Version User Scope of changes
Aug 6 2007, 2:23 AM EDT (current) jokise 106 words added
Aug 6 2007, 1:52 AM EDT jokise

Changes

Key:  Additions   Deletions

JUMAAT 3 OGOS 2007

Seperti biasa pada malam ini bertempat di Stokis Smart Naco Senawang akan diteruskan meeting mingguan. Perjumpaan pada malam ini akan turut dihadiri oleh En Azhar Mohd Daud Pegawai Pemasaran Smart Naco. Beliau menghubungi saya semalam menyatakan hasrat beliau untuk turut serta.

Sejak kebelakangan ini sebenarnya meeting mingguan kita amat kurang mendapat sambutan daripada ahli-ahli. Secara ikhlas saya katakan bahawa hanya beberapa orang sahaja lagi yang masih ingin meneruskan perniagaan mereka bersama Smart Naco ini.

Mereka ini pula hanyalah merupakan pemain biasa dalam industri MLM dan bukannya leader besar.Antara nama yang saya boleh sebut ialah Mazwil, Rozaidi, Zainuddin, Muhammad Yusri, Halimah, Mak Ngah Asmah dan juga Zaidee. Yang lain-lain, yang telah pernah menerima nikmat bonus 5 angka daripada Smart Naco telah menghilangkan diri.


Mereka ini samada telah berhenti bergiat dalam dunia MLM ataupun telah mengikut Syarikat lain yang menawarkan pelbagai insentif hebat, bonus mudah, maintain rendah, tak perlu maintain langsung, pelan yang mudah, produk yang lebih bagus. "Batu yang sentiasa bergolek selalunya tidak mengumpul lumut" Itu peribahsa orang tua-tua bukannya Karam Singh Wallia.

Saya masih bersama dengan Smart Naco. Entah mengapa hati saya selalu berkata bahawa masa depan saya dalam dunia MLM ini ada bersama dengan Smart Naco. Terdapat semacam tarikan kuat untuk saya meneruskan perniagaan ini. Suatu perasaan yang tidak dapat saya jelaskan dengan tepat dengan kata-kata.

Meeting mingguan bagi kumpulan Seremban sebenarnya tidak seperti dulu yang dihadiri oleh puluhan malah hingga ratusan ahli. Sebab itu saya termenung memikirkan bagaimana hendak mengajak ahli datang meeting pada malam ini memandangkan En Azhar akan hadir.

Adalah sesuatu yang tidak manis sekiranya hanya lima enam orang sahaja yang akan hadir pada malam ini. Saya menghubungi rakan-rakan melalui mobik, sms telefon dan juga dengan surat jemputan.

Saya berhenti di sini dulu kerana rakan saya Mazwil datang mengajak pergi minum teh tarik. Jam sudah pukul lima petang. Nanti malam catatan ini saya sambung kembali.

4 Ogos 2007

Pukul 1.30 pagi, saya baru pulang dari meeting. Saya berasa syukur kerana ramai yang hadir pada malam ini. Dewasa seramai 27 orang dan kanak-kanak hampir 10 orang. Saya menyediakan jamuan ringan yang di sponsor oleh Pak Rizal. Tidaklah malu sangat pada En Azhar yang bersusah payah datang dari Kuala Lumpur.

Antara leader yang hadir pada malam ini ialah SPD Abdullah Sani. Ini kali kedua beliau menghadirkan diri dalam meeting kumpulan saya. Terima kasih banyak-banyak, lain kali datang lagi.

Turut hadir SPD Tuan Hj Rahman, SPD Azhar Wahab dan Pak Rizal. Majlis berjalan lancar dengan di pengerusikan oleh En Muhammad Yusri. Penerangan tentang produk oleh SPD Azhar amat berkesan walaupun beliau hanya menumpukan kepada produk yang hampir dilupakan orang seperti Jus Pati Kurma dan Jelly Gamat.

Pak Rizal dengan tayangan video, mengenai kisah Petani yang mengusahakan tanaman padi akhirnya berhijrah kepada penanaman kelapa pula. Moral ceritanya untuk menambahkan pendapatan kita boleh memulakan langkah untuk menerokai sesuatu yang baru. Kita sebenarnya mempunyai banyak pilihan.

Bila tiba giliran saya, seperti biasa diminta untuk memberikan sedikit motivasi. Sebenarnya sekali fikir saya sudah kehabisan modal untuk memotivasikan downline saya. Pelbagai saranan, bukti, kenyataan, kata-kata peransang, nasihat dan cerita telah saya lakukan namun semuanya seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi sahaja.

Pada malam ini saya menyambung kisah kura-kura pergi bercuti sekeluarga. Cerita kura2 boleh dibaca dalam "Jalan Mesti Kedepan" Moral disebalik cerita saya ialah kita jangan sekali-kali mengharapkan orang lain berbuat sesuatu untuk kita.

