagi saya yang menentukan kejayaan sesebuah pasukan ialah SIKAP PEMAIN yang memakai jersey, yang memikul amanah dan yang berada di gelanggang. Faktor taktik, faktor jurulatih, faktor imbuhan dan faktor pengurusan hanyalah faktor sampingan. MALAYSIA BOLEH..

JOKIDEN,
Seremban, NSDK.

















jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Jul 12 2007, 12:20 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

116 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: Pondan
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Normala Pengaran Yang Boleh DiPerolehi dari Kekalahan Ini 1 Jul 16 2007, 12:41 PM EDT by jokise
Thread started: Jul 13 2007, 5:28 PM EDT  Watch
Kebetulan pagi semalam saya menonton TV3 siaran Motivasi sebelum 7.00 pagi, seorang pakar motivasi dan kaunseling ada menyebut : Sebelum keluar berperang, kita mesti mengetahui apakah kekuatan dalaman yang ada untuk membantu kita dalam perjuangan ini, apakah kekuatan diri kita sendiri, cari dan selidik apakah kelemahan pihak musuh. Bila dah bersedia yakni telah memiliki kemahiran, teruskan langkah untuk berperang. Ketika berperang/berjuang, komunikasi di antara ahli sesama pasukan adalah penting. InsyaAllah, kita akan menang." Maka saya pun terfikir, ciri-ciri inilah juga yang perlu ada dalam diri seseorang Usahawan Sejati untuk menempa kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang ...
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Show Last Reply
Showing 1 of 1 threads for this page