SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRIThis is a featured page


Kawan! Saya Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan
SAYUP BERGEMA TAKBIR RAYA
SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI
MOHON DIAMPUN SEGALA DOSA
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI

En Jokiden nampak sopan bona..


Assalamualaikum!!..


Dalam diam... Terkadang menyakiti hati...

Dalam bicara, terkadang terguris rasa...

Tatkala bicara, terkadang tersalah kata...

Tatkala diam, tersalah anggap angkuh dan bangga...

Terkadang segalanya bagai tak kena...

Ramadhan meniti hujung usia...

Syawal mula merisik masa...

Andai ada salah dan silap kiranya...

Maafkan segalanya...

Andainya ada yang tak senang dihati...

Maafkan aku.. Cuma Hamba Ilahi..

Menjelang Aidilfitri...

Ku hulur 10 jari...

Maafkan diri...

Yang terkadang menyakiti...

Walau tak terniat dihati...

Itulah kita..Hamba Ilahi...

Dari salah dan silap tak pernah sepi...

Langit yang mana tak kandung awan...

Bumi yang mana tak ditimpa hujan...

Manusia mana yang tak lakukan kesilapan...

Maafkan aku kawan ...

Moga kita direstui Tuhan...

Sesungguh hati ...

"...Andai bagiku ini Ramadhan terakhir.. maafkan daku..zahir dan batin.."

Alhamdulillah, kita selamat menunaikan ibadah puasa, ibadah tarawih dan selesai meraikan ketibaan Syawal. Hari ini adalah hari raya ke lima. Baru kini saya berkesempatan membuka komputer. Sebelumnya sibuk entah apa-apa.

Sebelum catatan ini berpanjangan saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan serta kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya dengan harapan kalian semua telah memaafkan saya atas apa jua keterlanjuran samada yang disengajakan mahupun yang tidak saya sengajakan.

Tindakan pertama apabila membuka komputer ialah menyemak email dan mendeletenya. Terdapat puluhan ribu email yang menjamkan peti email saya dan perlu dipadamkan.

Tindakan kedua ialah membaca blog rakan-rakan yang telah lama saya tinggalkan. Percayalah saya merindui kalian semua. Secara kebetulan kad yang saya pilih untuk page ini sama dengan kad yang diguna oleh Sophia Amir Abas. Maaflah..Sophia memaparkan kembali kisah Pn Rose dari Pravsworld. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana seorang nenek masuk sekolah sila lawati blog beliau.

Sejak bijak menggunakan youtube ini nampaknya Sdr Zul Salleh atau Zul Pendang agak lebih kreatif dengan blognya. Kesian juga mendengar cerita beliau tentang banjir di Pendang dan kisah trafik jam yang mengalahkah bandar Alor Star. Tambah simpati saya apabila mesin auto BSN juga jam, hehehe, mujurlah IgG Plus menjadi penyelamat. Namun kisah malam 27 Likur lebih menghiburkan.

Thank you Pak Zul kerana berjaya mengembalikan nostalgia saya menyambut ramadan ke tahun 60an. Seronok saya membaca kisahnya sewaktu berebutkan moreh. Lebih seronok lagi apabila dia menceritakan tentang main sorok2 dan main aci. Ya jiwa ketika itu putih bersih, bukan blues, namun untuk pengetahuan Pak Zul bab tang 'peluk' tu saya sebenarnya peluk sungguh, kompem tak lepas, tapi selalunya yang kita cuba tangkap dan peluk tu ialah seseorang yang memang kita dah aim dah...

Jika kita rajin membaca blog rakan-rakan Smart Naco, saya nasihatkan jangan lepaskan peluang melawat blog SPD Che Din. Di situ banyak tip, maklumat dan mesej berguna untuk kita. Kad Hari Raya beliau juga cantik, siap dengan gambar sekali. Beliau bijak mengaitkan antara kisah-kisah menarik sebagai motivasi kepada kita. Bahasa beliau mudah difahami..Bacalah..

Baca juga blog Pak Rizal, Khairul Aza, Zulkifli Hassan, Normala, Pak Fauzan, Bang Hamid, Marini Noordin, PD Ashriee dan banyak lagi. Percayalah tak rugi meluangkan sedikit masa untuk melayari web mereka.

Jika mood kita sudah luntur untuk melakukan Biz ini baca saja blog PD Ashriee. Di situ kita akan dapat pelbagai cerita menarik, tentang bagaimana beliau tanpa henti melakukan yang terbaik untuk dirinya. Dibulan ramadan pun beliau masih aktif hingga ke Melaka, Shah Alam dan merata tempat lagi mempromosikan bisnes Smart Naco beliau. Tahniah tuan, you're the best..

Malah kita juga akan diceritakan tentang mee hoon soup atau lontong atau apa-apa jenis minuman yang beliau nikmati sepanjang beliau menjalankan tugas bersama rakan usahawan beliau. Bacalah. Blog mereka ini selalunya di link kan antara satu sama lain, untuk memudahkan kita surf. Senarai lengkap mungkin ada dalam blog PD Fauzan. Saya berharap dapat bertemu muka dengan rakan2 ini pada 20 Oktober akan datang semasa majlis penganugerahan di HQ.