Kemudian saya menceritakan kisah 5 ekor katak yang bersahabat karib yang cuba menghasut dua rakan mereka supaya berputus asa. Moral ceritanya ialah kita jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang cuba untuk melemahkan kita dalam apa perkara pun.

Setelah saya berfikir panjang saya membuat rumusan tentang kenapa begitu ramai orang yang gagal dalam perniagaan MLM ini. Rumusan saya sebenarnya tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah diperkatakan oleh orang lain melalui ceramah, seminar mahupun melalui tulisan dalam buku.

TIDAK ADA FOKUS: Mereka lintang pukang, tidak memberikan tumpuan kepada apa yang mereka lakukan. Mereka tidak komited. Mereka mudah terpengaruh dengan hasutan orang lain. Mereka suka berpindah randah dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Mereka lupa bahawa semua syarikat MLM adalah sama, mengguna produk, menaja ahli baru, memberikan khidmat kepada downline, menjual produk, menghadiri meeting dan mengikut sistem yang di sarankan.

SEKADAR INGIN MENCUBA: Mereka menyertai syarikat MLM dengan ikut-ikutan dengan harapan akan memperolehi sesuatu. Atau mereka takut ketinggalan sekiranya tidak turut serta dan orang lain mendapat laba.

MENGHARAPKAN USAHA ORANG LAIN: Mereka mengamalkan 4D, Duduk Diam Dapat Duit. Mana ada dalam industri MLM macam tu. Dalam MLM siapa buat dia dapat, tak kira dia upline atau downline. Mengharapkan bulan jatuh ke riba, yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek, tidak akan berlaku dalam MLM. Jika join kompeni MLM, sekadar jadi ahli, maka yang kita dapat hanyalah starter kit dan buku panduan sahaja.

MALAS MEETING: Sehebat mana sekalipun kita dalam dunia MLM, jika kita mengabaikan meeting mingguan atau bulanan, pasti kita akan gagal. Suatu peringkat kita mungkin berjaya apabila downline ramai dan mereka bekerja untuk kita. Namun jika kita asyik menghilangkan diri, takut belanja downline, downline juga akan cabut lari.

Apabila downline menyedari yang dirinya kita pergunakan, sudah tentu dia akan kecewa dan dia juga akan menghilangkan diri. Lama kelamaan downline kita semakin kurang yang datang meeting dan semakin kurang yang aktif. Bila ini terjadi bonus kita yang dahulu besar, akan mula mengecil, merosot dan akhirnya tiada bonus langsung.

Bila kita sedar semuanya sudah terlambat. Bila kita ingin kembali dan mengajak downline semula, mereka pula rasa serik dan terus meninggalkan kita, lebih-lebih lagi jika ada leader dari syarikat lain mempengaruhi mereka.

Bila ini berlaku, mulalah kita menyalahkan downline, menyalahkan upline, menyalahkan syarikat, menyalahkan semua orang kecuali diri sendiri. Akhirnya kita sendiri terintai-intai peluang dari syarikat lain, dan kita melakukan semula kerja yang serupa. Taja orang, promosi syarikat, hadir meeting, dapat bonus, mula ponteng meeting, tak peduli downline dan akhirnya berhenti dan cari syarikat lain. Ulang benda yang sama..

MUDAH PUTUS ASA: Dalam industri MLM banyak cabaran, maklumlah modal kecil untung pula besar. Mereka yang lekas berputus asa, give up, tak bersungguh-sungguh, sebenarnya tidak pernah berjaya dalam MLM. Masuklah 100 buah kompenipun, yang kita dapat hanyalah starter kit dan buku panduan sahaja.

BANYAK ALASAN: Nak buat duit banyak, jangan bagi banyak alasan. Lakukan sahaja seperti orang lain lakukan. Jika nak bagi banyak alasan pulak janganlah berangan nak buat duit banyak. Orang sibuk buat duit, kita pula sibuk buat alasan.

Apa alasan kita?, den tak pandai, den tak pandai cakap, kau lainlah, den sibuk, den tak ada maso, den tak ada ramai kawan, den tak ado modal, bini den marah, suami den tak suko, anak den tak ghoma, den susah, den lotih, den ponek, den dah galak kena tipu, produk tak boleh jual, pelan syarikat tak bagus, den phobia dengan MLM, gaji den dah cukup, den tak suko membuang maso, den pemalu, den tak hebat, den tak ada kelulusan, den tak yakin, kau dah lamo masuk, den tak reti, Mlm bukan bidang den, banyak duit sok susah pulak dan akhirnya DEN SEBONA EE MALAS.

Pendek kata segala macam bentuk penghinaan dilemparkan kepada dirinya demi untuk menyakinkan hatinya bahawa dia tidak boleh menceburkan diri dalam dunia MLM. Orang begini menyertai MLM dengan bangganya berkata ia hanya semata-mata untuk menjaga hati kawan. Namun dalam sanubarinya berkata kalau boleh dapat duit why not..

