SUCCESS STORYThis is a featured page

KISAH SEORANG KAWAN

Dua pemimpin negara sedang berihat setelah penat berkempen di Ijuk
Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo

Suatu hari saya menganjurkan satu majlis perjumpaan dengan rakan-rakan. Tidaklah begitu ramai yang hadir, hanya sekitar 25 orang sahaja. Di dalam majlis ini kami secara bergilir-gilir keluar ke hadapan untuk menceritakan kisah “kejayaan”

Jika sesiapa tidak bercerita tentang kejayaan diri dan pencapaian masing-masing, maka dia dibenarkan untuk menceritakan tentang kisah kejayaan orang lain. Masa yang diambil oleh setiap orang tidaklah begitu panjang.

Pelbagai cerita dan kisah menarik akhirnya dapat kami dengar daripada pengalaman rakan-rakan. Kisah-kisah tersebut sedikit sebanyak boleh membantu menaikan semangat serta jati diri kami.

Antara kisah menarik yang kami dengar ialah dari seorang rakan kami yang berasal dari Utara Tanah Air. Beliau menceritakan tentang IMPIAN beliau suatu ketika dahulu.

Pekerjaannya ialah sebagai makanik di sebuah kilang dengan pendapatan bulanan beliau tidak sampai RM1,000.00 ringgit. Dia mempunyai impian untuk memiliki seorang isteri yang canti dan kaya.

Tetapi dengan bekerja di kilang beliau faham bahawa tidak mudah baginya untuk mendapatkan seorang isteri yang cantik dan kaya, seperti anak-anak Tan Sri, Datuk-datuk ataupun anak tokeh kilang tersebut.

Rakan saya ini juga mempunyai impian untuk memiliki kenderaan besar dan berjenama untuk keluarganya. Beliau turut mengimpikan sebuah kediamanan mewah suatu hari nanti. “ Ah mana bisa..dengan kerja kilang..”

Beliau juga berasal daripada keluarga yang susah, dimana wang saku untuk ke sekolah hanya 10 sen untuknya dan 10 sen untuk abangnya. Di sekolah beliau melihat rakan-rakannya berbelanja sakan dengan wang saku yang banyak.

Dia selalu bertanya dalam hati kenapalah beliau dan abangnya tidak di lahirkan sebagai anak orang yang kaya-kaya yang boleh membawa banyak wang saku setiap hari.

Semasa bekerja di kilang beliau selalu memikirkan dan berdoa agar beliau menjadi anak kepada keluarga yang kaya dan banyak duit. Beliau sering memikirkan bagaimana caranya untuk mencapai impian tersebut.

Suatu hari beliau berkahwin dan seperti yang selalu beliau impikan, beliau mendapat seorang isteri yang cantik jelita. Namun isteri beliau bukan terdiri daripada anak orang kaya. Isteri beliau hanya anak orang biasa.

Dipendikan cerita, beliau berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan selama 10 tahun beliau melakukan pelbagai jenis perniagaan dengan pelbagai jenis syarikat. Nasib belum menyebelahi beliau dan beliau hanya mampu membeli rumah teres untuk keluarganya.

Beliau pernah merasa hampir hilang kepercayaan dengan dunia perniagaan. Pada awal tahun 2005, beliau diperkenalkan dengan sebuah syarikat lain yang baru hendak bertapak. Mungkin kali ini nasib baik beliau telah sampai.

Dengan kesungguhan yang beliau miliki hanya dalam tempoh setahun hampir semua impian beliau tercapai. Pendapatan beliau pada tahun 2005 dan 2006 telahpun melebihi RM1 juta dan beliau kini sibuk membantu rakan-rakan yang lain untuk cuba mencapai impian masing-masing.

Penampilan beliau masih sama, sederhana dalam segala-galanya. Hari ini kawan saya yang dari Utara ini bukan lagi pekerja kilang tetapi telah menjadi seorang ushawan yang berjaya.

Bukan sahaja beliau berjaya tetapi isteri beliau juga berjaya. Ibu beliau juga berjaya, abang beliau berjaya dan ayah beliau juga Berjaya. Hari ini beliau menjadi anak orang kaya, beliau mempunyai seorang isteri yang kaya, beliau memiliki rumah idaman, memiliki kereta idaman dan mampu bercuti dalam pakej yang mahal. Bersambung………

SELAMAT PENGANTIN BARU TO OUR PM SELAMAT PENGANTIN BARU TO RAJA MUDA


jokise
jokise
Latest page update: made by jokise , Jun 22 2007, 2:12 PM EDT (about this update About This Update jokise By Jokiden - jokise

2 images added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.