Oh ya, PD Ashriee mungkin rugi sikit bila bertemu dengan malam lailatul qadar, kerana nilainya hanya untuk 1000 malam lebih kurang 3 tahun je, bukannya 1000 bulan ataupun 83 tahun...(Bersambung, kawan ajak minum teh pulak)


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - JOKISE COOL SITE

Ok sambung balik. Jam baru 11.21 malam.

Sebenarnya setiap kali bulan ramadan jadual harian saya berubah. Saya menjadi sibuk terutamanya pada minggu terakhir. Sejak sepuluh tahun lalu saya menjalankan perniagaan kuih raya di pasar ramadan.


Telah saya cuba untuk berhenti berniaga pada bulan ramadan dan cuba menumpukan sepenuhnya pada amal ibadat, namun saya tidak berupaya....lalu saya memutuskan bahawa berjual beli juga satu ibadat. Lantaran kesibukan itulah saya tidak mempunyai masa untuk mendekati komputer saya.

Banyak email yang tidak berjawab. Ramai rakan yang tertunggu2 untuk YM. Ada seorang dari UK melemparkan pertanyaan berulang kali "are you still alive.." mak oi bahasa dia..Kepada semua saya mohon maaf.

Selalunya selepas solat tarawih, dalam usia saya ini tiada lagi peluang untuk main sorok2 atau main aci..nanti tersilap tangkap dan peluk, kita pula kena tangkap basah...moreh juga tidak lagi berebut. Sepanjang 30 hari ramadan saya hanya sekali sempat bermoreh di surau saya. Selebihnya, selesai sahaja solat saya terus balik ke rumah dan seterusnya keluar berniaga, termasuklah memenuhi permintaan orang terhadap primalex.



Hampir setiap malam saya pulang lewat pagi. Buatlah apa yang patut sementara menunggu waktu bersahur sekitar jam 5 pagi. Keupayaan untuk surf internet memang telah tiada dalam keletihan waktu pagi itu. Lepas subuh kena tidur juga, tanpa tidur kita bisa jadi bayang dan mamai. Sebelah petang telah mula sibuk semula dengan pelbagai hal, antaranya yang pasti keluar membeli kuih muih untuk berbuka. Lantaran kesibukan itu saya akhirnya hanya selesai menghantar sms raya pada petang raya pertama.

Saya tidak banyak menerima kad raya tahun ini. Tahun lalu juga sebenarnya tidak banyak. Yang banyak SMS raya. "bukan lupa tradisi...cuma teknologi di hujung jari..." begitu antara sms yang saya terima.

Namun begitu SMS cukup banyak, pelbagai tutur bicara yang saya terima. Ada juga sms yang di fowardkan, lalu bila tengok saja ayat pertama, saya sudah hafal hujungnya. Mengikut rekod dalam HP, saya dapati, tanpa sedar saya telah menghantar lebih daripada 700 ucapan Hari Raya kepada rakan-rakan dan taulan. Mujurlah memori kad saya cukup besar dan boleh menyimpan lebih daripada 3000 sms pada satu-satu masa. Malah ada sms raya tahun lepas yang masih saya simpan..Adalah tu..Dia hanya lenyap bila virus menyerang.

Mana-mana sms yang saya belum sempat balas tu harap bersabar, saya akan usahakan. Ada juga email yang bila saya balas dipulangkan balik kepada saya, yang hairannya email dia sampai pulak tu. Jangan salahkan saya...

Sampai di sini dulu, to all of you be the first to read..Hingga jumpa lagi di HQ pada hari Sabtu ni, 20/10/07. Bersama kita jayakan semula bisnes Smart Naco kita. KITA SEBENARNYA BOLEH..Salam sayang untuk semua...JOKIDEN

Pagi Raya 13 Oktober 2007


Mood Hari Raya


Dah Raya Kedua Ni


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Oct 19 2007, 12:34 PM EDT (about this update About This Update jokise Edited by jokise

1 image added

view changes

- complete history)
Keyword tags: Selamat Hari Raya
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
sophiamaa Minal Aidil Wal Fa'izin 0 Oct 22 2007, 4:05 AM EDT by sophiamaa
Thread started: Oct 22 2007, 4:05 AM EDT  Watch
Assalamualaikum En. Sharif. Terima kasih kerana selalu melawat dan membantu promosi blog saya yang tak seberapa tu. Saya juga suka membaca coretan En. Sharif. Kaya dengan personal touch dan mesej tersirat. Moga kita semua terus cemerlang dan berjaya dunia akhirat bersama Smart Naco!
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
marini_natasha Salam Aidilfitri 0 Oct 21 2007, 9:57 PM EDT by marini_natasha
Thread started: Oct 21 2007, 9:57 PM EDT  Watch
Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Terima kasih krn slalu ziarah dan beri komen pd laman blog saya. Ssungguhnya komen2 ini byk membantu saya utk memperbaiki diri. Siap promote blog saya lagi. Terima kasih skali lagi. InsyaAllah berkat nasihat n kritikan rakan niaga saya akan terus berusaha secara konsisten n persisten utk mencapai apa yang diimpikan. - http://marini_natasha.bravejournal.com
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None
Showing 2 of 2 threads for this page