KURANG ILMU: Orang suruh belajar, malas pulak tu. Orang suruh datang meeting dapatkan ilmu dari syarikat atau dari upline, dia kata membuang masa saja. Orang perleceh syarikat, dia pun sama perleceh syarikat. Orang perleceh produk, diapun sama hilang yakin dengan produk sebab dia sendiri tak pernah guna produk yang dia hendak jual. Orang begini tidak akan berjaya walaupun menyertai lepas satu, satu lagi syarikat..

Untuk mendapatkan keyakinan diri, kita mesti rajin belajar. Belajar banyak cara, menghadiri meeting mingguan kumpulan, meeting bulanan syarikat, membaca buku, membeli risalah produk, memahamkan pelan pemasaran selalu berbincang dengan upline, downline serta rakan-rakan. Jika kita cukup ilmu atau banyak ilmu maka keyakinan diri kita akan meningkat.

BERIKAN KEUTAMAAN: Terdapat ahli MLM tidak memberikan keutamaan kepada perniagaan mereka. Sebabnya mungkin mereka mempunyai sumber pendapatan lain, atau bergaji bulanan. MLM hanyalah sebagai punca pendapatan tambahan. Tetapi yakinlah dengan saya bahawa MLM jika dilakukan secara sambilan sekalipun tetapi dibuat sepenuhn hati, maka hasilnya akan berlipat kali ganda dari gaji bulanan kita.

Ada orang yang gaji bulanannya yang dia bertugas dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang, hanyalah RM800.00 sebulan. Tetapi hasil daripada perniagaan MLM yang beliau lakukan pada waktu malam selama dua jam, memberikan pulangan sebanyak RM20,000 sebulan.

Caranya ialah dengan memberikan tumpuan serta keutamaan kepada perniagaan mereka. Maksud keutamaan ini ialah, jika rasa sedikit selsema, jangan terus ponteng meeting. Aura meeting penting. Jika saudara datang bermalam dari jauh, jangan pula jadikan alasan untuk tidak datang meeting atau melakukan jualan pada malam itu.

Jika ada kenduri yang kita perlu hadir siangnya, sedangkan kita ada perjumpaan penting syarikat, maka kita pergi menghadiri kenduri itu pada sebelah malamnya. Saya biasa melakukan demikian dan alasan saya diterima.

TIDAK MENDAPAT SOKONGAN KELUARGA: Ini sebenarnya amat penting jika kita ingin berjaya. Jika suami terlibat dalam MLM, isteri akan selalu masam muka kerana sering ditinggalkan di rumah saban malam. Suami pula akan hanya pulang selepas jam 12 malam. Jika berhasil isteri akan gembira, jika tidak isteri akan berkata suami hanya membuang masa, menghabiskan duit yang ada, berseronok di luar dengan kawan-kawan dan melupakan rumah tangga.

Bila ini terjadi, sekali dua suami akan boleh bersabar, tetapi jika selalu sangat di lemparkan "alah tak ada kemana nya tu.." maka suami juga akan give up dan terus tidak melakukan lagi perniagaan itu. Suami akan lebih cepat mengalah sekiranya ejekan isteri turut disertai oleh anak-anak pula.

Jika isteri pula yang terlibat dalam MLM dan tidak mendapat sokongan suami dan anak-anak, maka ia akan lebih cepat tamatnya. Suami mempunyai kuasa veto dan bila-bila masa boleh melarang isteri dari keluar rumah untuk melakukan perniagaan ini.

Sebenarnya kesefahaman amat penting antara suami isteri dan galakan keluarga selalunya pasti membuahkan hasil meskipun dalam jangka masa yang agak lama. Saya mempunyai banyak contoh kejayaan suami isteri yang sama-sama terlibat dalam perniagaan MLM. Mereka mempunyai rumah berharga lebih setengah juta, hidup bahagia penuh kemewahan, memiliki beberapa buah kereta berjenama terkenal dan masih bersama setiap waktu menjalankan bisnes ini.

TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH: Ini penyakit kebanyakan orang, buat sesuatu sambil lewa, ambil mudah, tidak komited. Dalam MLM kita mesti melakukannya hari-hari, tidak kira bila waktunya. Kita berniaga, jadi kita mesti buka kedai hari2.

Saya perhatikan ada ahli yang menyertai Smart Naco, tetapi sukar membuka mulut untuk memberitahu atau mengajak orang mengenali perniagaannya. Semingu sekalipun susah baginya untuk memberitahu sesiapa sahaja tentang peluang bisnes yang mereka boleh ceburi.

Orang seperti di atas tidak akan berjaya dalam MLM. Orang begini akan disindir oleh suami, isteri atau anak-anak. Membuang masa tanpa ada hasil yang memuaskan, membuang tenaga, membuang duit dan sebagainya. Jika nak berjaya kita kena melakukannya secara serious.