Sejak tiga hari yang lepas, saya dengan seorang downline memberikan sepenuh tumpuan untuk menjual NACOFE. Kami melakukan ini kerana telah puas saya memotivasikan downline saya supaya pergi membuat promosi ke kedai-kedai yang bersepak di sekitar Seremban iniSaranan saya tidak mendapat respon yang baik. Tidak ada yang melakukannya. Dan saya memerhatikan sejak 5 bulan yang lalu NACOFE Smart Naco tidak terdapat di kedai-kedai makanan dan minuman di kawasan Seremban.Saya dan Yusri mengambil inisiatif untuk melakukannya. Oleh kerana Yusri bekerja pada waktu siang maka kami melakukan promosi ini pada waktu malam. Biasalah produk baru pasti akan meragukan orang. Di semua kedai yang kami pergi kami dapati ada kopi jantan, ada kopi tungkat Ali, ada kopi Radik dan macam2 lagi.Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Saya dan Yusri berusaha keras untuk mempromosikan Nacofe dan saya dapati sejak tiga hari ini Nacofe boleh dipasarkan di restoren2 yang banyak terdapat di sekitar Seremban ini.Kami bercadang untuk pergi ke Daerah- Daerah luar dari Seremban seperti Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Jempol, Port Dickson dan Nilai.Tekad kami hanya satu, kami mahu meletakan Nacofe di 1000 buah kedai.Dalam keadaan IgG Plus kurang laris ini dan kemasukan ahli jauh berkurangan serta dengan PV yang kecil saya sedar, jika sesuatu tidak dilakukan, lama kelamaan perniagaan ini akan semakin merosot kelak.
Kenapa kami nak cari 1000 buah kedai? Teori kami senang sahaja. Setiap kedai dalam sebulan ambil 10 kotak Nacofe. Jika 1000 buah kedai kami dapat jualan sebanyak 10,000 kotak Nacofe. Mustahil? Tidak..Sekotak Nacofe kami akan untung RM4.00. jika 10,000 kotak maka kami akan dapat untung runcit sebanyak RM40,000. Lumayan tu..Doakan kami berjaya.Hari saya bersama Smart Naco hari ini bermula jam 11 pagi. Mak Ngah, downline saya yang telah berusia 70 tahun itu menelipon saya minta dibekalkan dengan 10 biji BLS dan 3 kotak Nacofe. Saya masih mempunyai stok Nacofe kerana baru dua hari lepas saya pergi mengambilnya di Stokis Tuan Hj Rahman di Shah Alam. Namun saya tidak mempunyai stok BLS.Awal pagi ini tadi juga Tuan Hj Rahman telah call saya bertanyakan adakah saya masih mempunyai stok BLS. Saya kata telah habis. Bila Mak Ngah minta saya terpaksa berusaha meminjam daripada orang lain.Selepas menghantar BLS kepada Mak Ngah, saya dan seorang kawan juga downline saya pergi makan tengah hari. Semasa makan saya menerima call dari seseorang yang tinggal di Nilai.En Anuar namanya. Dia pernah mendengar saya berceramah tentang kebaikan susu IgG kepada pesakit ghout kira2 setahun yang lalu. Dia kini mengalami sakit ghout dan dia masih menyimpan kad yang saya bagi.Saya pergi menghantarkan susu IgG Plus kepada dia dan saya juga berjaya menjual sekotak Nacofe serta dua biji BLS kepadanya. Dia sebenarnya tidak tertarik apabila saya menceritakan kebaikan BLS kepadanya.Namun mungkin telah rezeki saya ketika di pejabatnya En Anuar terdengar dua pemanggil menelipon saya dan minta dibekalkan dengan BLS. lalu dia juga berasa yakin dan membelinya walaupun dengan harga diskaun.Dari Nilai saya terus ke Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan kerana seorang kawan saya perlukan sangat BLS. Dia kata cakap saya ada kebenarannya kerana BLS telah mengembangkan anunya.Di pejabat rakan saya itu kami didatangi oleh seorang rakan sekerjanya yang juga kenalan saya. Dia bertanya apa yang saya lakukan sekarang. Saya menceritakan kebaikan BLS. Biasalah dia skeptikal dan ketawa sinis.Nasib saya baik lagi agaknya. Ketika itu telefon saya berbunyi dan suara di dalamnya kecoh dan heboh minta saya hantarkan BLS sekarang itu jugak di Stadium Paroi.Telefon punya pasal rakan kawan saya yang juga rakan saya akhirnya membeli 5 biji BLS . Dia tidakpun tahu bahawa rakan sekerjanya sudah menyimpan BLS dalam poketnya. Mungkin setelah saya balik mereka akan bercerita pula.Di Stadium Paroi kami minum dan BLS berjalan seperti biasa.Kami makan rojak dan popia goreng. Dua orang Datuk menegur saya dan bertanyakan apa bisnes saya sekarang.Terus sahaja saya bagi tahu yang saya menjual BLS. Oleh kerana stok tidak ada maka mereka memberikan no telefon mereka dan minta saya hubungi mereka apabila stok telah ada. Telefon berbunyi lagi dan kali ini seseorang minta saya menghantarkan sekotak IgG Plus.Selepas membayar minuman saya mohon diri untuk terus menghantarkan IgG Plus dan selepas itu terus kembali ke rumah. Malam ini saya akan keluar lagi untuk mempromosikan NACOFE. HENDAK SERIBU DAYA... 
Kira-kira jam 8.45 malam saya dan Yusri telah mula mengunjungi warung-warung dan restoren di sekitar kawasan Ampangan. Malam semalam kami ke kawasan Sikamat. Antara cara penolakan yang kami terima ialah Tokey tak ada.
Kadang-kadang tokey sendiri berkata "tokey tak ada.." bila kami kata kami kenal sangat dengan 'tokey' nya, dia jadi malu sendiri.
Pada malam ini kami berjaya menjual 6 kotak Nacofe, sementara yang minta diletakan dahulu sebanyak 5 kotak. Kami akan meneruskan aktiviti ini untuk selama sebulan dan setiap kedai selalunya minta poster.
